Hop on Hop off Paris L'Open Tour Bus, Warna orange kat depan melambangkan Orange Route.
Ahad, 9 Jun 2013. Hari ini kami ada 1 hari penuh untuk digunakan sepuasnya di kota Paris. Kami sepakat memilih untuk mencuba Hop on Hop off Paris L'Open Tour Bus untuk siri jelajah kali ini. Paris L'Open Tour ialah pilihan terbaik, mudah dan cekap untuk kita sebagai pelancong mengenali kota Paris dengan lebih dekat. Keseluruhannya ada 50 hentian dengan 4 tour routes (Green, Yellow, Orange, Blue) yg merangkumi kesemua destinasi tarikan utama kota Paris. Harganya 31Euro utk one day pass ataupun 34Euro utk 2 day pass.
Waktu perjalanannya berbeza mengikut laluan. Untuk laluan utama Grand Tour (Green), waktunya dari jam 9.30 pagi hingga 8.30 malam dengan kekerapan 10 minit. Untuk Yellow Route, waktunya dari jam 9.30 pagi hingga 7.45 malam dengan kekerapan 15 minit. Untuk Orange Route, waktunya dari jam 9.30 pagi hingga 7 malam dengan kekerapan 20 minit. Akhirnya, untuk Blue Route, waktunya dari jam 9.30 pagi hingga 7.15 malam dengan kekerapan 25 minit.
Full map Paris L'Open Tour.
Cuaca hari ini mendung dan gerimis. Sepanjang malam hujan turun menyebabkan suhu kota Paris turun mendadak. Sejuk hingga ke tulang. Jam 8.30 pagi kami dah pun turun ke bawah untuk bersarapan. Semua meja yg tersedia dah pun penuh dengan penghuni hostel. Kami dihidangkan 2 jenis roti, orange juice, dan cappuccino. Alhamdulillah, licin kami kerjakan.
Sarapan pagi di Perfect Hostel Paris.
Sekitar jam 9.15 pagi, kami melangkah keluar dari pintu hostel berjalan kaki menuju ke Anvers, hentian Paris L'Open Tour paling dekat dengan hostel kami. Untuk bahagian pertama ini, cik Z akan kongsikan apa yg boleh dilihat di sepanjang laluan Yellow Route. Peta laluannya ada kat bawah ni. Untuk entri ini, cik Z terlebih rajin recreate peta asal, supaya kawan2 semua boleh bayangkan apa yg kami nampak. so enjoy ok.
Yellow Route: Montmartre-Grand Boulevards.
Anvers Metro Station.
Hentian no. 52 Yellow Route Montmartre-Anvers terletak berhampiran Anvers Metro Station. Tarikan utama untuk hentian ini tak lain tak bukan ialah Basilique Sacre-Coeur dan place du Tertre yg dah pun kami singgah semalam petang. Sekitar jam 9.45, bas yang kami tunggu pun tiba. Masih awal pagi agaknya. Kat hentian ni hanya kami berdua je yg naik. Sebelum naik kena bayar dulu Euro31 dan kita akan dapat one day pass, map, dan earphone. Kami pilih untuk duduk dibahagian atas bas yang open view. Puas hati nampak pemandangan 360 darjah kota Paris.
Keadaan bahagian atas dan dalam bas.
Gambar kiri: Kalau nampak papan tanda ni bermakna akan ada laluan Paris L'Open Tour disini. Gambar kanan: Jangan lupa pakai earphone yg dibekalkan utk dengar penerangan setiap tarikan yg sedang kita lalui. Disediakan dalam pelbagai bahasa.
Kalau anda punya banyak masa, kami cadangkan ada baiknya kalau ambil 2 day pass sebab kita boleh singgah kat banyak tarikan. Bas ni akan berhenti kat setiap hentian. Kalau tak de orang dia berhenti kurang 1 minit tapi kalau ada yg nak turun or naik tu dia akan tunggu sampai semua selesai. Untuk laluan Yellow Route ini, kami pilih untuk berhenti di dua hentian sahaja iaitu nombor 57 (Hard Rock Cafe) dan 19 (place de la Madaleine). Agak ramai juga yg turun di hentian no 57 ni. Hard Rock Cafe Paris terletak betul2 kat depan hentian ini. Jam belum pun pukul 10.30 pagi, tapi kedai aksesori kat dalam ni dah pun buka.
Hentian no. 57.
Hard Rock Cafe Paris.
Sekitar Hard Rock Cafe Paris.
Kami naik bas kuning seterusnya 15 minit kemudian. Hujan gerimis sekejap berhenti sekejap lebat. Tapi tu tak menghalang kami untuk duduk lagi di bahagian atas open view. Eh tak sejuk ke? Dah semestinya la kan. Tambah dengan angin lagi. Tapi sebab semangat nak tengok kota Paris, maka bertabahlah kami duk kat atas tu.
Akhirnya sampai di hentian nombor 19 iaitu place de la Madaleine. Tujuan utama kami berhenti disini ialah untuk menukar laluan bas ke Green Route. Sebelum tu kami sempat singgah kejap kat depan Madaleine Church dan ronda2 kawasan sekitar place de la Madaleine.
Bahagian depan Madaleine Church.
Ok ini saja untuk entri kali ini. Kita jumpa lagi dalam entri seterusnya, Summer Trip Europe DAY 4 Part 1: Paris L'Open Tour (Green Route part A). Wassalam.
Setiap stop tu cik z tak turun ke?? atau layan view dr bus jer?? 1 day pass dan 2 days pass tak byk beza ye..
ReplyDeletekat yellow route ni turun kat no 57 dan 19 jer. kalau nak turun stop lain boleh jer cuma tak cukup masa la 1 hari jer kan, so kalau ada 2 full day dan ambik 2 day pass sure sangat2 berbaloi la. Kami ada jumpa 2 touirist dari m'sia (ayah+anak) yg guna 2 day pass masa kat orange route.
Delete