Saturday, 12 October 2013

Trip ke Hong Kong episode 2: Macau & Night Market

Episode 2 is here. Hari baru Selasa 27 Ogos 2013 pun bermula. Malang sungguh, malam tadi tidur kami diganggu pijat. Seronok sungguh geng2 pijat tu mengganggu lena kami, dah lah kami berhajat bangun awal untuk ke Macau hari ni. Stress okay. Tapi gagahkan lah juga diri bersiap dan bersarapan ala kadar sebelum kami keluar sekitar jam 7.30 pagi untuk ke Hong Kong China Ferry Terminal di Canton Road dengan berjalan kaki. Terminal ni sebenarnya terletak dalam bangunan Harbour City. Sepanjang jalan tu kami sempat la juga toleh kiri kanan tengok2 apa yg ada sepanjang Canton Road. Wahh memang sesuai dengan nama gelarannya iaitu The 5th Most Expensive rent shopping avenue in the world. Rasanya hampir semua high-end brands dari serata dunia ada disini. Besar2 plak tu. 

20 minit berjalan akhirnya tibalah kami di terminal. Sebenarnya kami sedikit risau tentang tiket sebab kami belum beli lagi. Lagipun malam tadi kami duk search dapat tahu kalau berlepas dari terminal ni kekerapan ferry yg ada tak sebanyak di HK-Macau Ferry Terminal. Aim kami nak naik Turbo Jet. Kiranya kami gamble je pergi hari ni dengan harapan adalah tiket selewat2nya jam 9 dan balik sebelum 5 petang. Sampai je kat terminal, alahai ramainya orang. Padahal hari weekdays je kan. Semua kaunter tiket penuh orang berbaris. Ingatnya kami dah sampai awal, sekali tu rupa2nya semua tiket economy class dah habis untuk semua ferry sehingga jam 11.30pg. Bukan Turbo Jet je yg habis yg lain2 pun sama juga. Yg tinggal cuma VIP seat je dengan ferry terawal yg tinggal ialah 9 pg. Lepas pikir panjang, akhirnya terpaksalah kami pejam mata beli je tiket VIP seat tu. Nasib juga return tiket economy class masih ada. Kami beli utk jam 4.30 ptg. Untuk kedua2 tiket ni kami bayar 436HKD. Uihh dah lebih budget tau. Lepas beli tiket kelam kelibut kami berlari ke kaunter imigresen. Punyalah panjang berbaris nak masuk nya. Sebenarnya kami risau kalau terlepas ferry sebab dah 8.45 kami masih lagi beratur. Bila tanya pegawai yg jaga masa berbaris tu dia siap gelak2 lagi and kata, "dont worry la, you will miss your ferry". Memang sungguh, mujur tak terlepas. 


Oh ya nombor seat kita hanya akan diberikan sebelum naik ferry bukan masa beli tiket. Tempat duduk VIP ni letaknya di tingkat 2 jadinya pemandangan yg kami dapat lihat lebih clear berbanding di bawah. Kerusinya pula macam kat dalam flight, tapi tak de bezapun antara economy class dan VIP. Cumanya lepas 5 minit berlepas kami dapat hidangan breakfast. Baguslah juga dapat juga kami penuhkan perut sebab tak pasti boleh cari makan halal ke tak kat Macau nanti. Lagipun kami memang dah set dalam kepala kalau nak jimat masa memang kena skip makan. Ye la kami cuma ada kira2 5 jam untuk cover Macau. 


Jarak antara Hong Kong dan Macau sangatlah dekat. hanya 1 jam perjalanan dengan ferry. Sepanjang perjalanan kami dapat lihat deretan pulau-pulau kecil dan besar. Cantik seperti lukisan.



Sampai di Macau, kami terus mencari map. Then baru kami perasan yg Macau ni ada 2 pulau utama iaitu Macau Peninsula dan Taipa. Ferry kami berhenti di Macau Ferry Terminal di Macau Peninsula. Kalau ikut plan asal memang banyak senarai tempat yg kami nak singgah tapi akhirnya bila tengok map sebenar dan masa yg kami ada kami putuskan untuk ke Taipa dulu mencari Venetian, lepas tu patah balik ke Macau Peninsula untuk cover lain2 attraction yg sempat nanti. Antara tempat menarik yg ada kat Macau Peninsula ialah Ruins of St Paul, Macau Tower, Senado Square, Fisherman Wharf, dan pelbagai jenis muzeum.

