Thursday, 24 April 2014

Summer Trip Europe DAY 11 Part 1: Athens (Monastiraki Flea Market dan Library of Hadrian)

This is Athens view from SOHO Hotel.

Ahad, 16 Jun 2013. Pagi pertama di Athens. Langit cerah dengan cahaya matahari memancar terik. Dari tingkap bilk kami di tingkat 8 SOHO Hotel, jelas kelihatan ratusan (mungkin juga ribuan) bangunan penempatan memenuhi kaki-kaki bukit togel sekitar Athens. Satu pemandangan unik yg tak pernah cik Z lihat dimana2 lagi setakat ini. 

Lagi view dari bilik kami.

Ada misi penting yg perlu kami bereskan dulu pagi ini. Red alert. Sebenarnya kami dah kehabisan baju bersih. Plan asal nak hantar laundry di Rome tapi tak kesampaian sebab tak der pulak perkhidmatan tu kat area hotel kami. Jadinya, masa check in semalam perkara pertama yg kami tanyakan ialah perkhidmatan laundry. Syukur, pihak hotel SOHO memang dah siap sediakan satu pamplete berkaitan laundry dan cara nak pergi ke situ. Tapi katanya kami kena jalan kaki kira2 15 minit utk pi kat laundry tu. 

 
Ini laundry yg kami cari. 

Ada 1 masalah lain. Nampaknya utk hari Ahad ni, laundry akan tutup awal iaitu sekitar jam 11.30 tghr. Jadinya kami kena keluar awal. Sekitar jam 9.30 pg, selepas sarapan nestum 3 in 1, senaman kaki pun bermula. Bayangkan baju kotor satu beg 20 kg kami masukkan dalam beg plastik yg dijinjit kiri dan kanan tangan, uihh lenguh jugalah. Perjalanan mencari laundry ni hampir2 tak terjumpa sebab kedudukannya agak tersorok. Nasib baiklah peta yg dibekalkan sangat tepat. Sepanjang jalan kami terpaksa melalui beberapa lorong kecil dan mujur juga jalannya agak menuruni bukit. Tapikan nama sebenar tempat ni nampaknya gagal cik Z ingati. Puas cuba ingat tetap tak boleh recall. Almaklumlah dah hampir nak setahun dah. 

Nampak tak tulisan laundry yg agak tersorok tu? Kat sebelah laundry ni ada kedai makan. 

Pusing2 kat situ dua-tiga kali barulah nampak kedai laundry ni. Rupanya tersorok kat sebelah satu kedai makan yg agak besar. 10++ pagi gak baru kami sampai kat sini. Sistem kat laundry ni lain sikit. Kami bayangkan, kami yg kena cuci sendiri. Rupanya diorang yg buatkannya. Yg paling tak best ialah diorang juga yg tentukan berapa bakul kain baju kotor yg kita bawa. 1 bakul utk 1 mesin basuh. 1 bakul kena bayar Euro10. Dan hasilnya kami punya baju masing2 kena 2 bakul. Jadinya kena bayar Euro20 setiap sorang. Ha ambik kau. Dekat RM90 untuk basuh baju jer? 

Sementara nak tunggu siap laundry, tak kan nak duk melepak kat situ je kan. Tadi dah penat menapak, perut pun dah start bunyi2. Pucuk dicita, macam sesuai sangatlah ada kedai makan kat sebelah laundry ni kan. So kami pun masuk kat situ. Dekorasi kedai ni simple tapi bersih dan menarik. Bila tengok menu, nampaknya harga makanan kat sini murah dan berpatutan. Lebih murah dari harga dobi. Menu2 kat kedai ni ialah makanan Greece. Hampir semua yg ada dalam menu tu something yg kami tak pernah nampak. Agak konfiden bila tengok menu sebab tak der menu2 yg mencurigakan. Kami agak teruja juga bila nampak ada menu ikan bakar kat dalam tu. Dah 2 minggu kami tak makan ikan, jadi rasa bersemangat nak mencuba ikan Greece. Apa lagi yg kami order? Boleh tengok kat bawah ni.

Set ikan bakar yg didatangkan sekali dengan salad sayuran segar serta kentang. Kami ambil juga kentang goreng yg digoreng secara tradisional Greece, dan roti pita. Berangan jadi orang Greece kejap. 

 
Zoom sikit rupa set ikan bakar dan latte macchiato yg kami order juga. Semua ni harganya hanya Euro 16 ajer. Murah kan? Air tu rasanya sangat sedap. Semua makanan yg kami order pun memang sangat sedap sehingga menjilat sudu gitu. Habis licin semuanya kami kerjakan. Kenyang Alhamdulillah.

Lama juga kami duk melepak kat kedai makan tu sementara nak tunggu baju siap. 1 jam 30 minit menunggu, akhirnya siap sudah. Tak boleh berlengah-lengah. Banyak lagi itenary lain yg menanti. Tak sabar rasanya nak mulakan pengembaraan mencari Acropolis. Cuma yg tak berapa nak bestnya, perjalanan balik semula ke SOHO agak mendaki. Uihh nasib baik dah makan kenyang.

