Sunday, 26 January 2014

Summer Trip Europe DAY 3 Part 1: London-Paris

Sabtu, 8 Jun 2013. Pagi ini kami bersiap awal. Macam biasa, sarapan roti lagi bersama secawan nestum panas. Siap packing kami terus check out. Jam 8.30 pagi, kami dah pun terpacak di Hammersmith Station. Ada yg pelik hari ni. Mungkin sebab hujung minggu, nampaknya ada ramai sukarelawan berbaju merah berada di sekitar tube station ini. Alhamdulillah, dapatlah kami jimatkan sedikit tenaga nak mengangkut beg turun ke bawah. Tak perlu menunggu lama, kami terus naik train dari Blue Line menuju ke King Cross St Pancras Station. 

Oh ya lupa nak citer yg destinasi kami hari ini ialah Paris Gare Du Nord Station dengan menaiki Eurostar. Jadinya kami kenalah turun di King Cross St Pancras Station. Dari King Cross St Pancras Station ni kita kena pulak cari arah ke London St Pancras International Station, barulah boleh naik Eurostar tu ya kawan2. London St Pancras International Station ini menghubungkan kota London dengan banyak destinasi sekitar Eropah yg lain menggunakan keretapi.

London St Pancras International Station.

Kurang 30 minit, kami dah pun sampai di King Cross St Pancras Station.  Yang bestnya kat station ni ada lift dan eskalator. Sebelum ke London St Pancras International Station kami singgah dulu ke kaunter tiket untuk pulangkan Oyster Card dan dapatkan refund. Sampai kat London St Pancras International Station kami cari Eurostar station pulak. Suasana kat sini meriah ala2 macam kat lapangan terbang. Pelancong memang ramai sangat, almaklumlah hujung minggu kan. Seterusnya kami kena cari ticket machine untuk print out kami punya Eurostar ticket yg dah siap sedia beli secara online. Harga tiket kami ialah GBP89 seorang.

Okay itu dia tiketnya dah keluar pun.

Sebenarnya kami dah tersampai super awal disini, sebab tak sangka plak dekat jer station ni dari Hammersmith. Waktu berlepas kami ialah jam 11.25 pagi. Bermakna kami ada lebih 2 jam lagi nak kena tunggu. Makanya kami pun ada banyak masa untuk ronda2 sekitar St Pancras International Station yang cantik ni. Jom kita tengok apa yg menariknya di sini.








 




Amacam? Cantik kan interior design nya. Kat sini juga ada tersedia banyak kemudahan lain seperti restaurant, shopping shops, hotel, dan tempat simpan barang. Cuma yg tak berapa bestnya, tak banyak toilet la pulak. Contoh macam kes kami masa ni, kebetulan plak toilet yg paling dekat dengan Eurostar station tu tutup untuk service. Pastu kami kena pi ke toilet lain yg agak jauh (dekat dgn tempat simpan barang), dan terpaksa beratur panjang lebih 15 minit nak masuk ke dalam sebab semua org pun terpaksa guna yg ni.

Bila nak naik Eurostar ni kita tak perlu check in super awal, sebabnya pintu masuk naik ke platform hanya dibuka lebih kurang 10 minit sebelum waktu berlepas. Tapi kalau kita ada bawak beg besar ada baiknya juga kalau kita check in awal sikit. Sebabnya kat sini ada kaunter imigresen yg kita perlu lalui. Pastu kena pulak angkat beg2 tu ke atas mesin scan yg agak tinggi letak tempatnya. Dah tu jacket dgn kasut pun kena bukak juga. 

Suasana dalam Eurostar.


Tempat duduk kami ialah di Coach 17. Paling belakang tu. Jenuh berjalan hingga ke hujung platform nak mencari Coach 17 ni. Keadaan dalam Eurostar ni sebenarnya tidak seperti yg kami bayangkan. Suasananya lebih kurang sama jer dengan keretapi KTMB kita kat Malaysia ni. Tempat letak beg besar pun agak limited. Ada 2 tempat je kat kedua2 hujung coach yg kita naik. Kalau dah penuh kenalah angkat dan letak kat bahagian atas kerusi kita. Kalau tak silap tak ada limitation untuk berat barang yg kita bawa, asalkan ianya boleh diangkat naik ke dalam Eurostar tanpa bantuan sesiapa. 

