Thursday 17 January 2013

Galle Fort


3 petang, 23 Dec 2012 mission start. 2 cameras and 1 tripod, misi kami petang ni ialah snap gambar sebanyak yang mungkin ha ha.  Lepas je makan, mandi, dan solat kami pun terus bersiap dengan berkobar-kobarnya untuk menjelajah Galle Fort. Apa yang menarik disini? Galle Fort ni sebenarnya telahpun diwartakan sebagai salah satu World Heritage Site di dunia. Pekan bersejarah ini merupakan sebuah teluk kecil yang dikelilingi tembok. Kecil kerana anda boleh mengelilingi tembok berkenaan dan menjelajah ke seluruh bahagian Galle Fort dengan berjalan kaki sahaja.  

Pintu masuk ke Galle Fort

Pemandangan dari luar Galle Fort

Kesan tinggalan Portugis dan Belanda yang pernah membuka kota ini masih ada dan boleh dilihat dari segi reka bentuk bangunan dan lanskap yang tinggal.  Suasana disini aman dan damai. Setiap inci dan ruang yang ada disini sangat cantik dimata kami. Memang rasa hilang semua bebanan yang ada. Sesetengah tempat mengingatkan kami tentang Melaka tetapi mungkin dalam skala yang kecil.  

Map of galle Fort.


Apa yang kami kagumkan ialah walaupun pekan ini kecil, namun terdapat masjid, gereja dan Budist temple yang melambangkan betapa damai dan terbukanya setiap penduduk asal disini. Banyak Guest House dan cafe malah museum terdapat disini.  Cuma yang tak bestnya ialah anjing-anjing banyak sangat berkeliaran serius scary tau. Tapi semua orang buat tak tahu je. Selain tu penduduk disini juga terlebih peramah dengan pelancong sampai tak larat kami nak melayan.  Penjual hasil kraftangan, alas meja, dan cotton cloth pun ramai gak.  


Attraction pertama yang kami singgah ialah Maritime Museum yang bangunannya warna oren coklat disebelah kiri gambar diatas. Agak besar kawasan ni. Nasib tak menyebelahi kami kerana museum ni tutup pada pukul 3.30 ptg so dapat ambil gambar kat arca2 dan view belah luar je. Sebelum tutup tu sempat jugaklah kami jengah sat ruang bahagian dalam museum. Wah memang nampak begitu tua dan bersejarah. Gelap pulak tu. 

sorang tolak sorang tarik

Bahagian luar museum

Bangunan dengan rekabentuk portugis/belanda berhadapan dengan museum

Seterusnya kami menuju ke National Museum. Wah malang lagi yang ni pun tutup gak. Tapi area museum ni sangat cantik, so apalagi ...klik klik

National Museum

A church next to National Museum

Classic kan bangunan-bangunan kat sini

National Museum Area

Candid picture at National Museum Area

Jam 4 petang, masih terlalu awal untuk ke Galle Light House area untuk lihat sunset, so kami decide untuk berjalan mengelilingi bahagian atas fort.  Kat mana pintu masuknya? Puas juga kami terpusing2 cari. Yang kelakarnya driver kami ni pun tak tahu sudahnya kami je yang redah cari sendiri. Rupa-rupanya senang je. Caranya cari menara jam. Ha kat sebelah tulah tempat masuknya.  Masa kami sampai sini orang dah start keluar nak jalan-jalan tengok sunset, so memang meriah lah. Start dari kat sinilah kami sentiasa je menjadi perhatian. Lebih2 lagi sebab kami ni lain dari yang lain pastu siap bawak tripod kemana2 dan dengan selambanya posing kat tengah2 orang ramai tu he he. View dari atas ni sangat menakjubkan. Kita akan berada betul-betul diatas puncak Galle Fort dan melihat pemandangan Galle town dan juga keseluruhan Galle Fort serta lautan hindi.

 
Ini dia menara jam. Ada dua laluan disini sebelah kiri yang naik bukit sikit ataupun masuk kat bawah pintu gerbang tu. Yang gambar sebelah kanan tulah kawasan sebelah kiri menara jam.
Makcik ni asyik tengokkan kami so kami pun ajaklah dia bergambar. Kami pilih untuk masuk pintu ni dulu.

