Ngong Ping Village ialah destinasi yg bakal kami jelajahi hari ini Rabu, 28 Ogos 2013. Attraction ini termasuk dalam senarai wish list cik Z jika berjaya sampai di Hong Kong. Inipun gara-gara menonton Running Man terus jatuh cinta dengan keindahan alam semulajadinya. Jika anda peminat setia Running Man mesti tahu punyalah tempat ni yg menjadi salah satu lokasi penggambaran episode khas di Hong Kong.
Hari ini kami keluar agak lewat berbanding semalam, iaitu sekitar 10.30 pagi. Untuk sampai ke Ngong Ping Village yang terletak di Lantau Island, kami menaiki MTR dari Tsim Sha Tsui ke Tung Chung Station. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam dan perlu menukar train ke Tung Chung Line. Tung Chung Station ni ialah station terakhir dalam Tung Chung Line. Selain Ngong Ping Village, destinasi tarikan lain yg boleh anda singgah sepanjang laluan Tung Chung Line ialah Disneyland dan Sunny Bay. Jadinya kalau terpaksa berdiri sepanjang perjalanan tu memang perkara biasala ye. Tempoh menunggu untuk train di laluan ini juga agak lama berbanding laluan2 lain.
Cara paling mudah dan best untuk ke Ngong Ping Village ialah dengan menaiki Cable Car Ngong Ping 360. Cara lain, boleh juga naik bas dari Tung Chung (pastinya lebih murah) ataupun untuk anda yg sukakan cabaran lebih boleh juga berjalan kaki melalui track yg disediakan. Uihh tapi kalau yg pilih cara ke tiga ni memang hebat benorla. Macam mana nak ke Cable Car Station? Sangatlah mudahnya sebab station ini boleh dilihat sebaik saja anda keluar dari Tung Chung Station. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah pun sampai.
Ada 2 pilihan Cable Car yg boleh anda naiki iaitu Crystal Cabin dan Standard Cabin. Crystal Cabin dah semestinya lebih mahal sebab kalau naik yg ni lantainya crystal clear view. Sesiapa yg berani boleh la cuba. Kami pilih Standard Cabin jer. Tapinya kami dah tersilap beli tiket iaitu termasuk pakej masuk ke Walking With Budha dan Monkey's Tale Theatre. Kami bayar 194HKD seorang. Rasa rugi sangat sebab kalau beli tiket return untuk Cable Car je harganya tak sampai 120HKD.
Kami bernasib baik sebab dapat duduk dibahagian tepi dan enjoy perjalanan sepanjang 5.7km ni dengan seronoknya. Its great sebab kami tak de masalah berada di tempat tinggi. Siap boleh berdiri dan berjalan2 lagi dalam tu sambil snap2 gambar. Walaupun tanpa crystal cabin, kita masih dapat lihat pemandangan indah 360 degree dari dalam cable car. Satu pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan. Antara pemandangan yg boleh kita lihat dari atas ialah Hong Kong International Airport, Tung Chung Bay, bukit bukau yg termasuk dalam Lantau North Country Park, air terjun, aliran sungai, dan Big Budha.
Tung Chung Bay
Hong Kong International Airport
Paling mengkagumkan ialah kita akan dapat lihat laluan pejalan kaki berbatu sepanjang laluan Cable Car ini yg sememangnya di bangunkan khas untuk pencinta alam dan peminat jungle tracking. Boleh nampak dengan jelas para pendaki dan kebersihan laluan ini.
Perjalanan 5.7km rasa bagai sekelip mata. Alih2 dah pun sampai ke Ngong Ping Village. Tapi kan apa sebenarnya yg ada kat sini? Ngong Ping Village ialah sebuah kampung dengan tema Chinese Style yg berkeluasan 1.5 hektar. Tarikan utama disini ialah The Big Budha yg terletak di atas sebuah bukit. The Big Budha ni memangla besar sehingga ianya boleh dilihat dari jauh dan menjadi tempat kunjungan wajib bagi penganut Budha. Bagi kita yg muslim ni tak payahla beria sangat nak memanjat endless stairs yg ada tu, buat sakit kaki je kan. Just enjoy the scenary dan hargai culture yg ada. Semua sudut pun cantik untuk diabadikan dalam gambar kenangan. Sepanjang masa kat sini juga kami terpaksa pakai sun glasses sebab cuaca hari ni sangatlah panasnya. Puas berkerut dahi.
Kami tak naik ke Big Budha jadinya teringinlah nak berjalan kaki ke Wisdom Path tapinya patah balik sekerat jalan sebab macam menyeramkanla pulak laluannya. Penat berjalan kaki mengukur setiap inci Ngong Ping Village, kami singgah makan di Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria. Kemudahan yg ada kat sini memang patut dipuji. Nak makan ke nank beli air ke atau nak beli souvenirs semuanya adsa. Toilet dan tempat duduk2 pun banyak. Selain aktiviti di Walking With Budha dan Monkey's Tale Theatre, ada juga persembahan berjadual yg lain seperti Kung Fu dll.
Laluan ke Wisdom of Path
Oh ya tak de apa yg menarik sangat pun tentang Walking With Budha dan Monkey's Tale Theatre. Dalam Monkey's Tale Theatre tu kita tengok kartun animasi sebenarnya. Cuma kami berdua je ada dalam tu untuk tontonan selama 10 minit. Untuk Walking With Budha pula kita diminta memakai voice machine khas. Yg ni kita ada tengok video, ada berjalan kaki, dan ada sound effect yg agak menarik menceritakan bagaimana perjalanan seorang Budha mencari kebenaran. Dah bayar kan so layan je la.
Bersedia menuju Walking With Budha.
Lepas makan kami pun naiklah semula cable car ke Tung Chung. Sebelum balik kami sempat singgah cuci2 mata di CityGate Outlets yg letaknya betul2 kat sebelah Tung Chung Station. Masa naik MTR plak 1 jam kami terpaksa berdiri tak de tempat duduk. Uihh dah la penat kan. Masa ni dah hampir jam 5 petang so ramailah umat manusia yg nak balik juga.
Sedikit cerita sebelah malam. Malam ni kami menggagahkan diri ke Ladies Street yang terletak di Mong Kok. Caranya mudah saja, naik MTR dan turun di Mong Kok Station dan pilih Exit E2. Apa yg menarik disini? Entahla ye? Rasa macam pasar malam pun ada. Cuma mungkin sebab kami asyikla nak bandingkannya dengan Namdaemun, Dongdaemun dan Myeondong jadinya maaflah jika kami kata tak de apa pun yg menarik sangat kat sini. Tapi ramai sungguh anak2 muda kat sini ye. Nak keluarkan kamera pun payah.
Cumanya kita boleh beli T-shirt dengan harga dan kualiti yg lebih bagus disini berbanding di Temple Street Night Market. Jadi apa lagi, mari kita borong ha ha. Kami dapat HKD200 untuk 12 helai. Lagi satu, sebesar2 tempat ni puas kami berjalan cuma jumpa 1 je tempat jual air. Dah semestinya fresh fruit juice. Giler ramai orang beratur beli, nasib baik sedap.
Berakhir sudah malam ke-4 di Hong Kong. Episode seterusnya kita akan menjelajah ke Causeway bay, Wan Chai, Tsim Sha Tsui East Promenede dan Tsim Sha Tsui pula. Jumpa lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment