Saturday 5 January 2013

Doha Corniche

Doha Corniche adalah attraction kedua yang kami singgah di Doha. Corniche ni adalah nama khas bagi menggambarkan satu kawasan yang menghadap laut di bandar Doha. Kawasan ni sangat jauh jaraknya mencecah beberapa kilometer. Menariknya ia berbentuk C, jadi kita boleh nampak seluruh kawasan ni walau dimana pun kita berdiri. Corniche bermula di Museum of Islamic Art dan berakhir di kawasan Doha City Centre. Macam-macam aktiviti santai yang boleh dibuat disini seperti joging, berkelah selain duduk-duduk tengok laut dan langit he he. Oh ye nak tengok kapal terbang lalu lalang pun boleh hu hu.

Dari Fuda Hotel kami gi jalan kaki je dalam 15 minit sampailah kat area ni. Plannya nak pi melawat Museum of Islamic Art tu dan jalan-jalan sekitar Corniche. Kami gi dalam pukul 10.30 pagi dan bila sampai museum wwah tutup pulak sebab nak solat Jumaat dan buka balik pukul 2 petang. Memang bukan rezeki kamilah. Walaupun tutup, pengunjung masih dibenarkan take pictures dalam kawasan luar museum. View dari kawasan Museum of Islamic Art memang cantik dan mengkagumkan.

Tengok jalan raya yang lengang pada waktu siang di Doha. Macam bandar tinggal pun ada. Langsung tak nampak warga Qatari walaupun hari Jumaat adalah hari cuti. 

Dah hampir tiba di Museum of Islamic Art (bangunan yg warna cream tu)


Museum of Islamic Art

Museum of Islamic Art dari dalam kawasan pagar

View dari Museum of Islamic Art

Lagi View dari Museum of Islamic Art, Deretan bangunan kat belakang tu lah  City Centre Area

Zoom sikit ke City Centre Area. Semua bangunan pencakar langit ni mempunyai rekabentuk unik dan menarik

Lagi View dari Museum of Islamic Art. Kapal-kapal kayu kat belakang tu ada sebahagiannya boleh di sewa untuk bersiar-siar disekeliling Corniche

Posing jap

Posing lagi atas rumput carpet yang menghijau ni

... dan lagi

Lepas tu kami jalan-jalan menyusuri Corniche. Masa ni tak ramai orang, yang ada pun cuma pelancong dan expetriate yang kerja di Qatar. Walaupun panas, ramai juga yang joging kat area ni. 

 View ni ambil dari arah berlainan ye, tapi nampak yang sama kan


Rumput, pokok besar, dan pokok bunga kat sini ditanam secara well plan. Paip air dipasang dengan banyaknya dan pokok-pokok akan disiram secara automatik sekerap mungkin.

View dari arah lain lagi

Kalau perasan lah cik Z ada sebut beberapa kali tentang bangunan di City Centre Area.  Kat bawah ni kawan-kawan boleh tengok dari dekat sebahagian bangunan unik yang ada disitu pada waktu malam.  Melihat gambar-gambar ni mesti ada yang tak percaya kat gambar ni di ambil di Doha. 




Okay tamat sudah. Selepas ni kita ke Katara pula. Bye, wassalam.



7 comments:

  1. assalam.akak..boleh share x ape lg yg menarik kt corniche ni.mungkin dr segi tempat makan die?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baca this blog. Kalau kita jalan kaki dari museum islamic of art, tempat makan terdekat ialah kat souq waqif area (samada kat souq waqif ataupun on the way ke souq waqif tu ada banyak kedai2) Kalu nak cari tempat makan yg best boleh baca dalam entry makan2 di Doha. Tapi happening time lepas asar je. Waktu lain tutup/kosong tak de org. Kalau drive kereta sendiri boleh je menyusuri corniche road hinggalah ke kawasan city centre, sepanjang jalan ada beberapa rest area yang agak besar dan happening. Rasanya kat situ ada kedai makan. Area corniche pun hanya happening or ramai org lepas waktu asar sebabnya org2 arab ni suka keluar waktu malam jer. Kalau nak jalan2 area museum of islamic art tu bawaklah air siap2.

      Delete
  2. kire best jugak kan tempat die..thanks akak..nnt sye try tgk yg bgian makan2 di doha 2..actually, sye pilih tmpt ni utk assignment..satu lagi, sye nak minx izin utk jadikan blog ni sbg reference sye..boleh ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Assignment ape ye? Tak pernah plak dgr ada assgnment macam ni bunyi macam best je kan. Katara rasanya lagi best.

      Delete
  3. haha..x de..ini assignment international business..sye kene cri satu tmpt utk expand product.. sye pilih qatar n search pnye search..jmpe la corniche ni..mcm menarik..kebetulan plak jmpe blog akak..boleh minx pendapat akak ckit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic..kalau utk expand product (especially makanan) kat qatar betterla katara or Souq waqif. Tapi corniche pun ok gak sbb kat area corniche tak de street food (mungkin tak dibenarkan). Tapi Qatar ni semua benda mahal la. Air minum kosong pun kena beli tak boleh guna air paip. Kalau nak murah pilih Sri Lanka.

      Delete
    2. oh oke..terime kasih ye akak atas information ni. ;)

      Delete