Tepat jam 11.25 pagi, train kami pun meluncur laju meninggalkan kota London menuju ke Paris. Mula2 teruja juga tengok pemandangan kat luar yg rata2nya ialah kawasan luar bandar dengan ladang2 menghijau  dan bunga2 kuning saujana mata memandang. Bila train dah mula masuk dalam tunnel yg seriusly panjang sangat tak keluar2, kepala pun mula rasa pening dan telinga pun dah rasa lain macam. Tutup mata tak sedar bila tertidurnya. Sedar2 dah pun kat France. Hampir sampai ke Gare Du Nord kita boleh lihat banyak lukisan grafiti kat dinding2 bangunan dah tepi2 jalan. Sah kami dah pun sampai di Paris. 

Gare Du Nord Station

Keseluruhan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 15 minit. Sampai di Gare Du Nord dah pun jam 2.50 ptg. Turun dari train, kami agak terpinga2 sebab tak de nampak pegawai imigresen pun. Oh baru la kami tahu rupa2nya semua negara dalam kesatuan Eropah ni ibaratnya satu negara. Jadinya sekali masuk dah tak perlu lagi nak check kita punya passport. 


Keluar jer dari Gare Du Nord, terik matahari memancar ke muka. Langit terang cerah secerah KL. Cuacanya panas sekali. 




Kami tak de peta langsung. Cuba cari kat information kaunter, tapi tak dapat pulak. Akhirnya dengan hanya berbekalkan info yg diberikan oleh Perfect Hostel yg bakal kami duduk selama 2 malam di Paris ni, kami pun nekad memulakan langkah kami di kota Paris ke sebelah kiri Gare Du Nord. (Refer peta kat bawah ni). Jarak dari Gare Du Nord ke Perfect Hostel ni ialah kira2 900 meter dan dijangkakan kami boleh sampai dalam masa 12 minit berjalan kaki. 


Tanpa peta, hanya info seperti kena ikut jalan itu dan ini, aghhh sememangnya sangat mencabar minda dan kesabaran. Masalah terbesarnya ialah macammana kami nak memahami keadaan jalan di Paris yg seriuslah sangat berbeza dari London dan KL. Puas kami duk cari penanda arah jalan, rupa2nya dia pi letak kat dinding bangunan. Dah la namanya payah nak disebut. Nak tanya orang pun sangat susah nak cari yg boleh faham english. Nasiblah kami ada jumpa 2 org yg baik hati tolong tunjukkan arah yg betul. Masalah lain, rupanya2 jalan nak menuju ke hostel kami ni menaiki bukit. Jadi bayangkan macam mana kami nak menarik beg kami tu.


Setelah hampir 30 minit berpenat lelah akhirnya jumpa la Perfect Hostel di alamat no 39 Rue Rodier. Itu pun sebenarnya dah ulang alik depan hostel ni dua tiga kali baru nampak hostelnya sebab sebenarnya hostel ni terletak kat tengah2 shop lot yg macam kat gambar atas tu. Urusan check in tak de masalah. Bilik kami letaknya kat aras 1 jer betul2 depan lift. Tapi lift tu kecil jer saiznya. Muat utk 3 org je kot. Jadi sepanjang kat sini kami naik turun tangga je.   

Bilik kami di Perfect Hostel. 

Free map, pamphlet and brochure.

Saiz bilik kami agak kecil tapi masih cukup ruang untuk solat. Yang penting ada personal toilet, internet coverage dan free breakfast. Untuk 2 hari harga yg kami bayar ialah 158 Euro. Lega sangat dah berjaya sampai di Paris. Kami berpuas hati dengan semua kemudahan yg ada di hostel ini. Tengok gambar kat atas tu, ada banyak info tentang Paris turut tersedia free of charge. Jadi apa lagi, sampai je kat bilik terus lepak2 atas katil sambil study kat mana letaknya destinasi yg bakal kami terjah petang nanti. No more over slept ok. 

