Thursday 27 February 2014

Summer Trip Europe DAY 4 Part 4: Paris L'Open Tour (Green Route Part B)

Salam semuanya. Nampaknya ini entry terakhir berkaitan kota Paris yg akan cik Z kongsikan. Rindu nak mengupdate blog, tapi terpaksa dilupakan seketika gara-gara cik Z yg tiba2 terkena sakit pinggang dan tulang belakang yg agak kronik lebih kurang 2 minggu lamanya. Ni pun belum 100% sembuh kot. Sebenarnya cik Z ni memang selalu sakit pinggang/sendi/bahu/tulang belakang. Tapi selalunya paling lama pun 2 ke 3 hari nanti dia baik sendiri. Tapi kali ni, dah lepas seminggu pun masih sakit. Duduk sakit, baring sakit, jalan pun sakit juga. Sampai terpaksalah mencari klinik. Risau gak kalau ada apa2 kan. Alhamdulillah cuma muscle pain ajer. Jadinya, berkurun jugalah gambar2 dalam entry ni tersimpan gitu jer dalam draf tak bersentuh2.  Jom ikuti kisah pengembaraan kami seterusnya di kota Paris.

Green Route Part B


Ahad, 9 Jun 2013, 4 ptg. Perut pun dah kenyang, jadi misi kami seterusnya ialah window shopping di Champ-Elysees dan mencari mercu tanda kebanggaan Paris iaitu Eiffel Tour.  Kali ini kami memilih untuk naik Paris L'Open Tour (Green Route) dari hentian no. 7. Sebenarnya kan, hentian no. 6, 7, 30, dan 39 ni terletak dalam satu kawasan yg sama dan berhampiran antara satu sama lain. Kesemua hentian ini adalah dalam jarak walking distance dari Notre-Dame. Boleh rujuk entry cik Z yg sebelum ni di sini untuk melihat apa yg ada di hentian no. 6, 30, dan 39.

Hujan gerimis belum menunjukkan tanda2 nak berhenti. Hentian no. 7 ni letaknya kat tengah2 jalan raya yg agak sibuk. Tak de bus stop. Yang ader cuma satu papan tanda beserta map. Kebetulan plak masa kami nak melintas jalan ke hentian tu, bas hijau baru jer melintas lalu. Nak tak nak terpaksalah kami menunggu 10 minit kat situ bertemankan hujan. kebetulan tak de orang, cuma kami berdua jer plak tu. Bas tiba, kali ni kami tak naik ke atas pun, cuma duduk kat bahagian bawah jer.


 





Duduk kat tingkat bawah, pemandangan sedikit terbatas. Lebih kurang 15-20 minit selepas tu, bas kami melalui Av Des Champs-Elysees, iaitu satu jalan lurus yg luas dan dikiri-kanannya dipenuhi dengan bangunan2 kedai. Kami turun di hentian no. 11. Kalau nak tahu kat sinilah terletaknya syurga membeli belah kota Paris, khasnya untuk golongan berpoket tebal. Galeri dan butik pelbagai jenama semuanya ada. Pilih sajalah mana yg berkenan. Hujan sedikit sebanyak membataskan pergerakan kami. Tapi ada bagusnya juga, kalau tak agaknya ada jer la benda yg terbeli nanti. 

Untuk pembaca yg ingin mencari butik LV, sedikit tips dari kami, masa turun kat hentian no. 11 tu kena melintas jalan yg besar tu dulu sebab butik ni terletak kat bahagian kiri jalan dan ada simpang tiga kat tepi dia. Untuk pengetahuan, hasil survey kami, harga LV di Paris adalah lebih murah berbanding di Milan Italy. Off course la kan.


Champs-Elysees
     

 
Butik LV. Nak masuk sila beratur dulu ya.


Pusing-pusing sekali lalu, sekali tengok jam dah 5.30 ptg. Oh tidak, nampaknya kami dah lambat ni. Sebabnya kalau boleh kami nak balik semula ke Anvers nanti guna Yellow bus yg terakhir jam 6.30 ptg. Maka apa lagi, berdesup kami meluru ke hentian no. 11 tadi. Mujurlah kali ni kebetulan ada bas hijau yg lalu, dan yg paling best hujan pun tetiba berhenti. Untuk pembaca yg ada banyak masa kalau melancong ke Paris, jangan lupa singgah di hentian seterusnya (atau jalan kaki je dari hentian no. 11 tadi). Sebab kat sini kita boleh singgah di Arc de Triomphe. Gambarnya ada kat bawah ni ya.




 
Arc de Triomphe.

Arc de Triomphe ni antara monument bersejarah yg sangat terkenal di Paris kerana kedudukannya yg agak pelik tapi strategik betul2 di penghujung jalan Champs-Elysees. Paling menariknya kat sini, kita boleh naik lift ke bahagian puncaknya (terrasse) dan enjoy superb view 360 degree kota Paris. Oh cik Z ada banyak sangat reason nampaknya untuk repeat another trip ke Paris he he.