Sampai kat hotel kami rehat2 kejap sementara menunggu Zuhor jam 1.26 ptg. Hampir jam 2 ptg baru kami mula berjalan. Berbekalkan map dan info yg diberikan oleh pihak hotel, kami melangkah bersemangat menuju ke Monastiraki. Arah yg kami tuju kali ini adalah ke sebelah kanan hotel. Arah yg kami ambil ini betul2 bertentangan dengan arah nak ke laundry tadi pagi. Kami diberitahu yg jalan nak ke Monastiraki ni mudah saja iaitu ikut jer jalan lurus sampai kat hujung, nanti sampailah kat Monastiraki tu. Anggaran masa yg diberikan ialah sekitar 15-20 minit. 

Jalan menuju ke Monastiraki.

Rupa-rupanya keadaan jalan nak ke Monastiraki ialah mendaki bukit. Makin lama makin curam. Jadinya 15 minit yg dikatakan berubah menjadi 30 minit. Langkah kami lama2 makin slow macam kura-kura.  Realiti Athens yg sebenar terbentang didepan mata kami. Cik Z percaya ramai yg tahu kan, tak lama selepas sukan Olimpik Athens 2004 Greece telah diisytiharkan muflis. Kesan-kesannya boleh dilihat kat Athens ni. 

Contohnya ada banyak bangunan/kedai yg tak berpenghuni atau ditinggalkan. Bangunan-bangunan tinggal ini akhirnya menjadi mangsa vandalisme, sedikit sebanyak mencacatkan persepsi pelancong. Insaf juga bila lihat negara yg gah macam Greece ni tetiba jatuh ekonominya. Yg jadi mangsa ialah rakyat yg tak berdosa. Tapi secara relatifnya kami dapati kos sara hidup di Athens agak murah berbanding kota2 Eropah lain yg sempat kami kunjungi.  

 
Contoh vandalisme di Athens.

Akhirnya selepas 30 minit berjalan kami tiba di Monastiraki. Acropolis yg kami cari terletak nun jauh diatas bukit sana tu. Tarik nafas panjang-panjang dulu ya.  Jauh lagi tu.

Antara tarikan utama di Monastiraki ialah Flea Market. Jom kita lihat apa yg ada di sini.



Macam-macam ada kan? Kami cuci-cuci mata ajer sebab ada banayk lagi tempat nak disinggani ni.

Langkah pertama kami ke tapak arkeologi Athens semakin hampir. Nampak tak dalam kat gambar atas ni tiang-tiang batu dalam kawasan berpagar? Inilah dia destinasi pertama kami ptg ini iaitu Library of Hadrian.

Tarikan utama Athens ialah tapak warisan arkeologinya yg membariskan beberapa buah ancient cities. Paling popular dah semestinya Acropolis. KIta perlu membayar Euro12 untuk mendapatkan 4 days entry pass ke 7 ancient cities yg berada dalam Athens. 7 ancient cities tersebut ialah:

1. Acropolis
2. Ancient Agora
3. Kerameikos
4. The North Slope of Acropolis
5. Roman Agora
6. Olympeion
7. The South Slope of Acropolis

Ada juga hari-hari khas yg boleh masuk free. Kalau rajin try google la yer. Dalam setiap Ancient City tu ada monumen2 khas tersendiri. Tapak arkeologi pertama yg kami jumpa ialah Library of Hadrian yg terletak di Monastiraki. Monumen ini letaknya di celah-celah rumah orang dan pagarnya hanya bersebelahan dengan Flea Market. Pengembaraan Athens kami bermula disini. 4 days entry pass boleh dibeli disini. Jom ikut kami melihat puing-puing tinggalan Library of Hadrian yg masih ada.


Sejarah Library of Hadrian.


 
 
 
 




 
 


Tempat ni keluasannya lebih kurang satu padang bola sepak ajer. Mengkagumkan sebab walaupun ianya dah dibina seawal tahun 132AD tapi kesan-kesan baru runtuhan dan ukiran yg ada masih utuh. Hebat kan teknologi zaman dulu kala. Lagi kagum sebenarnya dengan usaha Greece mengekalkan tapak monumen penuh sejarah bangsa Greek ini untuk mengingatkan dunia tentang kehebatan bangsa mereka. 

Kemana arah kami selepas Library of Hadrian? Tunggu ya. KIta sambung nanti dalam entri seterusnya. Jumpa lagi wassalam.




Friday, 18 April 2014

Summer Trip Europe DAY 10: Rome-Athens

 

Summer Trip Europe DAY 10. Sabtu, 15 Jun 2013. Hari ini kami akan memulakan perjalanan ke Athens Greece, destinasi terakhir yg bakal kami singgah di bumi Eropah. Sekali lagi kami memilih EasyJet untuk terbangkan kami. Waktu penerbangan kami ialah jam 3.55 ptg dan dijangka tiba 2 jam kemudian di Athens (6.55 ptg waktu Athens). 

