Thursday, 3 April 2014

Parking oh Parking

Masalah parking selalu sajer menjadi igauan ngeri sejak cik Z berhijrah ke KL. Kat rumah susah nak parking, kat um pun penuh juga, pergi shopping pun sama sajer. Senang citer memang masalah parking ni sentiasa menghantui cik Z setiap hari. Itu belum masuk masalah jalan jammed. Tak der apa yg boleh dibuat sekadar banyak-banyak bersabar dan berlebih kurang dengan setiap orang. Kat Malaysia ni mungkin orang KL lah yg paling penyabar sekali rasanya. 

Ada banyak kisah/kejadian kecil yang cik Z alami berkaitan parking terutama kat kawasan rumah ni. Kat sini, parking area memang agak limited. Double parking memang lumrah. Kalau double park pun dah tak de ruang, parking buatan sendiri pun ader asal muat ajer. Sebab itu cik Z akan pastikan untuk sampai kat rumah sebelum pukul 6 setiap hari, dan kalau pagi pula terpaksa keluar lambat sikit 9.30++. 

Walaupun dah keluar lambat, setiap minggu sekurang-kurangnya sekali mesti ada punyalah terpaksa tolak kereta org lain yg double park depan kereta cik Z. Tolak pakai apa, dah tentulah pakai tangan siap dengan aksi kekuda yg tepat hehe , kalau tak sakit pinggang nanti. Bukan senang nak menolak kereta org ni. Kalau kecil ok lagi, tapi kalau yg besar macam mpv atau van? Kiranya sepanjang 2 tahun stgh kat sini, dah macam2 jenis kenderaan yg dah cik Z cuba tolak. Serius super woman ni.

Sesekali kalau terpaksa keluar awal pagi ataupun malam hari, memang nightmare jadinya. Kadang2 terpaksa tolak dua tiga kereta dalam satu masa, baru boleh keluar. Bila keluar malam dan balik tu nak cari parking, hai memang miracle la kalau dapat yg dekat atau cantik tempatnya. Bayangkan org2 yg dah duduk sini bertahun lamanya? Giler penyabar semuanya kan.

Tapikan bukan semua orang yg buat double park ni prihatin orangnya. Sesetengah tu, selamba jer tak turunkan hand brake. Makanya nyanyian hon la yg terpaksa semua org dengar. Alhamdulillah setakat ni cik Z belum terjumpa lagi masalah macam ni. Stress tau pagi-pagi gelap dah dengar bunyi2 hon.

Sebenarnya, hari ni cik Z nak kongsikan satu peristiwa berkaitan double park yg pertama kali cik Z alami.  Pagi tadi, 9.30 pagi macam biasa turun bawah nak ke kereta. Dari jauh dah nampak ada satu waja yg park betul2 kat depan kereta cik Z. OK macam biasa kita tengok dulu arah mana yg paling sesuai untuk ditolak. Mula2 cik Z pilih sebelah kanan, Baru tolak sikit (tak lepas pun lagi kereta cik Z ni), tetiba terperasan yg kereta ni sebenarnya dia dah buat kesilapan iaitu dah park termasuk kat kawasan parking yg sebenar. 

Kebetulannya dalam 4 kereta berderet (semua ni dalam parking sebenar), hanya kereta cik Z yg bersaiz kecil. Jadinya, bila waja ni parking kat depan kereta cik Z, termasuk kedalam sikit pun masih tak de masalah kan. Tapi ianya membawa masalah untuk cik Z pula. Masalahnya ialah, bila kita tolak waja ni ke depan dia tak boleh lepas jauh sebab secara automatik nya dia akan bertembung dengan kereta disebelah kanan cik Z. Bila tolak ke belakang plak, dia bertembung dengan kereta yg kat sebelah kiri cik Z pulak. So macammana kereta cik Z nak keluar kan?

Cuba bayangkan situasinya. Serius blur tak tahu nak buat ape. Kebetulan masa cik Z mundar mandir kat depan waja tu, adalah satu kereta datang parking dekat2 situ. Tapi owner kereta ni macam nak tunggu org je pun. Agaknya dia pelik tengokkan cik Z, pastu dia pun turun tanya. Pastu dia pun try gak lah tolak2 waja tu, tapi memang confirm tak boleh buat ape punya. Akhirnya dia cadangkan utk hon kuat2 banyak2 kali. 

