Sunday 16 March 2014

Summer Trip Europe DAY 7: Milan-Venice Mestre

Rabu, 12 Jun 2013. Untuk hari ke-7 ini, itenari kami mudah dan ringkas. Hari ini kami hanya akan meninggalkan Milan menuju ke Venice Mestre dan rehat sepuas2nya. Masa untuk recharge semula semua tenaga yg dah hilang dan lelah yg dah digunakan selama 12 hari (termasuk Istanbul) dari 1 Jun 2013 yg lalu. Untuk ke Venice kami memilih mode pengangkutan darat iaitu keretapi ItaliaRail. Tiketnya dah pun kami beli siap-siap secara online dari Malaysia lagi. Harganya ialah USD26 (per person) + USD5 (processing fee).

Jadual perjalanan kami ke Venice adalah pada jam 1.05 ptg. Milan Centralle Railway Station pun dekat jer dalam 10-15 minit by taxi. Jadinya sempatlah kami bermalas-malasan kat atas katil. Yg bestnya wireless connection kat America Hotel ni pun agak laju. Oh ya sarapan pagi kat sini pun best jugak. Selain set roti dan pelbagai jenis jem, ada jugak buah2an dan boleh pilih nak minum air apa. Duduk je kat meja nanti diorang serve. 

Jam 11 pagi kami check out dan naik taxi ke Milan Centralle Railway Station. Station keretapi ni besar dan cantik. Terminal utamanya terletak di tingkat paling atas. Sedikit info, harga yg perlu dibayar untuk masuk ke dalam toilet kat dalam station ini ialah Euro1. Giler mahal kan. Cara nak masuk pulak kena masukkan duit syiling Euro1 barulah laluannya terbuka.  Lagi satu, kat sini juga banyak disediakan ticket machine untuk penumpang yg nak beli tiket sendiri self service.


Trenitalia Ticket Office. Sistem pernomboran kat sini sangat sistematik.

Walaupun waktu tiket kami ialah 1.05ptg tapi kami pergi awal sikit sebab nak dapatkan confirmation tentang tiket yg kami dah beli tu. Oleh sebab kami beli tiket secara online dan hanya ada sehelai kertas bukti pembelian, kami agak risau dan skeptikal. Takut juga kalau dah naik nanti tetiba kena halau keluar he he. Jadinya kami pun pergilah ke Trenitalia Ticket Office dulu. 

Ticket Office ni besar dan kaunternya pun ada lebih 15 kaunter tapi org yg menunggu pun boleh tahan ramainya. Nombor yg kami dapat pun kena tunggu lebih 100 org. Giler kan. Most yg menunggu tu duduk bersila je kat dalam Ticket Office ni dengan beg besar masing2. Adalah dekat sejam kami tunggu sampai nombor kami sampai. Padahal nak tanya satu soalan jer. Jawapannya, tiket kami sah boleh pakai. Huh, adalah sikit perasaan macam buang masa plak kami duk kat situ.

Keadaan dalam ItaliaRail.

Akhirnya jam 1.05ptg kami pun naik ItaliaRail dari Milan ke Venice. Keadaan dalam ItaliaRail ni sangat selesa. Personally kami rasa keretapi yg ini memang lebih luas dan selesa berbanding EuroStar. Boleh bukak laptop dan buat kerja guna meja yg disediakan. Tak berapa lama selepas keretapi bergerak, ada staf ItaliaRail yg datang periksa tiket. Untuk tiket kami ni dia scan je kat barcode yg ada.

Keretapi yg kami naik ni akan berakhir di Venezia Santa Lucia iaitu Venice(Island). Jangkaan tempoh perjalanan ialah 2 jam 35 minit. Tapinya hotel yg dah kami tempah berada di Venice Mestre. Satu masalah dalam keretapi ni tak der dengar langsung pengumuman, mungkin ada tapi perlahan kot. Jadinya selepas 2 jam berlalu kami kena sentiasa alert dan bersedia untuk turun. Nasib tak terlepas.

Dari Venice Mestre, kami perlu berjalan kaki kira 750 meter ke Hotel & Hostel Colombo. Tapi kan dari station keretapi nak keluar ke jalan besar tu kena bekerja keras sikit. Mula2 kena turun tangga yg agak tinggi pastu jalan melalui satu terowong sampai kat hujung naik pula satu tangga yg lain pula. Dengan cuaca yg panas terik memang mencabar kesabaran.

