Sunday 6 October 2013

Trip ke Hong Kong Episode 1: The Peak dan Star Ferry

Ahad, 25 Ogos 2013 bermulanya pengembaraan kami ke bumi Hong Kong. Penerbangan Air Asia kami dijadualkan bertolak pada jam 4.40 petang. Kali in kami ingin mencuba pengalaman baru bertolak ke LCCT dari Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS). Sekitar jam 1.30 kami dah pun sampai di TBS, cari parking dan dapatlah park di tingkat 6. Malangnya nasib tak menyebelahi kami bilamana lift yg tersedia pulak rosak maka terpaksalah kami menapak turun tangga ke tingkat 3 dengan beg besar. Oh ya harga parking untuk 1 hari di TBS ialah RM3 sahaja. Boleh dikatakan sangat murah berbanding tempat2 yg lain. Jadinya untuk kawan2 yg nak KLIA/LCCT tapi tak de sesiapa yg boleh hantarkan jangan risau datang je lah parking kat sini. First impression masuk ke TBS kami tersenyum sendiri. Keadaannya sangat teratur, cantik dan kemas malah setaraf dengan negara luar. Malah kalau nak tahu kami sesat barat mengalahkan pelancong asing plak kat dalam tu masa nak cari arah ke stesen KLIA Transit.

Niat asal sememangnya nak naik KLIA transit tapi bila sampai2 tu kami terperasan plak iklan shuttle bus yg baru je beroperasi. So kami pun cubalah tanya kaunter tiket. Tapinya bas yg available hanya ada jam 2.30. Takut terlambat sampai di LCCT makanya kami pun kembali ke niat asal maka mencarilah kami arah ke stesen KLIA Transit. Agak jauh rupanya kedudukan stesen ni dan bila sampai terus je kami beli tiket tapi yg kelakarnya boleh pulak kami terkonfuse dengan arah nak ke KLIA sudahnya kami tertinggal train yg sepatutnya. Boleh plak kami biar je dia lalu depan mata. Bila dah tersedar tu memang rasa nak ketuk kepala sebab train yg seterusnya lebih 30 minit lagi nak kena tunggu. Serius nervous dah lah tak tahu tempoh masa perjalanan. Yg ni memang silap kami la sebab tak check betul2 jadual train. Lepas dapat naik train kami turun di stesen Salak Tinggi dan menaiki shuttle bus khas yg telah sedia menunggu. Kalau tak silap keseluruhan masa perjalanan dari TBS-LCCT kira2 45 minit.

Sampai kat LCCT dah pukul 3.30 memang kelam kelibut kami ke kaunter drop bag, makan dan solat sampai rasa macam tak cukup nafas. Memang satu pengajaran, lepas ni kenalah rancang betul2 masa perjalanan. Tapi rasanya lebih baik rasanya kalau naik bas je terus dari TBS ke LCCT tak de kita susah payah jalan jauh2 ke stesen train pastu nanti kena naik bas lain pulak lagi. Tak pe lah kalau tak cuba tak tahu kan. Nak tambah malang lagi tunggu punya tunggu gate kami tak buka2 rupa2nya delay plak flight kami. Dekat 1 jam juga lewatnya. Bila dah dalam flight dan di atas awan barulah tahu rupa2nya hari ni memang ada masalah kesesakan trafik udara kat KLIA/LCCT disebabkan oleh kelajuan angin yg tak selamat untuk kapalterbang berlepas. Mujur penerbangan kami selamat tak de apa2 yg luar biasa berlaku kecuali air turbulance yg lebih kerap berbanding kebiasaan.

Subhanallah, cantik sangat pemandangan awan petang ni. Cuaca panas terik.

Kali ni kami dapat tempat duduk jauh-jauh. Sorang kat depan sekali sorang jauh ke belakang. Bosan yg amat. Mujur juga cik Z dapat sit sebelah tingkap. Dapatlah enjoy view siang dan malam. Yg jadi lagi tak best ialah bila mata kami langsung tak boleh lelap sebabnya dalam flight kami hari ni terlalu ramai budak2 dah jadi macam taman mainan diorang dah dalam tu siap berlari2 depan ke belakang. Kejap2 mesti dengar diorang jerit2 atau nangis. Yg mak ayah nya pulak sibuk borak yg sepatah pun kami tak faham. Uihh bayangkan suasananya selama 4 jam macam mana? Oh ada satu yg menarik. Kira-kira 20 minit sebelum mendarat pilot ada buat pengumuman yg kalau kita berada di sebelah kiri flight kita boleh nampak Macau. Orang yg kat sebelah kanan pulak boleh nampak Hong Kong.  Macam best kan. Kalau naik flight sampai waktu siang mesti nampak view lagi cantik. Malam2 ni tak nampak apa pun setakat lampu je yg nampaknya.

Sampai kat airport memang dah lewat dari jangkaan. Macam biasa lepas cari toilet, ambik beg pastu mesti nak cari air punya. 7 eleven menjadi mangsa terjahan kami. First impression bagus betul org2 HK ni, sebab kat dalam 7e yg sempit tu diorang boleh beratur nak ambik barang terus ke kaunter panjangnya. Harga air mineral kat sini wahh boleh tahan mahalnya 9.90HKD sebotol. HK International Airport boleh tahan besarnya. Jalan lebih kurang 15 minit baru dapat jumpa kaunter tiket shuttle bus ke mana2 destinasi seluruh HK. Untuk ke ChungKing Mansion yg terletak di Tsim Sha Tsui kami beli tiket AirBus no A21 yg berharga 33HKD. Shuttle bas 2 tingkat ni memang selesa tapi yg tak tahannya laju yg amat sampai beg pun boleh terpelanting. Bila naik bas ni kita kena supper alert hentian mana yg kita nak turun, kalau tak tekan loceng atau tak tunggu depan pintu nanti dia tak berhenti. Kami turun di hentian no. 14. Senarai no. hentian beserta hotel/jalan berdekatan akan terpampang kat tv yg disediakan dalam bas.

Kami nampak bas ni. Comel dan klasik.

Turun je dari bas jam dah pun 12 tgh malam. Kat airport tadi kami tak sempat nak cari map sebab nak kejarkan waktu perkhidmatan bas A21 iatu pukul 11 bas yg terakhir. Mujurlah bila turun je dari bas jalan sikit ke depan kami nampak ada peta besar kat tepi jalan. Berpandukan peta ni kami cari arah ke Chung King Mansion. Alhamdulillah dah dekat je pun kurang 100 meter dari tempat kami berdiri. Cuma masalahnya bila masuk kat dalam Chung King Mansion tu terus konfuse nak naik lift yg mana sebab kami baru perasan ada banyak blok rupanya kat dalam ni. Nasiblah ada pekerja sekuriti yg boleh ditanya, nak tanya org2 bangla kat luar tu memang tak kan lah kan, seram.

Akhirnya jam 12.30 pagi barulah kami dapat masuk bilik di tingkat 6 blok D. Terkejut juga tengok keadaan bilik yg kecil. Perkara pertama yg kami buat ialah cari arah kiblat. Mujurlah arahnya sehala dengan kedudukan katil so bolehlah kami solat atas katil. Penat memang tak terkatala. Perut pun lapar. Jadinya kami buat air panas dan makan roti+tuna. Rasanya baru je nak terlelap jam dah pun bunyi untuk solat subuh yg agak awl kat sini dalam pukul 4.48 pg. Lepas je solat subuh, terus tutup mata semula sedar2 dah terang benderang kat luar. Memang macam bayar hutang tidur plak kami.

Isnin, 26 Ogos 2013. Bermula sudah hari baru kami di HK. Wahh semangat dah berkobar2 dah ni. Untuk mudahkan perjalanan kami decide untuk keluar lepas zuhur. Sambil2 tunggu tu kami tengok2 lah map yg kami dapat free malam tadi dari reception hostel. Destinasi pilihan kami hari ini ialah The Peak dan Star Ferry. Jam 1 kami pun keluar dari bilik. Sampai-sampai kat bawah, uihh terkejut kami tengok ramainya umat manusia. Macam ulat. Aim pertama kami ialah cari Al-Maidah restaurant. Mula2 tu kami jalan je kearah sebelah kanan Chung King Mansion, dah agak jauh kami jalan sampai lah dah nampak masjid barulah kami perasan yg nombor bangunan kat arah ni semuanya genap. Maksudnya kami kena melintas ke arah bertentangan baru jumpa nombor ganjil. Sabar je la kan dah la lapar. Akhirnya dapat jugalah kami lunch kat situ. 

Lepas lunch kami terus ke stesen MTR Tsim Sha Tsui. Banyak betul exitnya kami masuk je lah salah satu exit yg kat sebelah masjid. Kat sini kami beli Octopus Card bernilai 150HKD dan naik MTR ke Central station. Yg bestnya MTR ni trainnya sangat banyak, kerap dan laju. So kalau tertinggal tu tak yah risau tunggu kejap je dalam 2 minit dah ada train yg lain datang. Tapi satu yg kami seram sikit ialah eskalator kat dalam stesen MTR yg super laju. Kalau tak betul2 pegang kat tepi memang boleh terpelantinglah.  Sedikit tips untuk kawan2 semua, sila download free software yg ada sediakan senarai stesen MTR beserta laluannya, harganya serta senarai exitnya. Siap ada senarai attraction lagi bagi setiap exit tu.

Berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit di Chater Garden.

Kat Central station kami cari exit J2. Keluar2 tu terus jumpa Chater Garden. Macam yg cik Z pernah sebut dalam entri sebelum ni tentang mudahnya mencari jalan di HK, ya memang mudah dari Chater Garden kami jalan je terus sambil ambil2 gambar dan enjoy pemandangan banyak bangunan pencakar langit semuanya dari syarikat terkemuka dunia. Kat sepanjang jalan tu memang banyak penunjuk arah ke The Peak Tram Station. Cumanya mujur juga perut kami dah diisi, naik bukit tau sepanjang jalan.  

Hampir sampai ke The Peak Tram Station.

Sampai sudah di  The Peak Tram Station. Kami mula beratur di sini untuk naik tram.

Sampai kat tram station, kena beratur agak panjang la pulak. Waktu menunggu untuk naik tram dari tempat kami berdiri ialah 1 jam. Mujurlah cuaca mendung. Kami bayar guna Octopus Card, makanya tak pastilah pulak berapa bayarannya. Sepanjang beratur tu kita boleh tengok pameran pelbagai jenis tram yg pernah digunakan, cara penyelenggaraanya termasuk juga pakaian masayarakat HK pada zaman dahulu. Bolehlah nak hilangkan bosan menunggu sambil2 baca sejarah. Suasana dalam tram dan rupa bentuk tram yang kami naik memang langsung tak boleh nak snap sebab kami memang tersepit dicelah2 orang ramai.


Antara pameran yg boleh dilihat sepanjang beratur nak naik tram.

Sampai kat The Peak, kami naik je la eskalator sampai tingkat atas. Kat atas ni ada laluan ke Sky View Terrace 428. