Dah lama sebenarnya kami berhasrat nak adakan perjumpaan keluarga Haji Satari. Kami ada 7 orang adik beradik. Hanya cik z yang belum berkahwin. Dan keseluruhannya ada 26 cucu Haji Satari. Bermakna jumlah terkini ahli keluarga kami ialah 40 orang. Wahhhh ramaikan. Alkisahnya, tersangatlah susah untuk kami bersua muka serentak begini. Almaklumlah masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Secara kebetulan, hari lahir abah yang ke-72 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, 19 September. Macam semua orang tahu, tahun ni Johor bercuti pada hari Jumaat dan kebetulan juga tarikh tersebut masih dalam cuti sekolah. Makanya kami adik beradik telah membuat satu misi rahsia, iaitu satu surprised event khas untuk sambutan hari lahir abah. Elemen surprisednya ialah, kami semua akan balik serentak pada malam kejadian. Wahh wahh wahhh dengar jer perkataan surprised semua jadi excited he he he.
The D-Day. Hari kejadian. Dalam wasap group, semua dah start meroyan ha ha.... almaklumlah tak pernah buat kan. Untuk mengelakkan rancangan kami dihidu oleh abah, makanya setiap keluarga diwajibkan membawa makanan sendiri dan juga hadiah. Kiranya ala-ala potluck la ni. Jadual harian abah sama ajer tiap-tiap hari. Biasanya abah akan ke masjid dari maghrib ke Isya.
Petang tu lepas Asar, cik z, kak Long dan kak Uda dah mula buat hidangan kami, he he. Macam mana kami punya alasan? Senang ajer, kami cakap lauk dah habis so nak kena masak lagi ni ha ha ha ha. Cik z plak kebetulan buat kek batik. Alasannya, senang ajer. Teringin nak makan, hehe. Bila abah pergi jer ke masjid, maka apa lagi bermulalah persiapan sambutan surprised event kami ni. Agak kelam kelibut juga nak setup meja, keluarkan pinggan mangkuk cawan sudu buat air potong buah bagai. Ambil kek lagi. Tu belum masuk persiapan peribadi pi salin baju cantik he he he. Memang super busy la kami semua. Nasib juga kak Sitam sampai sudah menjelang Maghrib.
Sebahagian hidangan malam tu: Kek, kek batik, buah, lontong, laksam, mee goreng, macaroni goreng, bubur putih bubur merah, dan tose. Pergggh macam kedai dah... Terima kasih semua yang telah bertungkus lumus masak.
Menjelang Isya, cik z dah start risau sebab 3 orang lagi belum sampai. Sementara nak menunggu tu sempatlah cik z ajar anak-anak buah yang dah ada ni untuk nyanyi lagu selamat hari lahir untuk atuk. Dan seperti yang dijangkakan, surprised event tak berapa nak menjadi surprisednya. Bebudak tu pulak tetiba malu ya amat nak menyanyi bila atuk balik. Dan 3 orang lagi adik beradik cik z plak belum sampai masa tu.
Abah cik z baru balik masjid ni. Ohh terkejut gak la kot tetiba ada mjlis makan-makan kat rumah kan.
Sementara nak menunggu semuanya sampai, cik z ambik kesempatan ambik-ambik gambar dulu. Eh bukan senang nak dapat peluang ni tau. Sebab biasanya kalau ada kenduri atau hari raya cik z sibuk di dapur. Hari ni cik z macam jadi tuan rumah pulak, mengalu-alukan setiap orang yang sampai merangkap pengelola majlis, mc dan jurugambar majlis.
Akhirnya sekitar jam 9, semua pun sampai. Alhamdulillah. Kami mulakan perjumpaan kami ni dengan bacaan tahlil untuk arwah mak dan doa selamat untuk abah dan semuanya. Yang kelakarnya, habis je baca doa tetiba jer cik z kena buat ucapan plak bagi pihak tuan rumah dan urusetia. Aduh terkejut cik z, habis tergagap-gagap.
Dah habis berucap, cik z berkejar plak ambik kek ni untuk dipotong oleh abah. Aduh semput...busy busy. Sambil-sambil tu tangan tak lupa juga kena ambik gambar okay. Kali ni semua anak menantu cucu-cucu bersemangat menyanyi "Allah selamatkan kamu" dan "Selamat hari lahir". Tengok bebudak tu dah tak sabar nak ngap kek tu. Tamat je nnyanyi, cik z terus kena ambik alih potong kek tu untuk bebudak yang dah menunggu kat tepi tu semua. Kelakar juga bila ingat2kan suasana masa ni macam anak burung semuanya hulur pinggan he heh...
Makan time. Macam-macam ada.
Tugas cik z belum selesai lagi. Sementara semua orang makan, cik z kena bersiap sedia untuk acara bergambar beramai-ramai pula. Sebelum tu cik z cuma sempat jamah sikit laksam. Wah sedap sangat. Terbaik dari air tangan Sitam. Oleh kerana ini kali pertama kami nak ambik gambar keluarga, jadi memang agak kelam kelibut. Khas untuk majlis ni, cik z bawa balik tripod. Bayangkan betapa sukarnya nak atur 38 orang pelbagai umur untuk gambar ni. Oh ya lupa nak citer, 2 orang ahli keluarga tak dapat hadir kali ni iaitu menantu ketida dan cucu pertama.
Akhirnya selepas puas cik z terjerit-jerit dapatlah snap beberapa gambar. Yang ni kengkononnya untuk candid picture.
Ini ialah gambar adik beradik cik z. Dari belakang: Mak usu (31), Sitam (37), Uteh (41), Uda (43), Long (47), cik z (33). Depan: Ngah (45), Abah (72).
Girls in our family.
Seterusnya, photo time. Layan ajerla yer, Sesekali berjumpa ramai-ramai ni memang excited semuanya nak bergambar.
Kesimpulannya, perjumpaan sulung keluarga kami ni telah berjaya diadakan dengan selamatnya. InsyaAllah kami akan adakannya secara berkala selepas ini. Semoga semua ahli keluarga kami sihat selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Amin.