Kisah Summer Trip Europe bersambung lagi. Kali ini cik Z ingin mengajak semua pembaca menyusuri lorong-lorong kecil di city of water, Venice (Venezia). Venice ni terdiri daripada beberapa pulau kecil dan bangunan2 disini seolah2nya didirikan diatas air. Selain lorong2 kecil, Venice juga dipenuhi dengan laluan2 air serta jambatan kecil dan besar.
Biarpun setahun hampir berlalu, namun kenangan di Venice masih segar dalam ingatan. Berada di Venice seolah2nya kita berada dalam dunia khayalan ataupun lukisan. Melangkah saja di Venice, semua pengunjung perlu berjalan kaki kerana tiada jalan raya dan pengangkutan seperti kereta disini. Yang ada hanyalah water taxi dan gondola. Sangat sesuai untuk mereka yg ingin berbulan madu ataupun ingin lari dari kesibukan dunia.
Walaubagaimanapun, Venice ni bukanlah satu kota yg murah. Budget traveller seperti kami memang tak mampu nak bermalam di Venice. Segala-galanya mahal disini, Nak masuk toilet pun kena bayar Euro1.5 tau. Sama seperti kota Milan, Venice juga dipenuhi dengan pelbagai jenis butik barangan berjenama. Selain itu hampir semua jenis kedai ada disini, dari pakaian, kasut, beg, peralatan elektronik, sayuran dan buahan. Pendek kata kalau kita datang sini dengan beg kosong pun boleh. Semuanya boleh dicari disini asalkan ada duitnya.
Untuk trip ini, kami berjaya menjelajah hampir keseluruhan kawasan Venice dengan berjalan kaki dari jam 9 pagi hingga jam 4 ptg. Satu pengalaman yg sangat berharga. Kat Venice ni hanya ada satu jer tarikan utama yg kira macam wajib singgah iaitu Piazza San Marco. Untuk sampai di Piazza San Marco, bukanlah satu perjalanan yg mudah yer. Kemungkinan untuk sesat adalah sangat tinggi walaupun kita dah pun berbekalkan sekeping peta. Tip untuk elakkan sesat ialah ikut lorong berwarna yg dicadangkan dalam peta ataupun lihat penanda arah ke Piazza San Marco yg ada diletakkan didinding2 bangunan.
Untuk entri kali ini, cik Z akan kongsikan cerita bergambar tentang pemandangan yg dapat dilihat dari Santa Lucia Train Station hingga ke Piazza San Marco sahaja. Itupun kami dah habiskan masa 3-4 jam. Jadi bayangkanlah berapa keping gambar yg berjaya kami ambil? Serius banyak sangat. Jom sertai pengembaraan kami melalui gambar-gambar terpilih ini.
Khamis, 13 Jun 2013. Seawal jam 8 pagi kami dah pun berada di lobi Hotel & Hostel Colombo untuk check out. Kat hotel ni memang tersedia sebuah bilik khas untuk simpan beg. Almaklumlah pengunjung hotel ni kebanyakannya budget traveler dan cuma singgah tidur je. Seterusnya kami berjalan kaki ke Venice Mestre Train Station. Nampaknya agak ramai umat manusia nak ke Venice/Venezia. Kami beli return tiket berharga Euro2.4.
Ini ialah Venezia Santa Lucia Train Station. Perjalanan dari Venice Mestre kesini kurang 15 minit. Selain keretapi, pengunjung boleh juga menaiki kereta, bas, atau taxi untuk sampai di Venice. Tapi hanya turun setakat kat Parking utama je la. Lepas tu semua orang kena jalan kaki.
First view yang boleh dilihat dari Venezia Santa Lucia Train Station. Keluar jer dari train station memang akan nampak pemandangan ini. Kalau nak naik water taxi boleh dapatkannya disini. Tak pasti pula berapa harganya kalau naik water taxi ni. Kami perhatikan ramai pelancong yg membawa beg tarik akan naik kemudahan water taxi ni. Mungkin untuk ke hotel penginapan yg berada agak jauh ataupun yg tidak boleh dihubungkan dengan berjalan kaki.
Ini juga pemandangan yang boleh dilihat dari Venezia Santa Lucia Train Station. Keluar jer dari train station, toleh ke sebelah kiri memang akan nampak pemandangan ini. Nampak tak jambatan yg tinggi tu. Ini ialah jambatan utama yg menghubungkan bahagian daratan yang ada train station ni dengan bahagian daratan yg kat tengah2 Venice.
Laluan yg kami pilih ialah laluan disebelah kiri Santa Lucia train station. Baru jam 9 pagi tapi panas teriknya macam dah 1 petang.
Kami berjalan melepasi jambatan yg besar dan tinggi tu. Dah mula nampak deretan kedai2 cenderamata dan restaurant kat belakang tu. Perut belum lapar jadi kami jeling2 jer. Laluan seterusnya ialah lorong kecil antara bangunan yg kat belakang tu ya.
Pusing ke belakang, itu dia jambatan yg cik Z sebut-sebutkan tadi.
Lorong pertama yg kami jumpa. Kiri dan kanan lorong ni semuanya kedai dan rumah. Kat kawasan ni ada banyak kios2 kecil yg menjual cenderamata. Sebelum kami penat dan hilang mood ada baiknya kalau kami beli dulu cenderamata siap2.
Ini contohnya kios cenderamata. Tapi yg anehnya yg tukang penjualnya ialah orang Bangladesh. Topeng2 muka memanglah menjadi tarikan utama di venice. Harga cenderamatanya agak berpatutan juga dan boleh tawar menawar. 4 keping FM yg berkualiti boleh dapat dengan harga Euro10. Ada juga yg lebih murah.