Hotel & Hostel Colombo

Akhirnya selepas berpenat lelah sampailah kami kat Hotel & Hostel Colombo ni. Bilik kami di tingkat 2. Biliknya kecil saja dengan harga Euro29 per person without breakfast. Kalau nak air panas kena mintak kat lobi. Kami perhatikan cukup ramai backpackers yg tinggal disini sebabnya kalau kita pilih untuk bermalam di Venice (Island) kadar harga bilik kat situ berganda mahalnya. 

Sekitar jam 5.30 ptg, kami keluar mencari makanan dan air minuman. Almaklumlah dah seharian tak makan ni. Selain itu kami juga dapat info dari pihak hotel yg Venice map perlu dibeli (tak der yg free katanya). Kami juga perlu beli satu kad khas (bus ticket) untuk digunakan bagi menaiki bas ke Venice Airport (yg ni untuk ke Rome nanti). Kawasan sekitar hotel ini bolehlah dibaratkan seolah2 satu pekan kecil sahaja. Pusing2 balik2 kat situ jugak. Kat kawasan ni cuma ada satu je convenient store dan dua kedai runcit. 

Convenient store.

Kami beli map (Euro2),  mineral water (Euro1), dan bus ticket (Euro6) di convenient store. Kami juga beli roti dan buah angur kat satu kedai runcit. Harga makanan kat sini tak berapa mahal sangat. Lepas tu kami cari plak kedai makan. Adalah jumpa beberapa restaurant kecil tapi seriusly agak payah nak pilih yg mana satu sesuai untuk kami masuk. Sebab mostly kami nampak pelanggannya lepak kat luar kedai sambil minum wine/beer. Akhirnya kami pilih untuk makan kat satu kedai ni yg nampaknya macam baru nak bukak business untuk hari itu. Kedainya selesa sangat. 


Kami makan disini

Dalam banyak2 menu tu yg kami rasa selamat nak makan ialah pizza. So kami pilih 2 jenis vegeterian pizza iaitu fungi pizza (cendawan) dan brinjal pizza (terung). Harga untuk 2 jenis pizza ni ialah Euro17. Macammana rupa 2 makanan ni yer? Kami pun tertunggu gak he he. Rasanya boleh tahan lah cumanya dia punya sos tak der rasa pedas langsung. Tapi bila dah lapar pastu baru keluar oven kan sedap jer lah.


fungi pizza (cendawan).

Brinjal pizza (terung).

Lepas makan kami sambung lagi jalan2 sekitar kawasan ni. Rasa macam jalan kat kampung pulak. Tak berapa ramai orang kat sini, jadinya macam agak sunyi sikit. Surprisingly kami jumpa beberapa orang dari Bangladesh/Pakistan terutama disekitar kedai runcit. Mungkin ada komuniti dari dua negara ini disini. Kebetulan juga pada hari tu ada macam pesta kecil kat kawasan ni. Cuma masa kami jalan2 tu rasanya belum mula lagi. Masa sebelah malam tu baru kami dengar macam asa konsert plak kat situ. Jom kita tengok apa yg ada di Venice Mestre ni.




Lorong khas untuk penunggang basikal.



Nampak aman dan damai kan? Tapi kan nasihat kami, seboleh-bolehnya elak la kot untuk bermalam kat Venice Mestre ni. Bukan apa, serius bosan giler duk sini sebab tak de apa2 aktiviti menarik yg boleh dibuat. Bila dah malam dah tak tahu nak buat apa kecuali tidur ha ha. Internet connection pun tak ok langsung. 

Ok ini saja perkongsian cerita untuk kali ini. Untuk entri seterusnya kita jumpa pula di Summer Trip Europe DAY 8: Venice. Wassalam.


2 comments:

  1. Tak apa cik Z, nanti kalau turn JM nak naik keretapi ni..jika beli tiket online tak perlu lagi kami queue tuk tanya pasal tiket online tue hehehe....jahat kan

    Besar betul portion pizza tu..habis ke sorang makan..kalau tak habis leh take away tak hiks

    Elak dari bermalan di Venice Mestre sbb boring ek..alaaa..baru plan nk stay kat sana coz nak cari harga murah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pizza tu mmg besar pun. Kami siap tapau bawak balik hotel buat sarapan esok paginya.

      Serius boring giler kat venice mestre ni. PLease jangan duksini nanti menyesal he he..

      Delete