Alamak, tak pernah buat ni... o malunya. Tapi dah terpaksa kan buat la juga. Yg lawaknya hon pertama yg cik Z buat tu mungkin slow sangat kot. Spontan mamat yg suruh tu dia gelakkan cik Z. Tak de saper yg dengar pun dia kata he he. Almaklumlah amatur kan. Pastu banyak kalilah cik Z bunyikan hon tapi masih tak der apa2 respon. Lama2 give up jugalah. 

Masa dah mula give up, datanglah satu makcik ni dia bagi barang kat mamat tadi. Pastu yg bagusnya mamat ni dia mintak tolong makcik ni tengokkan saper owner waja tu. Oh Alhamdulillah, masih ramai rupanya orang2 baik hati kat dunia ni. Memang kebetulan pulak makcik ni dia tahu siape owner waja tu. Pastu dia suruh cik Z tunggu sat, dia try panggil owner tu. Yang keciannya, makcik ni sanggup dia naik tangga (tak pasti tingkat berapa) semata-mata nak panggil owner waja ni.

Tapinya bila dia turun balik, dia turun sorang2 plak. Eh apa citer ni? Rupa2nya owner kereta ni tak de kat rumah plak. Yang ade cuma wife dia aje. Pastu wife dia kata tak pandai bawak keter, dan dia suruh tolak jer keter waja tu? WHAT? ... Kalau boleh tolak tak payah la cik Z bersusah payah berpeluh2 dalam panas ni. 

Masa ni tetiba plak ramai akak2 surirumah kat blok cik Z ni bersidai tengok drama parking ni.  Pastu adalah salah sorang akak2 tu duk jerit, mintak kunci kat dia pastu mintak org lain tolong alihkan. Oh tetiba jadi drama swasta plak. Glamor sekejap I. Lagi kecian, makcik tadi la sekali lagi bersusah payah pi ambik kunci kat rumah owner waja ni.

Masa makcik ni dah turun bawak kunci, adalah sorang akk ni jerit dari aras 2 (rasanya ni la wife owner waja ni), kenapa tak tolak jer waja tu, kan ker hand brake nya tak ditarik? Pastu dia kata, kereta yg sebelah menyebelah dengan kereta cik Z ni yg salah sebab parking ke depan sangat. Eh hello cik kak, awak tahu tak macam mana waja ni diletakkan?

Boleh bayangkan tak apa perasaan cik Z masa ni? Oh rasa macam ada api tengah terbakar kat dalam dada. Serius bengang sangat. Maka dengan selambanya cik Z jerit balik, kalau boleh tolak saya dah tolak lama dah dan sebenarnya waja ni yg salah parking termasuk kat ruang org lain. He he bila ingat2 balik malu la plak. Tak pasal2 mengglamourkan diri.

Dan nak dipendekkan cerita cik Z la juga yg terpaksa alihkan waja tu kesudahannya. Bila dah alihkan, tetiba plak kuncinya tak boleh dikeluarkan. Ha ha.. tak tahu nak buat aper lagipun dah lambat, akhirnya cik Z tinggalkan ajer kereta tu kat situ, dan bagi pesanan penaja kat owner waja tu (melalui makcik yg bagikan kunci) supaya keluarkan sendiri kunci tu.. Ha ha boleh tak gitu?

Tak pasal2 cik Z jadi hulk pagi ni. Apapun sangat berterimakasih dengan mamat pertama dan makcik yg sangat baik hati nak menolong. Kalau diorang tak tiba2 muncul la masa tu, tak tahulah apa nak buat. Kot2 cik Z naik je rumah balik semula dan cancle terus tak payah datang um.

Lesson learn: Tolonglah jangan selfish dan susahkan orang lain ya. 

Sekian, tamat sudah. Terima kasih la buat semua pembaca yg sudi membaca bebelan cik Z ni. Lega rasanya... he he. Jumpa lagi. Wassalam.


4 comments:

  1. =) blogwalking.. ahhaha... kelakar.. dulu time stdy kat shah alam mmg elak duk apartmen ke kondo ke.. tak sanggup nk begaduh pasal paking.. dorg ni kalau terpakse blok kete, at least tinggalkanlah no phone kan.. senang juga nk cari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat la tu, patutnya tinggalkanlah no. phone. Memang insaf duk kat Kl ni rasa bersyukur giler duk kat kuantan kalau parking terus masuk depan rumah jer.

      Delete
  2. Terbayang-bayang aku ko dok menolak macam2 jenis kereta. Sian kat ko. Takpe Zana, ko dah nak balik Kuantan dah tak lama lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bayangkan kan? Ni la juga antara pemangkin semangat nak cepat2 habis. Insaf wei duk sini. Sebab tu aku selalu sakit pingang duk kat sini.

      Delete