Tugas mencari info berkaitan Macau ni sebenarnya Siti yg buatnya, jadi cik Z memang ikut je la. He he tak pasal2 Siti jadi tourist guard duk menjawab soalan2 cik Z padahal dia pun baru je search. Salah satu cara nak jimat kos di Macau ialah dengan menaiki mana2 shuttle bus yg disediakan oleh hotel2 besar di Macau. Macau ni kan terkenal dengan gelaran The Las Vegas Asia. Jadinya semua hotel2 kat Macau ni memang ada kasino dan sediakan shuttle bus khas percuma untuk pengunjungnya. Cuma masalahnya kat Macau Ferry Terminal ni penunjuk arahnya kurang. Makanya terpusing2 la juga kami mencari tempat shuttle2 bus ni semua. Mula2 tu kami ikut penanda arah sebelah kanan ke bas terminal tapi rupa2nya yg ni untuk bas henti2 berbayar. Lepas tu kami patah balik ke arah sebelah kiri, barulah nampak ada terowong laluan bawah tanah ke opposite way. Dah sampai barulah nampak banyak sungguh shuttle bus tersedia. Pilih je la nak naik yg mana ikut suka dan kesesuaian. 

Kami naik shuttle bus khas ke Venetian. Dalam bas kami macam alien, pelik diorang duk tengok kami. Agaknya dalam hati diorang tu budak perempuan 2 org ni nak pi berjudi ke? Sesungguhnya kami tak tahu pun apa ke benda lah Venetian ni. Yang kami tahu kat situ ada gondola ride. Perjalanan dalam 15 minit je dah sampai. Turun2 bas kami jadi blur. Nak pi arah mana ni langsung tak de penunjuk arah. Kami bayangkan kalau ada gondola ride mestilah kawasannya ada sungai/tasik dan outdoor kan. Tapinya kami cuma nampak pintu2 besar yg banyak. Risau juga kalau tersilap masuk. 

Akhirnya kami pun redah je la juga masuk kat salah satu pintu. Oh rupa2nya disebalik pintu2 ni ada lobi hotel. Boleh tahan besarnya. Toleh kiri kanan kami nampak lah penunjuh arah ke shopping and kasino area. Kena naik eskalator, sampai2 kat atas tu barulah nampak kedai-kedai. Ada pameran dinasour gak masa kami datang ni. Tak tahu nak buat apa kami jalan2 je lah sepanjang laluan yg ada tu terus ke hujung yg di tutup dengan partition berwarna emas yg dikawal oleh security guard. Jauh tau nak sampai ke hujung ni. Dari celah2 partition ni kami nampak banayk meja2 bulat dan umat manusia. Oh naifnya kami rupa2nya kami melintasi kawasan kasino. Masa tu barulah tahu oh rupa2nya Venetian ni salah satu hotel dan kasino terbesar di Macau. Tapi kenapa namanya Venetian ya? Yg ni kami tak tahu lagi sebab tak nampak pun macam kat Venice.

Kasino di Venetian

Lepas tu kami naik eskalator lagi ke tingkat atas. Dari eskalator ni memang nampak jelas aktiviti orang2 kat dalam kasino tu. Kat tingkat atas ni ada lebih banyak kedai. Jalan sikit ke depan tiba2 kami sampai kat satu tempat yg terang dia lain macam sebab macam tak dalam bangunan dan kami perasan ramainya orang duk posing2 ambik gambar. Sekali tu bila tengok atas nampak awan. Ehh cantiknya awan dia. Rupa2nya awan tipu ha ha tapi serius real giler. Ilusi optik, rasa macam dia bergerak pun ada. Seolah2nya kita masuk ke satu dunia lain. Dunia penuh fantasi. Jalan depan sikit, now i realize something....tempat ni memang macam Venice. Ada laluan air, ada gondola, ada jambatan2 kecil, ada bangunan2 yangn semuanya dicedok bulat2 temanya inspirasi dari Venice, Itali. Oh terus teringat kenangan di Venice. Bukan sikit yang dicedoknya, rasa macam hampir separuh atau mungkin lebih pulau Venice diorang buat semula kat sini. Bayangkanlah macam mana besarnya tempat ni.  





Oh ya bila dah snap2 gambar tu cik Z juga baru perasan yg tempat ni ada masuk dalam Kdrama Boys Over Flower. Patutlah macam pernah kulihat tapi dimana? Pukul 11 pagi kami naik gondola ride. Bayarannya 118HKD per person. Kira murahlah berbanding kat Venice EURO80 per ride. Satu gondola boleh naik 4 org tapi kami naik berdua je. He he glamor kami sebab jadi orang pertama yg naik untuk hari ni. Sepanjang jalan semua org sibuk ambik gambar kami, macam artis gitu he he. Yg tak boleh blah tu tukang kayuh gondolanya pun pakai baju sebiji sama macam kat Venice. Cuma beza kat sini dia siap nyanyi 3 lagu untuk kami. 

snap by our tripod

Meh tengok 2 gambar bonus, suasana sebenar gondola ride di Venice kat bawah ni.


