Wednesday, 3 September 2014

Teluk Cempedak, Kuantan


Salam semua. Wahh lama betul cik z tak kongsikan apa-apa cerita berkaitan travel. Almaklumlah dah setahun lamanya cik z tak jalan kemana-mana. Terperap di KL, rumah dan uni. Kisah travel kali ni walaupun singkat tapi memang membuatkan cik z super excited.


Alkisahnya, seperti yg semua tahu cik z telah ke Kuantan 11-14 Ogos yang lalu sempena ISM2. Dan bila sebut ajer Kuantan dah pastilah Teluk Cempedak yang terbayang di mata. Wah memang tak sabar nak sampai ke Kuantan. Untuk cik z yang sangat sukakan nature/alam semulajadi ni, kesempatan kembali semula ke Kuantan selepas 3 tahun memang sangat mengujakan. Selama 3 tahun ini, cik z tak pernah berkesempatan nak tengok pantai dan laut di Malaysia. Rindu sangat nak cium bau laut dan pijak pasir pantai.

Teluk Cempedak memang sentiasa dekat di hati cik z. Sepanjang 6 tahun berkelana di Kuantan, rasanya dah lebih 50 kali jejakkan kaki ke sini. Pagi pernah, petang petang, malam pun pernah. Dari rumah cik z nak ke Teluk Cempedak alahai dekat sangat tak sampai 45 minit dah sampai. Jadinya bila-bila masa pun boleh pergi. Dan biasanya kalau hati ada sikit stress atau down memang kat sinilah tempatnya cik z melayan perasaan. The best thing is, kalau nak melepak kat sini sorang-sorang pun tak de masalah. Tu yang cik z selalu sangat pergi tu. Wah nostalgia betul kalau diingat-ingatkan balik.


Dipendekkan cerita, untuk lawatan kali ni cik z kembali ke Teluk Cempedak sebagai tour guide ha ha ha. Dan yang kelakarnya dalam masa kurang 24 jam cik z jejakkan kaki disini sebanyak 3 kali. Bak kata sv cik z, ni dah macam balas dendam plak ya 3 tahun tak pergi, bila pergi terus 3 kali dalam sehari. Kalau ikut bahasa jawa, ini memang betul2 marem.

Jadi rakan-rakan pembaca semua, jomlah enjoy gambar-gambar yang sempat cik z snap di Teluk Cempedak ya. Untuk rakan-rakan yang sedang menyambung pelajaran, bolehlah sama-sama lepaskan rindu dan melayan perasaan sesambil tengok gambar-gambar ni ya. Trust me, nothing change. Teluk Cempedak masih cantik dan ombaknya masih kuat seperti dulu.





  

  
  


 


 
sunset and sunrise

sunrise


 



merenung masa depan.....


wassalam.

2 comments:

  1. 50 kali....3 kali dalam 24 jam...kelu ludah eden...JM pulak belum pernah jejak kaki ke sini maybe sbb jauh..cik Z mmg org kuantan so x jadi maslah lah ye..bila view di sekitar teluk cempedak tu bersih je dan tersusun je..landskap pun cantik..tgk lah nanti kalau ada 'partner' leh ajak ke sana.kalau sorang2 tak de feel hehehe...mesti sunset pun cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik z bukan org asal kuantan, tp entah knp kekadanf lbh rindu kuantan berbndg johor ha ha ha. Marah org johor kalau baca ni.
      Kat teluk cempedak ni kalau pi sorang2 pun xper x kan rasa pelik punya. Kalau tetiba sesat di kuantan blhla cik z tlg bw jalan2.

      Delete