Thursday 24 January 2013

Warkah Cinta

Selama-lamanya kelembutan tak kan pernah tewas dengan kekerasan

Salam Maulidulrasul. Hari ni cik Z telah mula running simulation semula. Macam biasa bila dah start running simulation ni adalah lebih masa senggang berbanding biasa, means sambil2 tunggu tu bolehla buat kerja2 lain kan. Memandangkan hari ni cuti umum so sambil2 tunggu tu bukaklah tv. Lately memang agak jarang tengok tv and kalau tengok pun biasanya waktu petang sebelum maghrib dan hari Jumaat serta Sabtu. Kebetulannya hari ni tertengok tv alhijrah. Memula tu tertengok konsert zikir rohani oleh Hafiz Hamidon. Dulu2 memang cik Z peminat tegar nasyid tapi bila nasyid2 moden mula menular lama2 minat tu makin mengurang. Alhamdullilah nasyid2 yang didengarkan dalam konsert ni memang bagus. Rasa tenang je dengar.

Lepas je konsert tu ada la satu drama ni tajuknya "Warkah Cinta" ep 1. Sejujurnya cik Z memang agak skeptikal dengan drama melayu. Bukan apa banyak cerita melayu yang memaparkan jalan cerita yang lebih kurang sama sampai boleh predict jalan cerita dan endingnya. Tu belum cerita tentang lakonan kayu para pelakonnya. Jika ada cerita berasaskan islamik pula tidak dibikin dengan landasan islam yang betul, jadi bila tengok tu rasa sakit hati dan mata.  

Tapi drama ni telah membuka mata dan menyentuh hati cik Z. Buat pertama kalinya sebuah drama melayu dihasilkan dengan latar belakang islam yang sebenar. Semua pelakon wanita dalam drama ini memakai tudung yang sempurna (malah labuh lagi) serta memakai stokin. Malah tiada langsung adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan walaupun suami isteri. Tiada pelakon popular dalam drama ni kecuali Heliza Helmi. Pelakon utamanya Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Drama ini diarahkan oleh  Mior Hashim Manap dan sebenarnya diadaptasikan dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga tulisan penulis skripnya Ustaz A.Ubaidillah Alias.  Penggambaran drama ni dibuat di Kelantan dan Mesir. Tagline cerita ni, "Selama-lamanya kelembutan tak kan pernah tewas dengan kekerasan" memang melekat di hati.

Lepas je tengok ep 1 tu, cik Z terus search kat internet. Rupa2nya cerita ni baru je habis ditayangkan di TV Alhijrah akhir Disember yang lalu. Kiranya yang cik Z tengok tadi ulang tayang la.  Jumlah episodnya hanya 12, dan semua episode telahpun di letakkan di youtube. Sebentar tadi cik Z dah pun berjaya menonton kesemua episod Warkah Cinta (1 ep dalam 40 mnt shj). Ya Allah sangat berbekas dihati. Menginsafkan malah membuatkan cik Z menangis hampir di setiap episode. Lakonan semua pelakonnya sangat real sehinggakan kata2 yang diluahkan terasa sampai di hati. Tahniah kepada penulis skrip dan pengarah yang telah memilih pelakon yang sesuai dan menjaga batasan islam semaksimum yang mungkin dalam drama ini.  Siapa kata kalau buat cerita tentang islam tak kan berjaya kan?  Pengupload video juga mengalu2kan para penonton berkongsi dengan orang lain malah download pun tak apa. Jadinya untuk entry ini cik Z nak ajak kawan2 semua menonton drama ini dengan hati yang terbuka. Lihat dan nilaikan sendiri. 

Sebelum tengok, baca sinopsis novelnya dulu la ye;

Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberitahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.

Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.

Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.

Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah adalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.

Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.

Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)

Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.

Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.

Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.

Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.

Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.

Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.

Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.

Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.

Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.

Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.

Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.

Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.

Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.

Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.

Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

episode 1 (10 minit yg pertama tak de dlm ni)

episode 2

episode 3

episode 4

episode 5

episode 6

episode 7

episode 8

episode 9

episode 10

episode 11

episode 12

OST

Sebenarnya cerita ni tak berakhir disini. Ada 2 novel susulan iaitu KALA CINTA & WAHYU BERSATU.  Khabarnya drama ini akan disambung nanti. Walaubagaimanapun cik Z lebih suka jika tak disambung sebab takut kalau sambung jadi tak best nanti.  Apapun sangat suka dengan watak Amir Mukhlis dan kagum dengan prinsipnya. Wujudkah seseorang seperti  Amir Mukhlis di dunia ini? Hanya Allah yang tahu. Kawan2 semua doakan cik Z ya.  Jumpa lagi dan selamat menonton. Sebagai bonus, kat bawah ni cik Z sertakan sekali sinopsis berikut.