The real Venice

Lepas naik gondola tengok jam dah dekat pukul 12. Wahh tak boleh jadi ni banyak lagi tempat nak pergi. Masalahnya kami boleh pulak sesat tak jumpa jalan keluar. Yang kami jumpa ialah pintu keluar bahagian yg lain bukan tempat yg kami sampai tadi. Bila tanya staf security diorang suruh kami masuk balik dan ambil arah ke kasino. Kami pun masuklah semula. Rupa2nya pengurusan kat sini memang business minded dan very clever. Diorang akan pastikan semua pengunjung yg masuk ke Venetian mesti kena lalu kat dalam kasino sebelum balik kalau nak naik free shuttle bus. Kalau yg bawak anak2 kecil tu tak pasti pulak macam mana. Ya Allah terkejut kami. Berulang2 kali kami tanya untuk kepastian. Sampai puas security guard tu terangkan yg kami tak perlu main cuma lalu je. Siap tanya kenapa kami takut sangat nak lalu dan dia ingatkan sebab kami tak cukup umur. Akhirnya tanpa menoleh kiri dan kanan kami pun terpaksa lah lalu juga kawasan dewan kasino yg besar tu sehingga ke hujungnya. Kalau boleh nak terbang je. Rasa berdosa, malu dan tak tahu nak sorok muka kat mana.

Lepas tu kami naik semula shuttle bus ke Macau Ferry Terminal. Then kami perasan yg kat sebelah Venetian ni ada satu lagi hotel baru ala2 Venetian yg sedang dalam pembinaan, kali ni berinspirasikan Paris. wahh nak letak Eiffel Tower pulak kot dalam tu. Oh ya kat Macau ni ada banyak jambatan yang menghubungkan pulau2nya. Rekabentuknya memang agak kreatif dan inovatif la jugak, sebab tak straight je. Masa perjalanan pergi dan balik ni kami boleh nampak Fisherman Wharf, Museum sains dan Macau Tower.

Macau Tower

Sampai kat sini kami terus naik free shuttle bus lain ke Grand Lisboa Hotel and Casino. Kami pilih hotel ini sebab ianya berada ditengah-tengah antara Ruins of St Paul dan Macau Tower. Niat asalnya lepas pi ke Senado Square dan Ruins of St Paul nanti bolehlah ke Macau Tower pulak. Kali ni basnya tak berhenti di lobi tapi dia berhenti kat bahagian parking area kat bahagian basement rasanya. Pastu memang masuk2 tu terus boleh nampak dewan kasino dan ada pintu masuknya. Kami terus naik eskalator untuk keluar ke lobi hotel. 

Keluar dari hotel, jam dah pukul 1. Aduh panas tak terkata. Matahari tegak atas kepala. Toleh kiri kanan cari penunjuk arah ke Ruins of St Paul langsung tak de. Sudahnya kami ikut instinct je la ke sebelah kanan hotel terus je ikut jalan besar dan mengikut arus laluan org lain. Kalau ikut info di internet ramai yg kata kena jalan dalam 10-15 minit je dah sampai ke Senado Square. Tipu okay. Jauh rupanya tempat ni. Dekat 30 minit baru sampai. 




Nak cari tempat duduk pun limited kat kawasan ni. Tapi tak dinafikan kawasan ni memang cantik, antik dan ada tarikan tersendiri. Masa kami sampai kat sini langit biru clear tak de awan. So bayangkanlah macam mana panasnya. Dari sini kami menapak lagi mencari pula Ruins of St Paul yang super popular tu. Sepanjang jalan banyak bangunan2 lama tapi tak boleh nak enjoy sangat sebab kebetulan waktu lunch hour so sesak jadinya. Satu lagi masalah kat sini ialah susah betul nak cari kedai jual air. Kami jumpa 7e kat satu selekoh sebelum sampai kat Ruins of St Paul.

Lorong terakhir menuju ke Ruins of St Paul yg dipenuhi dengan souvenir shop dan street food stall. But of course le nonhalal. 


Ruins of St Paul yg ada sekarang ni sebenarnya serpihan tinggalan sebuah gereja yg dibina oleh seorang Italian pada tahun 1602. Yg tinggal sekarang hanyalah pintu gerbangnya yg tersergam di atas bukit. Sampai je kat depan tempat ni terus lemah semangat kami tengok anak-anak tangga yg banyak tu. Dah la matahari tegak kat atas kepala. Sudahnya dekat 30 minit gak kami duduk je kat tepi jalan sambil minum air dan perhatikan gelagat orang ramai. The biggest question yg terfikir2 kat kepala kami ialah, orang yg ramai2 ni semua first time ke datang sini, kalau dah pernah datang ada ke yg rajin sangat nak mendaki sampai ke atas tu banyak2 kali?

