Wednesday 6 November 2013

My Istanbul's Diary Part 3: Sultanahmet District

Salam semua. Part 3 is here. Kali ini cik Z ingin bercerita tentang Sultanahmet District yang terletak dalam kawasan Fatih, Istanbul.  Sultanahmet District juga dikenali sebagai Old City of Istanbul kerana ianya merupakan kota tertua di Istanbul yg kini menjadi tarikan pelancong seluruh dunia yg datang melihat keunikan tinggalan sejarah pertembungan 2 agama terbesar di dunia iaitu Islam dan Kristian.  Memang tidak lengkap lawatan anda ke Istanbul jika tidak menjejakkan kaki ke Sultanahmet. Dah nama pun kota tertua kan pastinya banyak tarikan sejarah disini, malah kawasan yg besar ini memang tak kan mampu anda jelajahi selama 1 hari.  Kami sendiri pun pergi 3 kali ke sini. Memang tak kan jemu punya. Sebab tu lah dalam entri part 1 sebelum ni cik Z ada mention kalau boleh carilah hostel/hotel di Sultanahmet.

Sebelum kita lihat apa yg ada di Sultanahmet, cik Z nak kongsikan dulu macammana nak pergi ke sini jika kita menginap di tempat2 lain.  Cara termudah ialah dengan menggunakan tram. Harganya 3TL per ride tak kiralah jauh ke dekat.  Kalau duduk selang satu station je tu jalan kaki je la. Tak berbaloi nak menunggu dan membayarnya.
  
 Ini Tram Station Findikzade di depan hotel kami.

 Laluan tram di Sultanahmet.

Kenderaan lain pun selamba je lalu atas laluan tram ni. Kalau kita nak ke opposite side pun lintas je lah laluan tu bila2 masa pun boleh.

Ini dia tram dah sampai.

Tram ni antara pengangkutan utama kat Fatih, Istanbul. Kuantitinya memang banyak tapi orang yg naiknya memang sentiasa penuh. Kadang2 kena tunggu 2-3 tram lalu baru kita boleh naik. Bila dah naik jangan harap la nak dapat duduk. Berdiri je lah sampai ke sudah. Tapi memang adventure tau laluannya turun naik bukit. So bayangkanlah macammana keadaannya kat dalam tu nak kena sentiasa imbangkan badan. Paling kecian org katik macam cik Z ni lah tak boleh nak pegang pemegang yg kat atas so biasanya baju dan tangan kawan2 cik Z yg lain memang jadi mangsalah. 


 Tarikan di sekitar Sultanahmet District. Semua kawasan yg dibulatkan merah kat atas ni ialah tarikan utama yg rugi kalau tak singgah.

Next, bila dah sampai Sultanahmet nak pi mana pulak? Sila rujuk peta di atas ya semua. Yang bertanda A tu ialah Sultanahmet Tram Station. Kalau nak cari makanan, kedai2, atau money changer semuanya ada kat sepanjang laluan tram ni. Seterusnya kita lihat pula tarikan bersejarah utama yg ada di sekitar kawasan ini.  

Paling hampir dengan tram station ke arah sebelah kiri ialah Basilica Cistern Yerebatan Sirnici yg dibina seawal tahun 532 AD. Masa zaman tu, sistem bawah tanah ini dikatakan boleh menyimpan sehingga 80000 meter padu air untuk dibekalkan kepada bangunan sekitarnya jika diperlukan. Kami tak masuk pun ke sini cuma ambik2 gambar kat luar je.





Dari Sultanahmet Tram Station juga, kalau kita melintas laluan tram, tarikan pertama yg kita akan nampak ialah Sultanahmet Park dan Aya Sofya Medayni Square. Dua-dua tempat ni sebelah menyebelah je. Dari sini anda boleh memilih untuk ke sebelah kiri, kanan ataupun terus. Ke sebelah kanan kita boleh nampak Blue Mosque (Sultanahmet Camii) tersergam indah. Ke sebelah kiri pula kita boleh nampak Hagia Sophia Museum (Aya Sofya) yg juga tak kurang besarnya. Melintasi Aya Sofya Medayni Square terus ke hadapan pula, kita akan menemui Makam Keluarga Sultan Murad dan Sultan Salim (Turbesi), deretan souvenir shops, serta pintu masuk ke Topkapi Palace. Ada T-junction disini. kalau ke sebelah kiri kita boleh sampai ke Gulhane Park, manakala ke kanan pula boleh sampai ke Bosphorus Tour Boat. Menarik kan. Details story untuk semua tarikan ini akan cik Z kongsikan satu persatu nanti. Jika anda kesuntukan masa, jangan risau masih boleh enjoy keindahan Istanbul seperti gambar2 kat bawah ni secara sightseeing sahaja.


Menuju ke Sultanahmet Park dari Sultanahmet Tram Station.


Boleh dapatkan bas ini di Sultanahmet Park kalau rasa2 nak mengelilingi Istanbul dengan bas.

Pancuran air di tengah-tengah Sultanahmet Park.

Sultanahmet Park

Pelancong beratur panjang di Aya Sofya Medayni Square, menanti giliran membeli tiket masuk ke Aya Sofya. Kalau nak elakkan beratur panjang macam ni kena tunggu next entri khas untuk Aya Sofya.

Penunjuk arah ke Hurrem Sultan Hamami, iaitu Hystorical Turkish Bath (Rumah Mandi).



Hurrem Sultan Hamami. Sesiapa nak rasa pengalaman Turkish Bath boleh masuk ke sini.


 
Sekitar Hurrem Sultan Hamami. Kat belakang tu ialah Aya Sofya.

Sekitar Hurrem Sultan Hamami. Kat belakang tu ialah Blue Mosque.


  Blue Mosque dilihat dari Sultanahmet Park.

Aya Sofya dilihat dari  Aya Sofya Medayni Square

 
Sebahagian souvenir shops berhampiran Blue Mosque.

 
Deretan souvenir shops sepanjang jalan menuju ke Topkapi Palace.

 Dalam sebuah souvenir shop. Tapi kan harga kat sini quite expensive. Lebih murah kalau beli di Eminonu.

Jagung rebus dan buah berangan.
Apakah ini? Entahlah puas memikirkannya. Siapa tahu tolong bagitahu ya.


ATM machine. Tepi jalan je dia letak.


Tempat tanya taxi kot?

Salah sebuah makam keluarga Sultan pemerintah Empayar Uthmaniah.





Orang perempuan memang pantang jumpa bunga. Bunga-bunga ros kat sini besar sangat saiznya. Geram menengoknya. Rasa macam nak petik jer.


Menara Blue Mosque dan Aya Sofya dilihat dari pintu masuk ke Topkapi Palace.

Bila nampak monumen ni maksudnya kita dah sampai ke penghujung jalan menuju ke Topkapi Palace.

Tiba-tiba jadi berita bergambar plak entri ni kan. Bolehlah anggap macam episode pengenalan je ni.  Nantikan entri seterusnya nanti, akan cik Z kongsikan pula apa yg ada di Blue Mosque, Aya Sofya, Topkapi Palace, Gulhane Park, dan lain2. Oh ya lupa plak nak pesan, jangan cuba-cuba pakai high hills macam Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang kalau nak ke sini nanti tak pasal2 terseliuh pulak kaki dah tak boleh nak jalan.  Selain bentuk muka bumi yang turun naik bukit, seluruh kawasan Sultanahmet juga tidak menggunakan tar.

Jumpa lagi. Wassalam.


1 comment:

  1. Station tramvay findikzade tu dekat nak ke rumah saya juga . beberapa meter saja dari station

    ReplyDelete