Monday 1 September 2014

Research Group Lunch: 3 in 1 celebration


Salam semua. Ini kisah yg dah agak basi sebenarnya. Tapi tak kiralah nak cerita juga kat sini. Minggu lalu hari Selasa 26 Ogos 2014, semua ahli research group kami termasuk dua orang sv pergi makan tengahari sama-sama di Restaurant Anis Puteri, Pantai Dalam. Dah agak lama kami semua tak keluar makan besar sesama macam ni. 

Kali ini kami meraikan Dr Mamun yang dah pun selamat mendapatkan gelaran Dr Falsafah Statistics dan juga Iqbal yang baru saja menamatkan master degree. Juga tak lupa ahli baru kami, Khairanny yang bakal memulakan master degreenya. Kira macam 3 in 1 la ni. Macam biasa kalau ada makan2 macam ni dah semestinya kami makan free he he he, sebab sv dah bayarkan.

Untuk makan-makan kali ni kami sengaja memilih menu Malaysian Food memandangkan kawan kami Dr Mamun ni akan balik for good ke Bangladesh pada malam tersebut. Kiranya macam last presents la kot untuk dia. Melihat betapa gembiranya dia tak sabar nak balik ke kampung halaman, buat kami pun rasa semangat dan teruja nak habiskan PhD juga. Kalau nak tahu kawan kami ni dah 4 tahun tak balik kampung. Siap dia kira dah 9 kali tak dapat sambut raya bersama famili. Jadi Aidiladha ni memang meriah sungguh la kot.

Apapun all the best untuk semua ahli research group ini. Nampaknya dua orang lelaki dah tak ada. Oh ya lupa nak citer yg Iqbal tu pulak nak terbang ke UK tak lama lagi. Maka tinggallah bunga-bunga ajer dalam group ni. Dan yang kelakarnya 4 orang bunga ni kesemuanya ada pipi yang chubby. Ha ha ha macam mana tu?


Cik z rasalah, pasti cik z akan rindukan research group ni nanti bila dah kembali ke Kuantan. Apapun friendship forever. Wassalam.


2 comments:

  1. cik Z..berapa lama lagi nk habis Phd tu..best aaa tgk org yg boleh sambung sampai ke peringkat PHD ni..bijak2 :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah lg 3 month. Org buat phd ni x de la bijak mana pun sbb fokus 1 area je. Kalau tanya bende2 lain x blh jwb pun he hehe

      Delete