My favorite picture of the day.


Nampaknya destinasi impian kami semakin hampir. Sedikit demi sedikit Eiffel Tour mula menonjolkan diri. Makin lama makin jelas. Ada dua hentian yg boleh kita turun untuk ke Eiffel Tour iaitu hentian no. 14 atau no. 15. Kalau ada banyak masa ada baiknya kita turun kat hentian no. 14. Kat sini kita boleh enjoy view Eiffel Tour dari dataran yg diapit ditengah2 oleh beberapa bangunan monumen seperti Musee de L'Homme dan lain2 disekitarnya. Dari hentian no. 14 kita boleh jalan kaki ke Eiffel Tour ataupun naik semua bas hijau seterusnya ke hentian no. 15.

Hentian no. 14.

  


Kami pilih untuk terus ke hentian no. 15, yg berhenti betul2 kurang 100 meter dari kaki Eiffel Tour. Yg bestnya sebelum bas ni berhenti, dia akan pusing dulu secara rectangle sekeliling Eiffel Tour. Serius best sangat pengalaman ni. Dan disebabkan itulah kami dapat snap banyak gambar2 yg menarik ni. 

  



Seronok sangat dah sampai kat Eiffel Tour. Kami ada kat sini tak sampai 30 minit pun sebenarnya sebab tetiba tengok jam dah pukul 6.30 ptg. Masa nak pi kehentian no. 15 tu tak semena2 hujan turun agak lebat pulak. Tak pasal2 kami berlari-larian kat bawah Eiffel Tour. Priceless moment. Oh ya Eiffel Tour ni kalau tengok dari bawah tu macam besi biasa jer pun, tapi unik la.

Masa naik bas semula tu sebenarnya kami dah risau dan dah dapat agak yg bas Yellow Route dah tak beroperasi lagi. Tapi tak pe lah kami nak cuba dulu habiskan Green Route ni sampai la ke hentian yg terakhir iaitu no. 1. Ada 2 sebab. Pertamanya, kalau boleh kami nak lalu di kesemua hentian. Keduannya, sebab kat hentian ini ada information centre. Bila sampai kat sini, kami boleh nampak dah berderet2 bas Yellow Route duk parking tepi jalan. Basnya kosong tak der orang. Sah le nampaknya kami kena cari alternatif lain untuk balik ke Anvers. 

Masalah terbesar kami masa ni ialah tak de map Paris yg ada senarai Metro Station. Nasib baik ada information centre. Dapatlah kami map free dan penerangan dari pekerja kat sini. Kalu tengok metro line map tu serius pening ok. Banyak sangat line nya. Untuk memudahkan kami, diorang suruh kami naik metro line 12 terus ke Pigalle. Pastu nanti jalan kaki jer ke Anvers. Tapi kan sebenarnya cik Z dah tak ingat nama station mana yg kami naik tu sebab susah giler nak ingat namanya. Dan pulak masa tu kami siap tersesat2 nak mencarinya dalam hujan yg semakin lebat dan hari yg semakin nak gelap. 

Bila dah jumpa pintu masuk ada pula yg tak de kaunter tiket. Pastu terpaksa kami kelua balik cari pintu masuk utama yg ada kaunter tiket. Nak beli tiket pun mencabar juga. Akhirnya setelah bersusah payah, dapat jugalah kami naik metro sampai ke Pigalle. Dari Pigalle kami jalan kaki hampir 1 km untuk sampai balik ke Perfect Hostel. Serius mencabar kesabaran. Nasib baiklah dah hafal selok belok jalannya.

Sampai kat Hostel, perut pun dah lapar semula, so kami singgah dulu ke restaurant semalam. Tapi tak tau nak beli apa. Sudahnya kami copy paste apayg seorang customer ni beli he he. Namanya entahlah apa. Yg pasti kat dalam tu ada ham dan cheese yg kat luarnya plak macam crepe/lempeng. Nasib baiklah sedap. Harganya Euro2.5 kalau tak silap. 

 
Sedap juga makanan ni


Sampai kat Hostel, nasib baiklah belum Maghrib lagi walaupun dah pukul 8++. Malam tu kami kelam kelibut gak kemas beg sebab kena tidur agak awal nak kena bangun awal nak ke Gare du Nord pula seawal jam 5 pagi. Kisah kami di Paris untuk hari yg ke-5 sebenarnya dah pun cik Z kongsikan dalam entry khas di sini

Keseluruhannya, trip di Paris meninggalkan paling banyak kenangan manis dan pahit sepanjang 12 hari pengembaraan kami di Eropah. Walaubagaimanapun, cik Z tak de rasa ralat malah rasa nak pergi lagi ke Paris jika diizinkan Allah nanti. Tak tahulah kenapa. Akhir sekali cik Z tinggalkan entry ini dengan gambar full view Eiffel Tour yg menggamit perasaan kat bawah ni. Jumpa lagi dalam entry seterusnya Summer Trip Europe DAY 6: Milan. Wassalam. 



1 comment: