Friday 22 August 2014

Selamat pulang ke Penciptamu

Salam semua. Cik Z percaya hari ini kita semua rakyat Malaysia berkongsi perasaan sayu dan hiba mengenangkan nasib mereka yang terlibat dalam tragedi nahas MH17. Syukur sebahagian mangsa telah selamat kembali ke Malaysia pagi ini. 

Ikutkan hati nak ajer Cik Z cuti duduk rumah tengok tv yg bersiaran langsung. Tapi masih ada tugas menanti di uni yang tak boleh dielakkan iaitu kena membawa Prof Tamu kami menguruskan hal-hal terakhir sebelum berangkat pulang malam ini.

Ada sebab kenapa Cik Z merasa extra terkilan dan sedih. Ini kerana Cik Z mengenali salah seorang mangsa nahas yang dibawa pulang hari ini iaitu Elisabeth Ng Lye Ti yg lebih kami kenali sebagai Lisa. Walaupun hanya pernah berjumpanya sekali sahaja, tapi beliau sangat rapat (best friend) kepada dua orang rakan yg juga sama-sama melanjutkan PhD disini. Jadinya agak terasa juga kehilangannya.

Apapun, takziah untuk ahli keluarga dan rakan-rakan rapat mangsa yang terlibat. Terutama untuk Bong dan Siti, harap terus tabah meneruskan kehidupan. We will always remember this difficult moment forever.

Wassalam. 

5 comments:

  1. Ye betul cik Z..memang saya dan sebak sagat hari ni terutama semasa tgk siarang lansung di TV dan dgr liputan yang di siarkan. Walaupun mereka buka ahli keluarga kita tetapi...sob..sob..sob..bila terkenangkan cara mereka 'pergi'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedih sangat kan. Salah seorg kwn cik z tu dah beberapa kali nangis spnjg hr ni. Salah seorg lg cik z sampai x berani nak tanya or kacau sbb die tersangat rapat dgn mangsa ni. Rapatnya diorg sampaikan hmpr setiap mggu keluar outing bersama.

      Delete
  2. Dah lama tak nangis...tp mlm tadi tgk buletin utama nangis gila. Bengkak2 mata. Pastu sakit kepala. Tido terus......zzzzz
    Bangun pagi ni tgk lg tv....duk ulang yg smlm, adoiii nangis lg. Sedih nyerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik z bangun pagi ni pun sakit kepala gak.

      Delete