Oh nampaknya, entri kali ni dah agak panjang. Jadinya kita stop dulu corat coret Summer Trip Europe DAY 3 ini di sini. Jumpa lagi dalam entri seterusnya, Summer Trip Europe DAY 3 Part 2: Paris. Wassalam.


Monday, 20 January 2014

Summer Trip Europe DAY 2 Part 2: London


Summer Trip Europe DAY 2 Part 2: London [Big Ben (A) - Trafalgar Square (B) - Covent Garden Market (C) - Covent Garden Underground Station (D) - Tower Hill Station - Tower of London]

Jumaat, 7 Jun 2013.  Puas bersantai di sekitar Westminster Abbey dan House of Parliament, kami meneruskan lagi senaman kaki, kali ini menuju ke Trafalgar Square di Charing Cross.  Tengok map sekali lalu, konfiden. Nampaknya senang jer ni nak cari. Jalan terus je sampailah kat Trafalgar Square tu nanti. Jaraknya sekitar 800 meter. Melintasi menara jam besar Big Ben, kedengaran suara loceng berbunyi nyaring. Mendongak ke atas jarum jam menunjukkan tepat pukul 11.30 pagi. Ha ha yg kelakarnya perut kami pun dah mula bunyi2 juga. Aim kami, cari makan kat Charing Cross nanti. Harap bersabar ya perutku.

 

 

Jalan raya menuju ke Charing Cross ni agak sibuk trafiknya. Bas merah dua tingkat bersusun menanti penumpang. Ralit kami memerhati kiri dan kanan jalan mencari sudut menarik untuk diabadikan sebagai kenangan. Lupa kejap perut yg lapar. Kat sepanjang jalan ni kami jumpa beberapa patung/tugu/monumen yang di bina khas untuk memperingati tokoh sejarawan/perang Britain.




Menghampiri Charing Cross, keadaan trafik nampaknya makin sibuk. Kami juga menemui beberapa kumpulan kanak2 sekolah yg datang membuat lawatan sambil belajar. Oh comel2 belaka. Akhirnya sampailah kami kat penghujung jalan yg ada roundabout besar. Tengok je ke depan dah nampak dah Trafalgar Square dan National Gallery tersergam kat situ. Tengok jam, 12 tghr.  Alhamdulillah tak rasa penat pun. Nak melintas jalan ke Trafalgar Square ni memang mencabar minda sebab sesak dgn umat manusia tempat ni. Nasibla ada traffic light. 



Tengah sibuk2 nak melintas tu tetiba kami terperasan ada bendera Malaysia kat belah kiri jalan betul2 berhadapan dengan Trafalgar Square. Melintas kat depan bangunan tu, rupa2nya ada Tourism Malaysia Truly Asia kat bangunan ni. Wahh... giler la kan. Entah berapa sewa bulanan bangunan dengan lokasi strategik ni ya. Kalau nak tahu, ada satu exit ke Charing Cross Underground Station, betul2 terletak kat depan bangunan ni. 


Seterusnya jom kita lihat apa yg ada di sekitar Trafalgar Square yg menjadi tumpuan pelancong ni ya. Memang syok melepak kat sini sebenarnya. Buat lah apa saja aktiviti santai yg dirasakan menarik. Kami perhatikan, ramai gak pengunjung yang berkelah sambil makan2 kat sini. Art performance pun ada gak. Memang cool la tempat ni. Tapi kan kalau winter season, ada ker orang nak melepak kat sini yer? Kemudahan tandas awam pun ada gak, jadinya kalau nak melepak lama2 kat sini memang tak jadi masalah la rasanya.






 



National Gallery

Jika anda punya banyak masa, jangan lepaskan peluang untuk masuk ke dalam Bangunan National Gallery dan National Portrait Gallery ya. Masuknya Free of Charge je pun.  Kami tengok kat luar je la. Serius seronok melepak kat sini.