SINOPSIS NOVEL KALA CINTA & WAHYU BERSATU
Kesudahan kisah WCBS kelihatan tergantung apabila cinta Balqis terhadap Amir berakhir tanpa kepastian. Justeru, Balqis sudah berputus asa, namun dia belum mematikan niatnya untuk mencari pemuda seperti Amir sebagai pasangan hidup. Manakala Amir masih dalam kebingungan setelah selamat menjalani pembedahan.

Amir berada dalam status penyembuhan selama setahun. Sewaktu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja, di situlah ustaz Hamdi yang pernah mendidik beliau kembali mencurahkan perangsang dan motivasi. Ustaz Hamdi menyedarkan Amir agar terus berjuang dengan mata pena sebagai satu wasilah dakwah.

Di sebalik kisah Amir dan Balqis. Muncul watak Tasnim yang merupakan sahabat baik arwah Wardah. Beliau adalah seorang gadis yang membawa legasi cinta Wardah, dia menyimpan janji Wardah yang mahukan Tasnim menemui Amir. Ada beberapa perkara yang telah dituntut oleh Wardah dan perlu disempurnakan oleh Tasnim. Dari situ, Tasnim mula berdoa agar suatu hari dia akan ditemukan dengan Amir.

Sepanjang Amir berkerusi roda, Amelia yang berada dalam course perubatan mengambil tugas menjaga Amir sebaik mungkin. Amelia, selaku watak sampingan di dalam novel WCBS dan juga merupakan sepupu Amir yang sudah lama memendam kasihnya pada Amir. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan kampus. Dia sentiasa mengharap cintanya disambut oleh Amir. Dia banyak memberi dan berkorban untuk Amir. Sewaktu Amir sakit, dia banyak melawat dan menziarahinya. Sehinggalah Amir sihat dan bekerja, dia sentiasa mengharapkan cinta Amir.

Sebaik Amir sihat sepenuhnya, dia menyertai aktiviti penulisan dalam masa yang sama beliau kuat melakukan aktiviti dakwah. Di situ, berlaku pertemuan dan perkenalan antara Amir dan Tasnim. Perbincangan dan perkongsian pendapat berlaku antara mereka, secara jelas Tasnim dapat merasakan ‘keistimewaan’ karekter jiwa Amir.

Balqis akhirnya pulang ke Malaysia. Ternyata, sejurus pulang dari Mesir dia cuba dilamar oleh Izzuddin. Izzuddin juga mengambil langkah proaktif dengan menjadi rakan kongsi perniagaan kepada abang Balqis. Namun, hati balqis masih tawar untuk menerima sesiapa. Balqis mula berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menemukan dirinya dengan lelaki sebaik Amir.

Tasnim adalah penggiat sastera yang belajar dalam kursus undang-undang. Beliau yang berasal dari sekolah agama juga merancang untuk menyumbang pengalaman kepada adik-adik di sekolah Naim Lil banat dan juga Maahad. Dari situ dia mula merangka gerak-kerja dan mengumpul tenaga kerja yang mampu menyumbang. Dia mendapat maklumat bahawa Balqis adalah bekas mahasiswi mesir yang banyak bergiat di dalam penulisan, dalam masa yang sama Balqis adalah bekas pelajar Maahad. Dari situ dia cuba menghubungi Balqis. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan program gabungan dua sekolah iaitu Naim Lil Banat dan Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka menamakan bengkel itu sebagai bengkel penulisan kreatif.

Suatu hari Balqis ke bandar untuk melihat kedai milik abangnya. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Amelia dalam satu insiden. Dari situ dia mendapat maklumat bahawa ustaz Amir masih hidup. Balqis ragu-ragu, dia menyangka ustaz Amir yang menjadi sepupu Amelia itu barangkali adalah pelanduk dua serupa. Akhirnya, rasa penasaran itu dicicirkan.

Tasnim pula cuba mendapatkan khidmat Amir yang namanya mula meningkat naik sebagai penulis. Tasnim mahu Amir hadir sebagai panelis dan juga fasilitator bagi bengkel penulisan kreatif. Setelah sepakat mereka bersetuju untuk bekerjasama.

Dalam usaha, Amir membina kerjaya beliau sebagai penulis dan pendakwah. Dia mula dikenali dalam industri penulisan. Juga beliau digemari oleh kebanyakan agamawan di atas kemahiran dan sikap optimis. Dia akhirnya ditawarkan bekerja di pejabat kerajaan sebagai pegawai.

Bengkel Penulisan Kreatif berlangsung, hari program itu bagaikan Sireh Pulang ke Gagang. Merpati pulang ke sarang. Balqis bertemu semula dengan Amir. Ia benar-benar diluar jangkaan Balqis, Amir yang pernah dicintainya masih hidup. Rasa cinta memencar dan menabrak harum di kolong jiwa, namun Balqis teragak-agak untuk mendekati Amir, sekalipun hatinya mahu tetapi dia takut andainya Amir sudah berpunya. Sedangkan, Amir sendiri masih mendoakan agar Balqis kembali kepadanya. Balqis tidak berani berbicara, dia malu semalunya. Kerana Amir pernah menolaknya suatu ketika dahulu. Dia tidak akan menjadi perigi cari timba kali kedua.