Diatas tembok, kalau tengok bawah nampak ombak yang menghempas tembok.

 
Sebahagian tembok yang kelihatan.

Remaja di Galle, menghabiskan masa petang dengan bermain bola diatas Galle Fort.

Keseluruhan bandar Galle boleh dilihat dari atas tembok tinggi di Galle Fort ini.

Kagum tengok pelancong ni, dia berdiri atas tembok tu ye untuk dapatkan shoot yang menarik. Tempat ni antara yang paling tinggi temboknya.

Jalan terus boleh sampai ke lighthouse area.

Dalam 1 jam juga kami spend masa kat sini.  Ada beberapa peristiwa menarik berlaku disini. Masa mula2 tu ada sorang budak remaja lelaki yang tengah main bola tu sibuk nak tolong kami angkat tripod and tolong ambik gambar. Tapi akhirnya kami tolak dengan baik takut jugaklah kan. Ada juga a few pakcik2 yang sibukla tanya kami ni dari mana dan bila dah jawab makin banyak pula dia tanya. Pakcik2 ni memang ramai melepak2 petang2 macam tu. Paling tak boleh lupa, kat sini ada banyak tangga-tangga batu yang spoilnya cik Z terpakai pulak hills.  Ye la mana la sangka kan.  Mula2 tu cuma tersadung2 je last2 memang ada siap terjatuh kat tangga2 tu depan orang ramai pulak tu. Ha ha tapi sengih je. 



Last itenary kami hari ni ialah Galle LightHouse area dan melihat sunset. Kawasan ni memang happening dan penuh dengan orang ramai. Ada masjid, gem museum, small hotel, cafe termasuk Indian Hut, lorong-lorong kecil yang dipenuhi rumah-rumah, dan semua ini berhadapan dengan lautan hindi yang luas terbentang. 



Lorong-lorong ni mengingatkan kami tentang Bukchon Hanok Village di Seoul Korea.


Ada laluan pejalan kaki yang disediakan disini bagi memudahkan penginjung menikmati pemandangan laut ketika sunset. Makin nak maghrib memang makin ramai orang. Masa kat sini kami perasan ada satu family muslim ni asyik duk tengok2 kan kami. So kami pun ajaklah semua budak2 dalam family tu ambik gambar sesama.

First picture. Budak2 ni sorang pun tak senyum okay macam takut2 gitu.

Second picture. Ha masa ni barulan semua nak senyum.

Then kami pun ajaklah mak ayah diorang bergambar sekali. 


Sangat seronok masa ni sebab terasa macam tengah buat journalist programe gitu.  Lagi seronok sebab diorang ni pun semua gembira sebab dapat bergambar dengan pelancong macam kami.  



Melihat pertunjukan warga tempatan terjun bebas dari atas tembok yang tinggi tu.

Dah nak maghrib.


Kami balik ke GH selepas azan maghrib berkumandang. Perut tak berapa lapar so kami hanya beli pineaple juice di Indian Hut dan balik makan maggi he he. Malamnya kami tidur awal sebab esok nak mulakan perjalanan panjang lagi. Okay ini je buat kali ni, jumpa lagi untik posting berkenaan Colombo pula. Wassalam.



4 comments:

  1. kak,

    gambar cantik, pakai kamera apa? guna tripod eks, tula kalau jln berdua, mmg kna bwk tripod, kalau tak bergambar sorang la mcm kita kat korea hari tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasonic LumiX model DMC-FH6 yang warna kuning tu le. Siti punya pun sama color je lain. Rupanya kalau guna tripod gambar mmg akan jadi cantik sebab mungkin dia betul2 fokus. Kalau yang gambar view tu most guna tangan je cuma masa ambil tu kena tunggu dalam 3-4 saat baru snap.

      Delete
  2. tengok pic ni sume buat rasa rindu nk becuti lagi :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kan rasa tak sabar pulak nak tunggu bulan 3 padahal kerja pun banyak tak siap lagi

      Delete