View dari National Gallery

Sekumpulan kanak2 sekolah berkelah makan tengahari

National Portrait Gallery

Puas lepak2, seterusnya kena la layan perut pulak kan. Episod jalan jalan cari makan pun bermula. Dari National Gallery, kami melintasi National Portrait Gallery dan mencari arah ke Covent Garden. Kat kawasan belakang National Gallery ni rupanya penuh dengan bangunan2 kedai dan juga restaurant pelbagai jenis. Tapi yg paling banyaknya restaurant fish and chips la. Mata kami melilau mencari kedai makanan halal. Alhamdulillah jumpa pun. Tapi maaf la yer lupa nak snap nama dan rupa bentuk kedai. Yang pasti pemiliknya orang Turki. Dah sampai London tak kan nak makan kebab kan, so kami pilih menu english hari ni. Apa lagi kalau bukan set fish and chips serta burger king size. Harganya 11GBP 1 set beserta orange juice. Sila jangan convert ke RM ya.

Set Fish and chips

Set Burger daging

Perut dah kenyang, masa untuk mencari cenderamata kenang-kenangan pula. sambung lagi berjalan cari arah ke Covent Garden Market. Menariknya, semakin jauh kita berjalan menghampiri Covent Garden Area, semakin banyak persembahan seni jalanan yg dapat kita jumpa dan lihat. Ada macam2 cara yg diorang gunakan untuk tarik perhatian porang ramai. Ada yg pakai kostum pelik2, ada yg bermain silap mata, ada juga yg mnyanyi dan bermain alat musik. Serius cool la tempat ni.  Oh ya high end restaurant dan branded item shop pun banyak juga.





 Covent Garden Market

Akhirnya sampailah kami ke Covent Garden Market. Dalam market ni ada macam2 cenderamata yg boleh dicari dari harga serendah GBP1. Cik Z cuma beli FM jer. Harganya GBP5 untuk 4 FM.

Keadaan Underground Station.

Dah puas cuci mata dan meronda, kami pun berjalan ke Covent Garden Underground Station pula. Destinasi kami yg seterusnya ni ialah Tower of London. Memang tak mungkin nak berjalan kaki dari Covent Garden. Kalau tak silap kami tukar train sebanyak 2 kali dan akhirnya turun di Tower Hill Station. Dari Tower Hill Station kena jalan kaki kira2 10 minit barulah sampai di  Tower of London. 

View dari Tower Hill Station. Kena lalu laluan terowong yg kat bawah tu untuk sampai ke Tower of London yg kat belakang sana tu.

Hujan gerimis menyambut kami di Tower of London.  Kami lepak2 kat bahagian luar ni jer sebenarnya. Tak masuk ke dalamnya pun. Tapi jangan risau masih boleh snap beberapa keping gambar yg menarik. Okay jom kita tengok apa yg ada di sekitar Tower of London ni. 






Sedap sangat ice cream ni. Harganya GBP1.

Puas melepak kat sini, kami terus ambil keputusan balik ke hostel. Nampaknya kaki dah tak larat nak melangkah lagi dah. Lagipun gerimisnya makin lebat plak. Nak balik ke hostel, kami naik train juga dari Tower Hill Station ke Hammersmith.

Berakhir sudah one day trip kami di London. Untuk mereka yg sukakan cabaran serta rajin berjalan kaki bolehlah ikut cara dan route yg kami cadangkan ini. Secara kasarnya kami telah berjalan kaki sekitar 4-5 km sepanjang hari ini sahaja. Wah kalau hari2 macam ni boleh kuruslah jawabnya kan. Kalau ada banyak masa mungkin boleh cuba naik bas hop on off kot. Untuk trip di London ni kami hanya keluarkan duit untuk hostel, makan, cenderamata, dan Oyster Card sahaja. Semuanya sekitar GBP95 sahaja. Ini saja untuk kali ini. Jumpa lagi dalam Summer Trip Europe DAY 3 Part 1: London-Paris selepas ini.