Monday 21 October 2013

Trip ke Hong Kong Episode 4: Causeway Bay, Wan Chai, Tsim Sha Tsui East Promenede dan Tsim Sha Tsui

Akhirnya tiba sudah di episode terakhir trip cik Z ke Hong Kong. Khamis 29 Ogos 2013, hari ke-4 kami di HK. Hujan yg lebat pada sebelah malam menyebabkan malas kami datang berganda-ganda. Badan pulak dah mula sakit2 dan tekak pun dah mula rindu dengan makanan melayu. Sepanjang pagi kami tak buat apa pun hanya surfing, surfing dan surfing duk mencari apa yg menarik dan patut kami lakukan pada hari ini dan esok. Banyak tempat yg ada dalam initial itenary belum dapat di"cover" lagi dan wow pening kepala memikirkan mana yg nak dibuang. Takut menyesal pulak nanti. Akhirnya kami putuskan untuk keluar lepas Zuhor je pastu ke Causeway bay, sambung ke Wan Chai, dan berakhir di Tsim Sha Tsui East Promenede untuk menonton A sympony of lights. Antara sebabnya Octopus Card kami hanya berbaki <10HKD saja lagi. Makanya, tempat2 lain seperti Soho, Admiralty, dan Holywood Road kami lupakan saja.  

Dari Tsim Sha Tsui, sekali lagi kami naik MTR dan kali ni turun di Causeway Bay Station. Tersangatlah dekatnya cuma 3 station je. Tujuan utamanya ialah untuk mencari Restauran Malang di Pennington Street. Boleh refer disini untuk review kami. Kawasan sekitar Causeway Bay Station dipenuhi deretan kedai-kedai fashion dan shopping kompleks yang menjadi tumpuan ramai orang. Ada Sogo gak kat sini. Causeway Bay Station tersangatlah besarnya dekat 10 minit agaknya jalan baru dapat keluar exit. Beberapa kali kena naik eskalator yg tinggi mungkin juga ianya dibina hampir 3-4 tingkat ke bawah tanah. 

Lepas kenyang makan kami blur tak tahu nak buat apa. Tengok kiri kanan langsung tak de perasaan nak masuk mana2 kedai. These are not our interest. Ikut plan asal kami nak ke Victoria Park dan Noon Day Gun. Dari Pennington Street, kami merentas Yee Woo Street dan Sugar Street untuk sampai di Victoria Park. Sepanjang jalan tu kami perasan yang kawasan ni ramai Indonesian. Yang tak bestnya diorang boleh selamba je duk berumah tangga bawah2 jambatan. Confuse kejap kami ni kat HK ke Indonesia? 

Victoria Park. 

Bila dah sampai baru kami sedar yg Victoria Park ni tersangatlah besarnya. Ada macam2 kemudahan kat sini. Selain tempat2 berehat ada laluan jogging dan court2 permainan. Tengok map, macam jauh sangat pulak nak berjalan kaki ke Noon Day Gun. Akhirnya kami melepak je lah kat situ sambil tengok2 gelagat orang.  Jangan tak tahu, sampai tertidur2 kami duduk kat sini atas bangku gara2 perut terlalu kenyang makan banyak sangat kat Restauran Malang.

Pukul 3.30 ptg kami tinggalkan Victoria Park jalan kaki semula ke Causeway Bay Station. Seterusnya naik MTR turun pula di Wan Chai. Nak buat apa kat sini ya kawan2? Biasanya orang Malaysia akan singgah kat sini untuk cari makanan halal ala2 chinese food di Masjid Ammar. Tapi kami kan dah sampai nak meletup perutnya so yg ni memang tolak tepilah kali ni. Apa yg kami buat ialah cari arah ke HK Convention and Exhibition Centre (HKCEC) untuk ke Golden Bauhinia Square.  

HK Convention and Exhibition Centre (HKCEC) dan Golden Bauhinia Square.

