Salam semua. Sesuatu yg misteri berlaku hari ini. Sehingga entri ini ditulis cik Z masih lagi tiada jawapan kepada apa yg telah berlaku. Kisahnya macam ni. Cik Z ada 2 pendrive yg aktif penggunaannya dalam menyimpan segala kerja berkaitan PhD research selama 2 tahun 6 bulan. Pendrive A ada semua file2 berkaitan thesis dan research. Pendrive B pula ada file2 yg menyimpan semua simulation result untuk topik yg terakhir.
Kali terakhir cik Z mengemaskini kandungan pendrive A adalah pada jam 3.30 ptg hari Rabu 5 Mac 2014 yg lalu iaitu sehari sebelum pulang ke kampung. Pendribe B pula pada jam 11.30 pagi hari yg sama. Hari ni macam biasa pergi ke Uni. Tapi bila buka jer pendrive A, sangat terkejut bila tengok 99% isi kandungan pendrive yg sepatutnya ada telah pun hilang tanpa kesan. Kesemua file yg hilang ini adalah file2 yg diletakkan dalam bentuk folder.
Pelik sangat kan. Pastu cik Z try pulak tengok pendrive B. Bila buka jer, Ya Allah double terkejut. Perkara yg sama pun berlaku pada pendrive B juga. Tak nak panik sangat, cik Z cuba pula buka kedua2 pendrive tu kat 2 pc yg lain. Sama jer hasilnya. Serius big question??? Kemana hilangnya fail-fail tu? Masalahnya kedua2 pendrive tu tidak disentuh langsung selama 5 hari. Jadi kat mana sebenarnya dia pergi? Misteri ye tak?
Walaubagaimanapun, cik Z agak bernasib baik sebab sebelum balik haritu cik Z sempat buat backup file untuk pendrive A. Itupun sebenarnya dah hampir2 terlupa tapi sebelum balik rasa macam tak sedap hati, dan ada terfikir takut tercicirkan pendrive tu. So sempatlah save semua file yg ada dalam tu kat deskstop pc. Walhal kali terakhir buat backup file ialah sebulan yg lalu. Alhamdulillah 100% data/file masih ada.
Masalah sekarang ialah pendrive B. Oleh sebab simulation study untuk topik akhir ni masih ongoing, jadinya cik Z jarang2 pindahkan latest result ke pendrive A. Kali terakhir ialah 2 minggu lepas. BIla recheck kat pendrive A tadi nampaknnya cuma ada 60% latest result kat situ. Bermakna sekarang cik Z kena trace balik semua pc/laptop yg dah digunakan (ada 7 semuanya) untuk run simulation study tersebut untuk cari balik resultnya. Mujur sangat bila cik Z guna SPlus ni, simulation resultnya tersimpan dalam object explorer. Alhamdulillah.
Lesson to be learned, lepas ni nampaknya cik Z kena la tingkatkan kekerapan membuat backup file. Nampak leceh, tapi ianya terbukti telah menyelamatkan cik Z dari krisis yg lebih besar sekurang2nya untuk kali ini. Syukur, Allah sayangkan cik Z. Harap kawan2 yg lain pun sentiasa bersedia ya untuk saat2 yg tak terduga seperti ini. Walaubagaimanapun, nampaknya misteri kekal misteri.
wassalam.
salam cik z, kapal terbang yang besar pun Allah boleh hilangkan. btw, tq atas peringatan utk backup file. hihi..
ReplyDeleteItu lah kuasa Allah. Kebetulan pula berlaku pada masa yg hampir sama dgn hilangnya MH370. Apapun Allah lebih mengetahui.
Delete