Friday 28 March 2014

Summer Trip Europe DAY 8 Part 2: Venice-Rome:


Percutian di Venice mungkin kurang lengkapnya jika tidak mencuba sendiri pengalaman menaiki gondola. Harganya memang agak mahal iaitu Euro80 bagi satu gondola untuk laluan/perjalanan singkat, ataupun Euro120 untuk laluan yg lebih lama dan jauh. Untuk satu gondola ni maksimum 6 org penumpang boleh naik dalam satu-satu masa. Kat mana nak naik? Jawapannya, ada kat mana-mana ajer. Di sekeliling Venice ni ada banyak sangat hentian gondola, almaklumlah City of Water kan. Cara nak kenal pendayungnya ialah lelaki/wanita yg berpakaian t-shirt belang-belang. 


Khamis, 13 Jun 2013, 12.30 tghr. Dari Piazza San Marco, kami menyelinap dicelah-celah bangunan dan lorong-lorong kecil mencari hentian gondola. Sinar mentari nampaknya semakin panas dan terik. Tertanya-tanya juga, tengah-tengahari buta ni ada ker yg nak ambik kami naik gondola. Jangan risau ok, jawapannya sudah tentulah ada. Siap dengan extra service, sekaki payung besar tersedia untuk anda. Oleh sebab kami berdua ajer, makanya nak tak nak terpaksalah bayar Euro40 seorang, hu hu pejam mata ajerla ni. Jom ikut kami melihat apa yg unik dan menarik disebalik gondola ride ini.

Perjalanan bermula. Laluan gondala ini letaknya kat celah-celah bangunan atau lebih tepat lagi kat lorong-lorong belakang bangunan. Laluannya agak sempit, betul-betul muat untuk 2 gondala jer lalu sebelah menyebelah. Musim summer, airnya agak cetek. KIta boleh lihat kesan air dan lumut kat dinding bangunan tu menandakan setinggi mana air boleh sampai. Walaupun airnya tak jernih langsung, namun tak der la pulak bau-bau yg kurang menyenangkan.

Deretan jambatan kecil dihadapan. Sesetengah laluan agak luas seperti ini.



Nampak macam tempat yg sama kan? Tapi sebenarnya tempat yg lain. Bangunan-bangunan kat Venice ni memang kelihatan lebih kurang sama jer semuanya.



 
Ini dia pemandu gondola kami. Sepanjang perjalanan, beliau tak henti-henti memberitahu kami apa nama bangunan yang kami lintasi. Tapinya satu nama pun tak lekat kat kepala kami.

 
Dari celah-celah bangunan tadi, akhirnya kami dibawa pula melalui laluan Grand Canal. Ini antara bangunan atau tarikan pertama yg kami dapat lihat.

Kualiti air kat laluan Grand Canal ni lebih jernih dan bersih berbanding laluan yg kecil tadi.



 
 


 
Selepas tu kami berpatah balik ke tempat asal/mula-mula kami naik gondola tadi. 

Keseluruhan perjalanan ini dalam 30 minit sahaja. Sekejap sangat dan ada lah sikit rasa macam tak berapa puas. Tapi nak buat camner kan, terpaksalah terima yg segala-galanya mahal kat Venice ni. Turun jer dari gondola, perut dah mula bunyi-bunyi. Kami sambung semula berjalan kaki dengan misi menghabiskan satu pusingan lengkap dari Santa Lucia kembali ke Santa Lucia. Sambil2 tu mata kami melilau cari tempat makan. Tapi nampaknya kat kawasan sebelah kanan Venice ni tak banyak plak restaurant yg boleh dipilih. Yg ada kebanyakannya macam tak berapa konfiden nak masuk. 


 
Akhirnya kami jumpalah satu kedai pasta ni. Bila tengok menu rasa macam selamat dan dipercayai. Ini dia pasta yang kami pilih iaitu fungi dan tomato. Harganya Euro8-10 sepinggan. 

Dah kenyang, masa untuk sambung berjalan. Perjalanan seterusnya serius mencabar. Ini antara tangga tinggi yg perlu didaki. Kat atas tu ada jambatan  juga dan kita boleh lihat pemandangan laluan Grand Canal yg dah kami lalui tadi.


Tempat yg kami lalui menggunakan gondola sebentar tadi. 


Akhirnya sekitar jam 3.30 ptg barulah kami sampai semula di Santa Lucia Train Station. Masa ni kaki cik Z dah mula rasa sakit-sakit. Bayangkan berapa lama dan jauhnya kami dah berjalan dari 8 pagi- 3.30 ptg. Kerja giler kan. Tapi berbaloi-baloi sebab dah berjaya cover seluruh Venice. 

Santa Lucia Train Station ni agak besar dan ada lebih 10 platform. Memandangkan ini station pertama/terakhir dari/ke Venice untuk ke destinasi lain seluruh Italy, jadinya memang agak mengelirukan nak cari train mana yg patut kami naik walaupun dah ada tiket kat tangan. Terpaksalah kmai pi tanya kat information kaunter. Bila dah naik agak pelik sebab sampailah kami turun di Mestre tak der pun org check tiket kami. Kalau macam nilah, sesiapun boleh naik free-free jer.

4.30 ptg, kami dah pun sampai di hotel semula. Nasib baik kat lobi hotel ni banyak kerusi/sofa. Dapatlah kami duduk sekejap merehatkan badan dan kaki. Punyalah penat siap boleh tertidur kat situ. 5.30 ptg, masa untuk bersiap sedia dan bergerak ke bus stop. Tapi tetiba ada unexpected thing happen. Ingat lagi tentnag stawberry 1/2 kg yg cik Z beli pagi tadi? Bila tengok semula ptg ni, alamak sebahagiannya mencair plak. Terkena la juga pink color semulajadi melekat kat beberapa barang termasuk sandle bata yg baru dibeli. Mungkin sebab cuaca panas sangat tadi.

 Ini ialah contoh papan tanda yg diletakkan di bus stop. Terdapat info no. bas dan laluannya. Best kan, kami suka idea ini. Maklumat lain seperti waktu perjalanan dan kekerapan bas juga tersedia. 

Semalam petang kami dah beli tiket shuttle bus ke Venice Marco Polo Airport yg berharga Euro6. Sekitar jam 6.15 ptg, kami berjaya naik bas no.15 menuju ke Venice Airport. Bas yg kami naik ni sebenarnya lebih kurang sama jer dengan bas henti-henti. Penumpang yg naik memang ramai, penuh bas ni. Tak ingat plak berapa minit tempoh perjalanannya, tapi tak de la jauh sangat. Rasanya lebih kurang 40 minit kot.

 
Venice Marco Polo Airport. 

Untuk penerbangan dari Venice ke Rome, sekali lagi kami akan menaiki Easy Jet. Masa drop beg sekali lagi kami terpaksa bercerita panjang lebar bila ditanya berkenaan passport sementara Fizz yg pelik tu. Nasib segalanya ok dan kami boleh naik flight. Agak risau juga sebenarnya. Jam 9.30 malam, kami akhirnya bertolak ke Rome. 

Selamat tinggal Venice. Kami tinggalkan Venice ketika matahari mula terbenam. Ada rezeki insyaAllah kami datang lagi.

Hanya 1 jam 5 minit di udara, sekejap ajer dah pun tiba di Roma Fiumicino Airport. Kami tiba disini sekitar jam 10.35. Rome airport boleh tahan besarnya dan ada beberapa terminal. Tak ingat dah terminal berapa kami keluar, tapinya dari terminal ni nak pi jalan ke shuttle bus, serius jauh. Semua jenis shuttle bus letaknya kat bahagian hujung sekali sebelah kanan. Masa kami sampai kat kawasan ni dah pun jam 11.15 macam tu. Pastu nak buat lagi gabra, tak der plak org tunggu kat situ, bas pun tak der. Rasanya sebab kami ada singgah sekejap kat information kaunter sebelum keluar dari airport, jadinya semua org yg satu flight dgn kami dah pun naik bas. 