Dari sini kita boleh nampak Victoria Harbour dan Tsim Sha Tsui. Uihh jauh jugak kami menapak nak sampai ke sini. Hampir2 30 minit juga sebab ada sekali tu kami duk melepak tepi traffict light simpang empat sebab dah penat sangat. Golden Bauhinia Square ni letaknya kat hujung HKCEC yang besar gedabak tu. HKCEC ni bentuknya macam soaring bird, katanyalah. Cuaca hari ni mendung jer jadinya gambar kami semuanya kelam.


Kat depan tu Tsim Sha Tsui. Teruja kami tengok kapal layar yg macam tongkang tu.

Puas melepak disini, kami jalan kaki lagi kali ni ke arah Wan Chai Ferry Terminal. Yang ni dalam 5 minit je dah sampai. Kali ni kami nak rasa pulak naik Star Ferry dari Wan Chai. Hari masih cerah jadinya pemandangan biasa2 je.

Star Ferry dari Wan Chai tiba di Tsim Sha Tsui.

The Clock Tower. Sila naik tangga tu untuk view yg lebih menarik.

Dari jeti kami menghala ke sebelah kanan menuju ke Tsim Sha Tsui East Promenede area. Landmark pertama yg kita akan jumpa ialah The Clock Tower. Kat belakangnya ada bangunan Cultural Centre. Kat kawasan ni ada museum seperti Space Museum dan Museum of Art yang mana kalau kita datang hari Rabu boleh masuk free katanya. Tak de rezeki kami nak kesitu.  View dari Tsim Sha Tsui East Promenede memang lagi menarik berbanding dari Wan Chai tadi. Ada kawasan melepak yg luas untuk kita enjoy pemandangan bangunan pencakar langit sepanjang Victoria Harbour dan keindahan alam semulajadi pulau2 dengan bukit bukau disekelilingnya. 




Jalan je sepanjang laluan yg ada akhirnya kami sampai di Avenue of Star. Ini ialah kawasan tourist attraction bertemakan movie star. Dikatakan ada ratusan plague tapak tangan movie star dan tanda tangan mereka ada disini. Tapi kalau nak cari jalan2 tu kena tengok bawah yer sebab semuanya kata atas laluan pejalan kaki ni. Kami cuba2 jugak tengok tapi tak jumpa plak nama2 yg dikenali. Lama dah tak tengok citer dari HK or China. 10 tahun ada dah kot.

Avenue of Star.

Senja di Avenue of Star.

Masa kami sampai kat sini, senja dah nak pun berlabuh. Bangunan2 sekitar mula menghidupkan lampu berwarna warni. Wow teruja kami nak tengok persembahan A Sympony of Lights yg berlangsung setiap malam tepat jam 8 di sini dengan tema berbeza setiap malam. Persembahan ini tercatat dalam Guinness World Record sebagai The World's Largest Permanent Light and Sound Show. Nampak je ada kerusi kosong terus kami duduk tak bergerak2 dah semangat nak menunggu jam 8. Ada beberapa spot menarik yg kita boleh singgah untuk lihat persembahan ni. Selain di Avenue of Star, kita juga boleh melihatnya dari Hong Kong Culture Centre, Golden Bohenia Square ataupun dalam mana2 ferry sepanjang Victoria Harbour. 

Malam di Avenue of Star.

A Sympony of Lights

Tepat jam 8, A Sympony of Lights pun bermula. 45 buah bangunan dari kedua-dua bahagian Victoria Harbor bertukar menjadi pentas cahaya interaktif berwarna warni siap dengan orkestranya sekali. Nice experience. Persembahan ni kejap je dalam 15 minit. Bila dah habis tu wah macam semut semua orang bertaburan nak pi tempat lain. Kami pun sama gak. Perut dah lapar semula. Nak ke Tsim Sha Tsui kita kena cari laluan bawah tanah yg menghala ke MTR Station East Tsim Sha Tsui. Ada banyak branded shop kat sepanjang laluan ni. Macam biasa, kami ke Asyley Road dan tapau makanan dari Ebeneezeer's. Maka berakhirlah perjalanan kami hari ni. Esok dah nak balik so apa lagi mengemas la kerjanya malam tu.