Dalam diam, Tasnim yang membawa legasi cinta Wardah mengakui bahawa dia sudah menyukai Amir dan mahu membawa Amir ke dalam keluarganya. Beliau beria-ia menjemput Amir agar menemui keluarganya. Dalam satu pertemuan dengan keluarga Tasnim, Amir tidak mendapat perhatian dengan baik. Ibu Tasnim tidak menyukai Amir kerana beliau sewaktu itu masih menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Sedangkan Amir sewaktu itu telah mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan.

Tasnim cuba menghubungi Amir dan menjelaskan perasaannya. Namun, Amir secara lembut memberitahu bahawa dia sudah berpunya. Tasnim terkejut dengan kenyataan itu, dia cuba mencari siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir. Dia bertanyakan Balqis, ternyata Balqis juga tidak tahu siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir.

Amir sendiri memberi maksud ‘si dia’ itu adalah Balqis. Namun dia belum pernah menyatakan maksud itu kepada sesiapapun kecuali dalam doanya kepada Allah.

Balqis yang akhirnya menyedari bahawa Amir masih hidup sedikit sedih apabila mengetahui melalui Tasnim bahawa Amir sudah berpunya, namun dia tidak putus asa. Biarpun tasnim sudah menyatakan Amir sudah mempunyai si dia. Namun, dia tetap berdoa agar cinta mereka bersatu. Dia tidak pernah mengungkapkan rasa cintanya secara terus kepada lelaki itu. Dia hanya menyebutkan rasa itu di dalam doa-doanya kepada Allah. Balqis juga tahu, Tasnim dan Amelia juga memendam rasa kepada Amir.

Mulai saat itu, Balqis menolak lamaran Izzuddin. Ternyata, keputusan balqis itu membuatkan Izzuddin hampir sasau dan dia benar-benar marah dengan kehadiran Amir kali kedua. Baginya, Amir adalah perampas. Izzuddin marah dan membawa diri jauh dari Kelantan. Dia memutuskan hubungan dengan abang Balqis dan berhijrah dari situ.

Tasnim dan Amelia, dua wanita yang baik serta mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh kebanyakan lelaki. Namun, mereka keduanya mengharapkan cinta Amir. Malah sanggup meluahkannya secara berdepan. Balqis pula ternyata berbeza. Dia sendiri tidak akan meluahkan cintanya, malah menyerahkan segalanya kepada Allah. Dia bertawakkal dan pasrah sambil berdoa dengan sepenuh hati mengharapkan doanya akan dikabulkan. Dan dia sering berdoa agar Amir akan mampu mencari jalan untuk memilikinya.

Apabila dua jiwa cuba mendambakan cinta Amir. Amir seperti terhimpit, namun jauh di sudut hatinya dia mahukan Balqis sebagai belahan jiwanya. Bukan kerana kebendaan tetapi kerana ciri-ciri gadis idamannya terdapat pada Balqis. Hanya Balqis sahaja yang layak menjadi isterinya pada pandangan Amir.

Di sini berlaku perdebatan antara Amir dan keluarganya. Amir menghadapi waktu sukar apabila ibubapanya cenderung menerima Amelia. Amir perlu memutuskan yang terbaik, demi kebaikan keluarga dan agamanya. Dia bukan mahu tangkap muat. Tetapi, biarlah isterinya ini benar-benar menyokong kariernya sebagai pendakwah.

Dari beberapa insiden lain, Balqis kian memahami kenapa Tasnim dan Amelia benar-benar mahukan Amir. Dia cuba mengalah dan membawa diri ke Mesir. Amir berusaha untuk melepaskan diri dari cinta Tasnim dan Amelia. Lalu menggapai Cinta Balqis. Amir gagahkan diri untuk membuat keputusan besar. Dia cuba melepaskan harapan Amelia dan Tasnim. Kemudian dia ke Mesir untuk memenangi hati Balqis.


P/S: Special thanks kepada pengupload video dan penaip sinopsis yng berlegar2 di internet. Semoga Allah memberkati kalian.






4 comments:

  1. nice sharing. tq kak. tau sket2 psl drama ni sbb heliza helmi pernah post kat FB die. sbb akak kata best, mesti tonton lps siap proposal grant ni. eheh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputlah menonton, InsyaAllah tak menyesal. Sangat sesuai utk muhasabah diri.

      Delete
  2. saya pun nak tonton, kiranya amir dan wardah tak bersatu eh sampai akhir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cakap, tak surprise la kan he he...

      Delete