Tapi akhirnya kami pun gagahkan lah diri juga bangun dan mendaki anak2 tangga tu. Nasib baik pemandangan yg kami dapat lihat tak menghampakan. Lagi satu cik Z ada terfikir gak, yg tempat ni kan selalu jadi tempat penggambaran drama/filem, macam manalah diorang duk angkut semua filming equipment tu ke atas sana. Uihh gigih betul.





Turun dari Ruins of St Paul kami singgah beli FM kat lorong tadi tu. Sedikit tips, matawang Macau ialah MOP. Boleh je bayar pakai HKD tapi biasanya kita akan dapat duit baliknya tu dalam MOP. Sampai semula kat depan Grand Lisboa kami dah kehilangan mood dan tenaga. Tak sanggup dah nak menapak lagi ke Macau Tower pulak. Sudahnya kmai duduk je la lepak2 kat depan hotel tu sambil tengok2 orang dan snap2 gambar.  




Dah bosan kami pun masuk balik ke dalam hotel dan cari arah ke shuttle bus. As expected, macam tadi gak kena lalu kat dalam dewan kasino dulu. Aduhh nak buat macam mana kan, pasrah je la. Sampai kat depan shuttle bus, alih2 staf bertugas tak kasi naik. Dia suruh kami dapatkan resit dari mana2 game table dulu. Reaksi kami, "what?, but we cannot play that game." Pastu berulang2 kali diorang cakap tak pe pergi je dan mintak nanti staf jaga tu mesti bagi punya. Serius rasa nyesal plak pi Macau sebab terpaksa berhadapan dengan situasi tak tahu nak buat apa. 

Tak boleh buat apa dah sebab kami memang dah terperangkap dalam ni. Suasana dalam tu memang havoc, sebiji macam dalam drama/filem yg ada adegan kasino. Tengok live pulak kami ni. Terpusing2 kami dalam tu tak tahu nak pergi meja yg mana sebab semua orang duk busy main. Akhirnya adalah sorang staf yg sebenarnya staf pertama yg kami tanya arah nak ke shuttle bus, datang tolong kami dan mintakkan resit dari salah satu meja. Mesti dia rasa kesian tengok kami. Kami perasan yg staf2 dalam ni banyak yg muda2 lagi mungkin diorang ni student uni yg kerja part time cari duit lebih sempena cuti summer. Ala2 macam kat dalam drama kan. 

Macau Ferry Terminal

Tepat jam 4.30 ptg, kami tinggalkan Macau dengan tekad tak nak datang lagi he he, tapi kalau tak cuba tak tahu kan. Tarikan utama di Macau memanglah kasinonya. Iklan cabutan bertuah pun bersepah. Pelancong dari serata dunia sanggup berpanas dan bersesak disini. As for us, nothing interesting enough for us to comeback. Panas kat sini terasa lain macam seolah2 menggambarkan banyaknya orang buat dosa kat sini. Tapi apapun kenangan melangkah masuk ke dewan kasino dan tengok sendiri ramainya orang mencuba nasib di meja2 game pasti tak kan dapat dilupakan. 

Sampai di Tsim Sha Tsui, urusan di kaunter imigresennya agak lambat dan lama. Terkejar2 kami balik semula ke hostel mengejar waktu solat. Sebelah malamnya kami menggagahkan diri ke Temple Night Market. Kami memilih untuk turun di MTR Yau Ma Tei Station dan menyusuri Temple Night Market sehingga ke hujungnya yg terletak berhampiran Jordan Station. Ada banyak juga benda2 comel, pelik dan menarik ada dijual disini yg semestinya boleh dijadikan souvenir seperti pendrive berkaraktor cartoon. Tapi jangan lupa survey harga dulu baru beli ye. Kami tak beli T-shirt disini sebab kualiti kainnya kurang memuaskan.

Temple Night Market.

Malam masih muda jadi kami decide untuk jalan kaki saja menyusuri Nathan Road untuk balik ke Chungking Mansion. Ingatkan dekat, rupa2nya jauh juga jaraknya tapi dah terlambat nak menyesal. Redah je lah. Sampai kat bilik habis cram kaki. Berakhir sudah hari panjang yg memenatkan hari ini. Next episode, nantikan pengalaman kami ke Ngongping Village dan Ladies Market. Jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment