Selasa, 11 Jun 2013. Seawal 6.15 pagi kami dah pun tiba di Charles de Gaulle (CDG) Airport Paris (Terminal 2D). Terima kasih sekali lagi buat Faridah dan Hafiz sekeluarga yg sudi menumpangkan kami semalaman di rumah mereka, malah menghantarkan juga kami ke CDG. Miss both of you. Tiket last minute Easy Jet kami pagi ni harganya dua kali ganda daripada tiket asal yg 'burn' semalam. Inipun memang pejam mata je beli mengenangkan semua itenari perjalanan seterusnya termasuk flight/train ticket dan accomodation dah pun dirancang/dibeli/ditempah awal. Apapun, cik Z harus berterimakasih juga kepada teman traveler iaitu Fizz yg berjaya mengawal perasaan dan masih bersemangat nak teruskan juga misi jelajah Eropah kami ni biarpun diuji dengan kehilangan passport, laptop, dll.
Diluar jangkaan kami, pagi ini di CDG berlaku pula mogok/tunjuk perasaan oleh pekerja kawalan trafik udara menyebabkan tak de satu pesawat pun yg dapat berlepas mengikut jadual. Paris oh Paris. Macam2 pengalaman kami dapat di sini. Hampir 2 jam kami tunggu dalam flight barulah selesai masalah tu. Akhirnya jam 10.30 barulah flight kami berlepas menuju ke Milan. Tempoh penerbangan Paris-Milan ni sekejap jer lebih kurang 1 jam 30 minit. Yang menariknya, flight kami ni tak terbang tinggi sangat jadinya masih boleh nampak view yg seriusly sangat cantik. Antaranya macam kat atas dan kat bawah ni.
Salji atas gunung
Penempatan di lereng-lereng gunung berhampiran tasik yg warna birunya seakan sama dengan langit.
Sekitar jam 12 tghr, kami tiba di Milan Malpensa Airport (Terminal 2). Lapangan terbang ni kecil ajer. Masuk je kat dalam tu lepas turun flight terus je nampak tempat ambil luggagenya. Tak de immigration check pun kat sini. Kaunter bus tickets pun ada kat tepi2 tu jugak. Cik Z dan Fizz jadi orang terakhir yg tinggalkan kawasan ambil luggage sebab bag cik Z missing la pulak. Nasib baik kami sedikit proaktif pi jengah kat dinding cermin yg pisahkan kawasan dia masukkan beg dari luar tu alih2 kami nampak beg cik Z dah tergolek jatuh kat situ. Alhamdulillah nasib tak hilang.
Pelbagai pilihan mode pengangkutan.
Untuk info, ada banyak pilihan mode pengangkutan yg kita boleh pilih untuk sampai di bandar Milan. Pilihan paling murah ialah shuttle bus. Ada beberapa jenis bas dengan harga lebih kurang sama. Tiketnya pula boleh dibeli di ticket kaunter kat dalam airport ataupun beli jer kat driver bas sebelum naik. Kami naik shuttle bus Malpensa Express dan harganya ialah Euro10. Satu jam perjalanan, akhirnya kami pun tiba di Milan Central Station. Seterusnya dari Milan Central Station kami naik taxi ke America Hotel. Untuk 10 minit (4km) perjalanan, harga yg kami bayar ialah Euro12. Rasa selamat naik taxi kat sini sebab semua taxi menggunakan meter.
America Hotel terletak kat tingkat 4, Corso XXII marzo n 32. Kat Italy ni kami perasan satu perkara baru iaitu kebanyakan bangunan dikunci dari dalam. Bermaksud kena minta kebenaran org kat dalam untuk buka pintu baru boleh masuk. Macam America Hotel ni, kami kena pilih button America Hotel barulah pintu terbuka.
Ikut itenari asal, sepatutnya kmai tinggal kat sini untuk 2 malam. Kiranya kami dah pun rugi 1 hari (terpaksa juga bayar sebab last minute cancel). Walaubagaimanapun bila sampai kat sini kami diberikan bilk yg paling besar kat hotel ni sebagai ganti rugi. Yg sebenarnya owner hotel ni (Jappanese rasanya) dia kecian bila tahu yg kami kehilangan passport dan barang2, yg mana kami dah pun inform dia by email masa kat Paris lagi. Ramai rupanya manusia yg baik hati kat dunia ni. Jom tengok apa yg ada di bilik kami.
lemon tea
Masuk je bilik, rasa teruja sebab ianya sangat luas dan selesa serta ada balkoni. View dari balkoni agak menarik juga. Ada juga free wireless connection, hot water per request, dan breakfast. Kami juga dihidangkan welcome drink iaitu lemon tea siap dalam dulang. Harga bilik kat sini kena bayar ikut kepala. Harganya Euro32 per night. Staff yg jaga kaunter mamat dari China. Dia pun ok gak baik je. Tengah hari tu kami mintak air panas kat dia untuk masak maggi, tapi dia pulak yg tolong tuangkan air panas kat dalam cawan dan mangkuk.
View dari balkoni.
View dari balkoni.
Rehat kejap tegak2 kan pinggang tengok jam dah pun dekat jam 4. Oh no tak boleh nak bermalas2 ni sebab kami ada 1 hari ni jer kat Milan ni. Untuk masa yg singkat ni cuma 1 tempat jer yg boleh kami pergi iaitu Piazza Duomo Milan. Sebelum keluar kami sempat mintak map dan tanya penunjuk arah ke Piazza Duomo. Kalau tengok kat map nampak macam agak jauh, tapi staff tu kata boleh jalan kaki jer. Selain tu kami juga kalau boleh nak cari memory card reader dan battery charger untuk handphone dan kamera Fizz. Kecian kan semua dah hilang. Staff tu suggestkan juga kedai mana nak pi cari semua benda2 ni.
Sekitar Milan
Turun dari hotel, kami dah terbuat satu kesilapan besar iaitu tersilap arah. Semuanya gara-gara kami tersilap baca peta (terbalik atas dan bawah). Pastu pula susah nak faham/baca bahasa italy. Nama jalan dan bangunan pun susah sangat nak cari. Nak tanya org pun tak de sapa yg faham english. Wow serius disaster. 15-20 minit juga kami sesat, akhirnya kami patah balik ke hotel, tengok balik peta. la rupa2nya silap arah patutnya ke sebelah kiri tapi kami pi ke sebelah kanan. Patutla tak jumpa2 kedai yg kami nak cari padahal katanya less than 100 meter jer.
Kalau nak naik taxi pun senang juga rupanya, sebabnya kalau kita jalan ke depan sikit dari hotel tu ke sebelah kiri memang terus akan nampak berderet2 taxi tunggu penumpang. Tapi disebabkan kami percaya bulat2 kata staff hotel tadi yg katanya Piazza Duomo tu dekat jer so kami pun jalan je lah. Lepas singgah kat kedai elektronik beli apa2 yg patut kami pun terulah jalan kaki ke arah Piazza Duomo. ingat kan dekat rupa2nya... jauh giler ok. Jalan punya jalan tak sampai2 juga. Dah la hari panas terik. Kalau tak silap dah pukul 5++ baru kami sampai kat Piazza Duomo.
Menuju ke Piazza Duomo. Ternampak bendera Malaysia kat atas tu.
Menuju ke Piazza Duomo. Yg kat hujung tu ialah Milan Cathedral (Duomo). Kiri kanan lorong pejalan kaki ini ialah branded shop, butik2 dan yg sewaktu dengannya.
Milan Cathedral (Duomo) dari arah tepi.
Milan Cathedral (Duomo) dari arah depan.
Tarikan utama di Piazza Duomo ialah Milan Cathedral (Duomo) yg mula dibina sejak tahun 1387, dan juga Galleria Vittorio Emanualle. Sekitar Piazza Duomo ni juga kita boleh jumpa banyak branded shop, butik2 dan yg sewaktu dengannya. Contohnya ada beberapa butik Prada dan LV kat sini, dekat2 pulak tu. Jom kita lihat gambar2 menarik sekitar Piazza Duomo. Seni ukiran dan arkitektur bangunan kat sini pun sangat unik dan halus buatannya. Setanding dengan Paris.
Galleria Vittorio Emanualle.
Kat dalam Galleria Vittorio Emanualle.
Milan ni memang sangat panas. Habis terbakar kulit. Kami balik semula ke Hotel dengan taxi jer. Untuk makan malam kami beli kebab kat salah sebuah turkish restaurant berhampiran hotel. Berakhir sudah 1 hari di Milan. Untuk entri seterusnya cik Z akan kongsikan pula pengalaman Summer Trip Europe DAY 7: Milan-Venice Mastre. Ok jumpa lagi wassalam.
sebenarnya nak ucap terima kasih pada cik Z jugak sebab sanggup ssh payah spnjg cik Fizz hilang pasport. Tak pasal-pasal kita kena kuarkan duit lebih (*beli tiket flight baru, duit taxi nak g kedutaan, duit train nak g buat report polis) - semua ni adalah duit2 yg kita terpaksa keluarkan sbb pasport hilang. Dan terima kasih jugak sbb cik Z pun 'cool' sngt ms papsort hilang tuh. Kalau tak, mmg cik Fizz blh ngalir air mata dah kat situ hari tuh hehehehhe
ReplyDeleteIts memorable journey kan? Apapun we both did it.
DeleteItulah persahabatan.....rindunya kat korang
ReplyDeleteSalam sis! Hope you're fine over there? Hope we'll meet again insyaAllah.
ReplyDeleteFarida? We miss u of course. Alhamdulillah we r fine here. Now both of us r started working again. So a bit difficult to travel hu hu. We wont forget u n ur family. Contact us if u r coming back to kuantan okay.
DeleteInsyaAllah sis. We'll contact u when we'll be in Malaysia. We are waiting for baby#3 next month. A boy lg hehe
ReplyDeleteOh congrats. Hope everything going well. But ..next time hopefully a girl la he he. Kesian mom no friends.
Delete