Esoknya, Jumaat 29 Ogos 2013, flight kami akan berlepas ke KL jam 9.05 malam. So kami ada banyak masa sehingga sekurang2nya jam 5 ptg untuk berjalan2 sekitar Tsim Sha Tsui (TST). Selama 5 hari disini kami belum pernah singgah masuk lagi mana2 kedai sekitar TST. Jadinya itenary kami hari terakhir ni ialah menghabiskan duit kat TST he he. Lepas checkout jam 11 dan tinggalkan beg di lobi hostel, kami masuk jap kat TST MTR Station untuk pulangkan Octopus Card. Dapatlah refund dalam 39HKD. 

Hujan gerimis menemani hari terakhir kami disini. Tak de payung jadinya redah je la. Kami menyusuri kedai2 disepanjang jalan dari Nathan Road ke Canton Road balik semula ke Nathan Road. Lepas lunch kat Ebeneezeer's dan tapau kebab untuk bekalan dinner kat airport nanti, kami singgah solat di Masjid Kowloon, juga di Nathan Road. Ramai imigrant kat dalam masjid ni. 

Masjid Kowloon.

Jam 4.30 kami patah balik ke Chungking Mansion, ambik beg dan cari bus stop arah ke airport untuk naik bas A21. Ada beberapa bus stop sekitar Chungking Mansion tapinya bas A21 cuma berhenti kat bus stop yg paling dekat dengan Masjid Kowloon. Jangan ikut macam kami main redah je pi bus stop yg betul2 kat depan opposite site Chungking Mansion. Pastu kami nampaklah kat situ ada tulis nak naik A21 kena pi bus stop lain dan dia ada tunjuk kat map yg disediakan. Yang kelakarnya kami boleh plak pi arah bertentangan dari arah masjid. Tak pasal2 makin jauh. Bila dah sedar tu kami sempat pulak buat lawak sesama sendiri, macam mana la agaknya kalau tetiba kita jalan nak patah balik nampak bas A21 tu. Sekali sungguh berlaku. Kurang 10 meter dari bus stop yg betul tu, bas A21 tu betul2 lalu sebelah kami. Maka tak cukup tanah la kami berlari mengheret beg berat tu. Mujur tak terlepas.

Old Street HK yang kami nampak dari dalam bas. Selamat tinggal Hong Kong.

update: Lupa nak beri sikit tips tentang HK international airport. Kat sini ada 2 terminal.Kalau naik Air Asia sila turun kat terminal 2 ya kawan2, kalau tak nanti kena menapak jauh macam kami.

Kat airport, Air Asia delay lagi. 10++ baru masuk.  Mujur dalam flight dapat jugak lelapkan mata kejap2. Kat LCCT kami lepak kejap sampai jam 4.30 pagi sebab kami nak naik bas pertama ke TBS-BTS. Maka berakhirlah sudah trip 5 hari kami ke Hong Kong dan Macau. Keseluruhannya kami rasa seronok bercuti di HK. Kalau nak ke Disneyland tu mungkin kena tunggu kahwin dan ada anak dulu la kot barulah seronok sikit he he. Okaylah ini saja cerita suka duka Hong Kong trip kami. Tak de plan ke luar negara dalam waktu terdekat ni. Masa untuk fokus sekejap untuk kerja2 PhD pula. 

Wassalam. 

Note: Semua gambar HK trip ini diambil menggunakan Panasonic Lumix DMC-FH6 14 mega pixel sahaja. Lebih 70% gambar ambil guna tripod dgn 10 second waiting time. 

Nantikan Next Travel Entry: My Europe's Diary.


No comments:

Post a Comment