Friday, 4 October 2013

Meja baru, semangat pun baru?

Salam semua. Kali ni cik Z nak kongsikan kisah kejutan yang kami dapat sempena semester baru ni. Pagi selasa lepas sampai je office terus dikejutkan dengan arahan berikut oleh pembantu makmal aras kami iaitu cik Ani, "Before tghr nanti tolong kemas semua barang u all ok, then keluarkan meja yg dipakai sekarang ye, kontraktor dah datang nak pasang meja baru ni". Reaksi cik Z dengan muka blur dan mata terkebil-kebil, "Err sekarang ke? Biar betul, tak tahu pun?" Alahai rupa-rupanya sv kami ada minta peruntukan untuk perabot baru bagi bilik kami tapi terlupa nak bagitahu kat kami dan tak sangka pulak ianya cepat sampai. Maka bermulalah minggu kelam kelibut cik Z. 

Sebenarnya kalau nak diikutkan cik Z macam malas nak datang uni hari Selasa tu sebab masih demam lagi, tapi sebab memikirkan perlu juga datang untuk jenguk "anak-anak" kat lab (ni istilah kami utk pc2 yg ada kat office and lab), maka gagahkanlah jugak menempuh jem datang ke uni. Sekali sampai2 je ha ha terus kena tukar profesion jadi bibik.. Yang jadi lagi haru ialah bilamana semua 3 orang lagi office mate cik Z tak datang pulak hari tu. Call sana sini akhirnya hanya sorang je yg boleh datang tu pun selepas sejam. Maka bertabah je lah kemas itu dan ini seorang diri. 

Akhirnya, meja baru siap dipasang pukul 4 petang tapi tak sempat la pulak nak kemas semula bilik kami yg dah macam tongkang pecah. Esoknya tu, bermulalah kerja-kerja office makeover haha. Yang kelakor tak sudah2 lah terbersin-bersin sepanjang hari. Sudahnya balik-balik rumah tu terus demam semula siap selsema dan batuk sekali dapat 3 serangkai. 


  
Lepas je buat makeover ni nampaknya sv kami semakin bertambah rajin plak datang melawat kami kat atas ni. Kejap-kejap datang jenguk, ha ha nervous tau. Seolah-olah nakbagitahu kat kami dah dapat meja dan kerusi baru kena makin rajin bekerja dan jangan mengulor ya heh he he.... Siap buat pesanan penaja kat kami supaya rajin-rajin lah datang ke uni untuk tengok2kan kerja research, tengok sikit pun tak apa sekurang-kurangnya bila datang tu ada rasa tanggungjawab nak buat kerja dan bagi reward kat diri sendiri setelah bersusah payah drive menempuh jem segala nak sampai ke uni. Ha ha lawak tak sv kami. Baiklah bos, InsyaAllah.

update

Lupa plak nak cerita kisah lawak "pandai" cik Z hari ni. Kengkonon tengah bersemangatla ni kan nak buat laporan sesambil tanya pandangan another sv utk simulation results yg tak berapa nak menjadi ni. Sebab sv cik Z yg ni tgh busy dan duk jauh dari kami so terpaksalah emailkan details siap buat karangan ni. Sebelum balik terus sent email. Sekali tgh drive on the way balik tu tepon berdering-dering. Tengok2 rupa2nya sv call pulak tapi tak boleh nak angkat. Sampai2 rumah cek email, alahai rupa2nya excel file yg cik Z beria2 cerita dalam email suruh refer worksheet sekian2 tak di attachkan. Pandai sangat kan. Pastu bila cari pendrive dalam beg, alih2 tu tak de plak, rupa2nya dah selamat tertinggal kat uni tadi....Aduhhh ini memang dah terlebih pandai. Nasib juga ada back up file yg di"save" 3 hari lepas tapi yg up to date dah tentulah hari ni punya kan. Sudahnya dengan muka tak malu hantar je lah file yg tak up to date tu kat sv sambil memohon maaf..  Err tapi malu jugak la ni.

Pengajarannya lepas ni kena pastikan kalau nak hantar apa2 email yg ada attach files mesti kena recheck dah upload ke belum file nya. Uihh kalau tak memang malu berganda lah. Kawan2 semua sila beringat ya. Jangan sampai jadi mcam cik Z. Okaylah jumpa lain kali, wassalam.

No comments:

Post a Comment