Dah beli cenderamata, lega sangat. Jadi ini masanya untuk enjoy sepenuhnya percutian singkat kami di Venice. Lupakan seketika semua masalah dunia. Mula kelihatan kedai2 beg dan kasut kulit buatan tangan sepenuhnya made in Venice (katanyalah). Memang boleh tahan cantik. Baju2 tyg dijual pun kebanyakannya ditulis made in Venice.
Semua sudut kelihatan seperti lukisan. Cuaca yg baik menyebelahi kami. Tengok langit tu biru sepenuhnya tanpa awan. Mamat kat tepi kanan ni boleh plak dia stop kat situ tengok kami sengih depan tripod he he.
Keluar dari lorong yg panjang tadi akan jumpa satu square yg tak de la besar sangat ni. Adalah beberapa kerusi untuk duduk2 berehat kat situ. Kalau tak silap bangunan kat belakang tu ialah sebuah gereja kecil.
Jumpa lagi deretan restaurant pelbagai pilihan. Gabungan warna bangunan kuning, cream dan orange yang betul2 kontra dengan langit yg biru inilah yg membuatkan semua yg dilihat cantik ajer.
Seterusnya, ini jambatan bertangga yg pertama kami lalui. Kalau terpaksa tarik beg kat sini memanglah a big no-no.
Pemandangan dari jambatan. Laluan air yg ni agak besar. Tapi warna air kat sini tak berapa cantik sebenarnya.
Nampak kat hujung sana macam ada banyak khemah2 kecil. Apa agaknya yg ada kat situ ya? Jom kita gi sana plak.
Oh ho rupa2nya ada pasar basah disini. Geramnya tengok warna sayuran2 yg berwarna warni dan nampak segar tu.
Lagi rsa geram bila nampak buah-buahan ni pulak. Wah terus rasa lapar. Cik Z beli buah strawberry yg kat atas tu 1/2 kg harganya Euro2.5. Sedap sangat buahnya. Banyak plak tu. Last-last sumbat dalam beg. Nak tau apa yg terjadi pada buah strawberry ni, tunggu sambungannya nanti dalam Part 2 Venice.
Lorong yg ni macam besar sikit. Selepas2 ni semua lorongnya lebih kecil dan sempit.
Dah jalan-jalan haus pulak. Padahal ada jer bawak air mineral ni tapi bila nampak kios jual fruit juice teringin la juga. Boleh pilih campuran buah-buahan yg kita suka. Harganya ialah Euro6. Giler mahal kan. Pejam mata je lah. Nasib rasanya sedap giler.
Nampaknya dah nak hampir sampai ke Piazza San Marco. Kat sini kami dah mula jumpa banyak butik2 barangan berjenama. Dalam banyak2 tu boleh pulak terselit BATA. Serius ramai orang masuk dalam ni. Kami pun masuk juga. Nampaknya design kasut kat sini lebih cantik dan bergaya berbanding apa yg kita jumpa di Malaysia.
Ini contoh lorong2 kecil yg kita boleh jumpa dan juga antara barangan yg boleh dibeli.
Semakin hampir sampai ke Piazza San Marco, kita akan mula nampak gondola dengan trademark baju belang2nya tu. Ada banyak juga jambatan2 kecil seperti ini. Setiap kali ada gondola lalu memang asyik memerhatikan gondola2 ini bergerak perlahan di atas air.
Akhirnya, sampailah kami di Piazza San Marco. Tarikan utama disini ialah dataran Piazza San Marco dan Basilica San Marco yg kat belakang tu.
Sekitar Piazza San Marco. Kat sini tak boleh duduk sesuka hati. Ada pekerja sukarela yg akan tegur kita kalau nampak kita duduk nak minum atau nak makan walaupun sekeping roti.
Di tengah-tengah Piazza San Marco. Sila abaikan minah kat belakang tu ya. Banyak burung merpati kat atas dataran ni. Selamba je dia berjalan kat atas tu tak kisah orang lalu lalang.
Tengok betapa jinaknya burung-burung ni.
Masa untuk beredar ke tempat yg lain pula.
Catatan peristiwa Summer Trip Europe DAY 8 Part 1: Venice, berakhir di Piazza San Marco. Amacam teruja tak tengok gambar-gambar kami di Venice ni? Ikuti kisah selanjutnya dalam Part 2 pula. Cik Z yakin pasti ramai yg makin teruja nanti, he he. Ok sampai disini saja untuk kali ini. Wassalam.
p/s: Terus berdoa untuk MH370.
Cik z,
ReplyDeleteBangunan kaler oren, krim tu area hostel saya. Hehheh
Wah bestnya duk stay dalam Venice. Memang dalam wish list nak pi Venice lagi tapi akan pastikan dapat duduk kat dalam Venice tu sendiri nanti.
Deletesangat cantiklah venice ni... jelous hambe... nanti mesti nak datang juga ni...
ReplyDeletesila sila..memang sangat-sangat cantik padahal bangunan jer pun semuanya
DeleteCity Of Water, tempat yang sesuai untuk berbulan madu…waduhh..mula lah verangan ni
ReplyDeleteAduhai…mmg teruja…sabar ye JM :-)
City Of Water, tempat yang sesuai untuk berbulan madu…waduhh..mula lah verangan ni
ReplyDeleteAduhai…mmg teruja…sabar ye JM ;-)
Tengah plan ker memang confirm dah nak pergi ni? Bilernya?
DeleteCik Z, baru planning tp lom confem :-) so at the same gigih menabung ni :-)
Delete