Nasib baiklah lebih kurang 10 minit lepas tu ada bas datang. Kami perlu bayar Euro5 untuk naik bas ni. Tak lama lepas tu barulah ada beberapa org penumpang lain datang dan naik. 11.45 mlm bas bergerak. Serius laju giler driver dia bawa. Almaklumlah dah tgh malam jalan lengang. Tak sampai 45 minit kami dah pun sampai kat Termini Station yg terletak di tengah-tengah kota Rome.

Sampai kat Termini Station, kami super blur. Tak tahu kat celah mana kami diturunkan. Sebabnya keadaaan station tu sunyi sepi. Bas berhenti pun kat tepi jalan jer. Terpusing-pusing kami mencari kat mana bahagian depan station ni. Kalau tak silap masa ni dah 12 ++. Kebetulan ada beberapa kedai makan yg masih beroperasi dan tuan punya kedai tolong tunjukkan kami arah yg patut kami pergi untuk ke Freedom Traveler di no 23, Via Gaeta. 

Tapi, sebab malam gelap kan, terpusing-pusing kami mencari. Terjumpa satu peta besar, pun tak membantu juga. Dah pi ke jalan besar, tetiba rasa tak konfiden, try pi tanya taxi, dia suruh kami jalan kaki jer, dekat sangat katanya. Uihh stress ok. Masa ni cik Z dah mula rasa lain macam kat tapak kaki, rasa sakit sangat tapi tak tahu lagi kenapa. Makin lama jalan makin sakit plak dia. Terpaksa berhenti banyak kali. Kecian gak kat Fizz sebab terpaksa tunggu cik Z dan tanya passerby arah ke Via Gaeta. 

Akhirnya setelah terpusing-pusing beberapa kali jumpalah Via Gaeta yg kami nak cari. Tapinya bila dah jumpa no 23 Freedom Traveler pintunya tutup pula. Masa ni dah jam 1 pagi dah pun. Tiba-tiba kami teringat style bangunan kat Milan yg semuanya kena tekan loceng untuk masuk, dan Alhamdulillah rupanya kat Rome pun sama. 1.30 pagi barulah kami dapat masuk bilik. Penat giler. 

Pastu bila tengok kaki yg sakit tu rupa-rupanya tapak kaki cik Z dah meletup pulak. Patutlah sakit sangat. Bukan satu tapi dua tempat. Oh sakit giler. Inilah gara-gara tersilap tak pakai sport shoe sepanjang hari ini. Pengajaran untuk semua. Jangan buat macam cik Z ya.  Subuh di Rome masa ni adalah sekitar 3.23 pagi. Tergopoh gapah kami take turn mandi dan solat sebelum masuk waktu Subuh. Pastu terus sambung solat Subuh plak. Lepas solat, terus pengsan tak ingat dunia.

Berakhirlah kisah Summer Trip Europe DAY 8 Part 2: Venice-Rome untuk kali ini. Nantikan kisah seterusnya, Summer Trip Europe DAY 9: Rome pula. Jumpa lagi. Wassalam.


5 comments:

  1. Sama la macam saya. Bas dr rome airport turunkan kami via masala. Terpingga2 nak cari. Punyalah jauh kami berjalan. Rupanya the other side. Adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kami pun diturunkan kat situ juga. Cumanya kalau siang hari mungkinlah kita senang sikit nak cari, tapi ni malam2 buta kan, habis satu bangunan termini station tu kami pusing

      Delete
  2. Salam Cik Z, JM singgah sini nak tambah kenalan yang suka TRAVEL katanya...ehh...my fren Syieda pun ade ehehehe

    Wah..menarik lah...sambil tgk duit dalam tabung..bila masa nak penuh asyik keluar je..besst aaa Syieda dan Cik Z dh jejak kaki ke sana..kalau lah JM byk duit kan..huhuh..tak kira kalau ada rezeki one fine day..blog ni dan blog Syieda JM akan refer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JM. Cik Z dah lama perasan JM dan Syieda ni tapi tak sempat lagi nak add kat senarai blog. InsyaAllah nanti cik Z add juga.

      Delete
    2. Jm...
      Mari kita g europe!! Mari!!! Hehehe

      Delete