Aduh lama giler tak menulis entry baru. Summer Trip Europe pun entah biler nak habis menulisnya. Tengah-tengah struggle menyiapkan thesis sambil kepala rasa macam nak meletup tetiba terdengar lagu ni, "Time Walking on Memory ('기억을 걷는 시간) dinyanyikan secara live kat Yoo Hee Yeol Sketchbook...
Time Walking on Memory by Nell ('기억을 걷는 시간) versi live
Music surely know no boundary. Mula-mula dengar lagu ni, tanpa liriknya pun sebenarnya. Ada satu perasaan yg aneh. Terasa seolah-olah cik Z berada di tengah satu padang berumput hijau yg luas saujana mata memandang, dengan langit yg biru serta angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan kelopak-lopak bunga berwarna warni dan daun-daun kekuningan. Terasa juga seolah-olah cik Z sedang berlari bebas menikmati suasana persekitaran yg sangat tenang dan nyaman sekali...
Ajaib kan. tak pernah lagi bila dengar mana2 lagu pun cik Z ada terbayangkan suasana macam ni. Berhalusinasi kah cik Z? ... Kesan stress writing ke ni ha ha... Ataupun ni kesan sampingan sebab dah lama sangat tak bercuti jalan-jalan makan angin? Serius lama sangat dah tau sebab last sekali ialah pi Hong Kong hari tu iaitu masa bulan Ogos 2013. Lama dah tu. Tapi sekarang ni...kena hold dulu semua keinginan... Mesti siapkan dulu thesis ni baru boleh nak bergembira.
Okay balik semula kat lagu tadi... secara tak langsung bila dengar lagu ni cik Z rasa bersemangat dan relax sangat. Yg tak sangkanya, bila cik Z sharekan lagu ni kat sorang kawan pHd dia pun terbayangkan suasana yg sama, malah lebih dahsyat lagi dia siap terbayangkan berlari dan bermain dalam hujan.. Maknanya bukan cik Z sorang yg berhalusinasi kan he he. Jadinya mari kita ramai2 dengar lagu ni ya.
Oh ya lagu ni sebenarnya bukan lagu baru pun sebab ianya dikeluarkan pada tahun 2008. Jom kita tengok video kat bawah ni pulak untuk memahami apa sebenarnya yg ingin disampaikan oleh Nell dalam lagu ni..
Walaupun liriknya kat bahagian2 akhir tu rupanya tak berapa nak gembira, tapi tajuknya memang sangat sesuai kan. Apapun cik Z tetap sangat suka dengan lagu ni. Hai dah rasa macam addicted pula, lebih2 lagi yg versi live. Terima kasih Nell.
updated: Kalau rasa-rasa nak nyanyi sekali boleh tengok versi romanized kat bawah ni.
updated: Kalau rasa-rasa nak nyanyi sekali boleh tengok versi romanized kat bawah ni.
Versi karaoke
Wahh jm pun nak merasai suasana yg sama spt cik z lah, nk cari kt you tube :-)
ReplyDeletesila-sila, tapi kalau tak berjaya jangan marah cik Z yer he he.. Cuba dengar lagu2 Nell kat Youtube juga yer. Cik Z dah jatuh cinta dengan Nell's music pulak ni.
Delete