Ikut perancangan asal, konon-kononnya macam nak jalan-jalan kejap sekitar Rome sebelum ke Roma Fiumicino Airport. Tapi bila bangun pagi nampaknya mood malas telah berganda, jadi no more jalan-jalan. Going straight to airport saja kesudahannya. Jam 11 pagi kami dah pun check out dan jalan kaki ke Termini Station. No more sesat barat. Senang ajer rupanya nak ambik shutle bas ke airport. Tempat shutle2 bas ni letaknya kat bahagian tepi kanan bangunan Termini Station. Ada banyak pilihan shuttle bus. Naik jer la mana2 yg dah nak bergerak. Kali ni kami dapat bas yg harganya Euro4 ajer. Jimat Euro1.

 

Kat Roma Fiumicino Airport ni, ada satu terminal khas untuk Easy Jet sahaja. Lama jugak kami melepak kat sini sementara nak tunggu check in open. Bila dah masuk departure hall plak, no. gate untuk flight kami lambat sangat nak dikeluarkan. Memang lambat sangat, dah tinggal 20 minit sebelum masa berlepas barulah keluar kat skrin, pastu dia letak plak kat gate paling hujung. Maka panjanglah kami berbaris bila dah sampai kat depan gate. Siap delay lagi plak tu. Paling kesian ada sorang pakcik ni siap jatuh terjelupuk dan terkencing mungkin kaki dia kebas sangat berdiri lama. Kecoh satu airport. Oh kecian sungguh pakcik tu. Teringat lagi muka dia sampai sekarang.

Shuttle bus no X95 dari Athens airport ke Syntagma Square. Basnya panjang, rasanya macam 2 bas panjang yg disambungkan bersama.

Sampai kat Athens, dah jam 7 malam. Hari masih cerah, tapi matahari sebenarnya dah pun mula jatuh.  Atenas Eleftherios Venizelos Airport tak sibuk langsung. Kami mencari shuttle bus no X95 dari menuju ke Syntagma Square. Tiketnya perlu dibeli di satu kaunter khas kat luar airport, betul2 bersebelahan dengan tempat shuttle2 bus ni semua parking dan ambik penumpang. Harga tiket ialah Euro5. 

 
 

Bahasa dan tulisan utama di Greece ialah Greek. Pertama kali nampak tulisan Greek macam jakun jugaklah. Sepanjang perjalanan nak ke Syntagma Square, pantang nampak papan tanda leka kami cuba membaca apa yg tertulis. Bentuk muka bumi Athens sangat unik dan berbeza. Ada banyak sangat bukit bukau yg hampir kesemuanya togel macam tak de pokok. Wah tak sabar nak memulakan pengembaraan di Athens pula.


45 minit perjalanan, bas yg kami naik akhirnya berhenti kat satu jalan berbukit. Kiri kanan nampaknya ada banyak bangunan2 kedai. Pemandu bas bangun dan menyebut Syntagma Square. Oh dah sampai rupanya. Ingatkan Syntagma Square ni bus station, rupanya tepi jalan je pun. Turun dari bas, kami terus nampak ada deretan taxi kuning menunggu penumpang kat seberang jalan. Hari dah mula nak gelap. Cepat2 kami gi kat satu taxi dan minta hantarkan kami ke SOHO hotel di no. 25 Menandrou. Tak sampai 10 minit dalam taxi, kami pun sampai kat depan hotel yg dicari. Harga taxi Euro5.

Lobi SOHO hotel.

Urusan check in  mudah saja. Staf bertugas super friendly dan fasih berbahasa inggeris. Lobi hotel SOHO ni multiple function sebenarnya. Ada mini pantry. Air panas, kopi, tea, gula semua ada kat sini. Ada banyak meja2 dan kerusi disediakan untuk memudahkan penghuni makan minum kat sini ataupun untuk melayari internet. 

 
Suasana bilik kami. Sangat luas dan selesa. Harga bilik ni Euro25 satu malam.

Bilik kami terletak kat tingkat 8 kalau tak silap. Selain bilik yg luas dan super selesa, kami sangat sukakan view dari tingkap bilik kami ni. Dari kedudukan yg agak tinggi ni kami dapat lihat pemandangan Athens yg serius sangat unik. Bagunan-bangunan kat Athens ni bentuknya lebih kurang sama jer. Warnanya pun lebih kurang juga, yg mana hampir kesemuanya berwarna putih cream. Pokok-pokok pula hampir tak der yg besar. Jadi bila matahari memancar, pantulannya kat bangunan2 tu buatkannya nampak seperti lighting effect semulajadi. Paling menarik juga dah semestinya pemandangan matahari terbenam dicelah-celah gunung yg dapat kami saksikan sendiri selama 3 hari disini. 

Cik Z akhiri entri kali ini dengan deretan gambar matahari terbenam paling cantik yg pernah kami saksikan. 





Malam pertama di Athens kami makan maggi jer sebab tak larat nak mencari makanan diluar. Nasib juga pagi2 tadi kami dah bersarapan lengkap sebelum check out. Misi kami esok hari ialah mencari Acropolis. Jumpa lagi dalam entri seterusnya, Summer Trip Europe DAY 11: Athens.  Banyak sangat gambar-gambar menarik yg kami ambil di Athens.  Sampai tak tahu yg mana satu nak dipilih untuk dikongsikan kat dalam blog ni.  


Wassalam.