Monday 17 February 2014

Summer Trip Europe DAY 4 Part 3: Paris L'Open Tour (Blue and Orange Route)

 
Hentian no. 30 untuk Blue Route dan Orange Route 

Ahad, 9 Jun 2013, 12.45 tghr. Dari Notre-Dame Cathedral, kami berjalan kaki kira-kira 10 minit ke hentian Paris L'Open Tour no. 30 untuk ke Blue Route dan Orange Route. Kawasan sekitar hentian ini agak meriah dengan deretan restaurant dan kedai cenderamata.  Sambil2 menunggu bas biru, sempat juga mata kami melilau mencari2 kat mana nak makan nanti. Blue Route menjadi pilihan kami yg seterusnya. Kalau tengok kat map yg diberikan, nampaknya laluan biru ni agak besar. Kami tak bercadang nak turun kat mana2 hentian. Antara pemandangan yg sempat kami snap ada kat bawah ni.





Kalau kita perhatikan betul2, rekabentuk bangunan lama kat kota Paris ni hampir kesemuanya ada balkoni, berwarna kuning kecoklatan, dan berukir. Lepas 20 minit berlalu, tetiba kita akan masuk/lalu dalam satu kawasan yg agak berbeza. Ada kemungkinan yg kawasan ni adalah kawasan yg baru diteroka ataupun bandar baru, sebabnya kat kawasan semua bangunannya berrekabentuk moden pulak. Ada beberapa bangunan pentadbiran kementerian kat sini. Paling unik semestinya stadium dan perpustakaannya.



Palais Omnisports de Paris-Bercy (Stadium)

Gambar kiri: Bibliotheque Nationale de France (Perpustakaan Nasional), Gambar kanan: Ministre de l'economie des Finances et du Budget (Kementerian Kewangan)





Pokok-pokok ni berbentuk kotak.


Kami berada dalam Blue Route selama 1 jam. Kalau nak tahu, 30 minit yg terakhir tu hujan gerimis mula turun lagi. Sekejap berhenti kejap dia turun lagi. Oh sungguh mencabar minda. Sejuk beku ok. Dengan tiupan anginnya lagi, tapi kami bertabah jer duduk kat tingkat atas bas demi nak tengok view yg puas hati. Apapun berbaloi2 jugalah kami bertahan selama 1 jam he he.


Bas yg kami naik ni kembali semula ke hentian no. 30 tadi. Turun jer dari bas kami terus naik bas Orange Route pulak yg kebetulan dah siap sedia menunggu. Untuk Orange Route, kami ada misi untuk singgah di Jardin du Luxembourg, di hentian no. 31. Cuma 5 minit jer dalam bas, dah pun sampai kat sini.


 

Jardin du Luxembourg ni luas sangat sebenarnya. Ada dalam 23 hektar kot keluasannya. First impression bila melangkah masuk kesini, "cemburunya dengan orang Paris". Bayangkan ditengah2 kota Paris ni tetiba ada satu garden yg luas dan boleh dijadikan tempat lepak2 sambil bersantai ataupun sekadar membaca buku. Ikutkan hati, kami nak jer jelajah tempat ni sejauh yg mungkin, tapi sesungguhnya kami tak tahan sejuk. Jadinya snap gambar sikit2 terus jer kami bergerak keluar. Kalau ada yg tengah rancang nak ke Paris tu, jangan lupa singgah kat sini yer. Serius cantik dan best.

 








 

 

Dari Jardin du Luxembourg ni, kami naik bas Orange lagi. Tapi kali ni kami cuma nak tengok pemandangan jer sehinggalah ke hentian yg terakhir dalam Orange Route. Sebahagian view yg sempat kami snap ada di bawah ni. Hanya sebahagian jer gambar bangunan yg masih cik Z ingat namanya, almaklumlah dah dekat setahun kan.

 

 
Pertama kali nampak Eiffel Tour.


Gambar kiri: Musee de l'Armee (Museum Tentera), Gambar kanan: Assemble Nationale.

Tengah2 jalan tu tetiba ada 2 orang ayah dan anak dari Malaysia naik kat bahagian atas bas. Seronok juga berkongsi cerita dengan diorang ni sebab sangat peramah dan humble. Yg kagumnya sebab ayahnya ni seorang jurutera minyak sanggup pi bawak anak dia keliling Eropah selama 3 minggu untuk tengok dan study sendiri sini seni architecture bangunan kat Eropah ni. Yg anaknya ni tengah buat diploma in architecture kat Kuantan. Best sungguh jadi anak org kaya kan? Tapi diorang ada pengalaman pahit juga, kehilangan satu beg penuh dengan cenderamata yg diorang dah beli masa kat Geneva. Bersungguh2 diorang mengingatkan kami supaya menjaga beg dan barang2 peribadi supaya tak hilang.

 

Pandangan sisi Notre-Dame di lihat dari Orange Route (Stop no. 39).

Walaupun bas ini akan kembali semula ke hentian no. 30 yg tadi tu, tapi kami sengaja turun lebih awal di hentian no.39 iaitu hentian kedua terakhir.  Sebabnya tetiba kami nampak bangunan Notre-Dame  kat situ. Pastu bila turun serius tak menyesal sebabnya dari hentian no 39 ke hentian no. 30 ni dekatlah sesangatnya. Sepelaung je kot. Kami pun berjalan kakilah sambil cuci2 mata sampailah kat kawasan yg ada banyak restaurant tu.


 

Kami masuk ke salah satu restaurant halal dari Turki. Punyalah ramai umat manusia makan kat sini. As expected, menunya dah semestinyalah kebab and family. Masa ni dah pun pukul 3 petang.  Harga makanan kat sini berganda mahalnya. Harga hidangan macam kat bawah ni bersama hot coffee ialah 18Euro. Tapi bila dah balik hostel, kami suspect diorang tersilap bil sebab ada satu family muslim yg makan kat situ juga masa tu dan  bila kami tengok bil kami senarainya berbeza dengan apa yg kami makan. Memang silap kami juga tak recheck bil lepas bayar tu. Dan malam tu juga kami perasan yg kami dah hilang Euro100 tak tahu cicir kat mana. Besar kemungkinan yg kami tercicir kat restaurant ni juga sebab masa bayar tu kami pecahkan duit Euro500. Bad luck sungguh kan. Tapi kes ni betul2 buatkan kami lebih berhati2 bila nak buat pembayaran kat mana2 tempat.

 

Selesai sudah kisah Paris L'Open Tour (Blue and Orange Route) kami. Ikuti kisah perjalanan kami yg seterusnya dalam Summer Trip Europe DAY 4 Part 4: Paris L'Open Tour (Green Route Part B). Jumpa lagi. Wassalam.




1 comment:

  1. Salam,
    Adusss €100 tu byk nilainya...terpaksalah bertabah...

    ReplyDelete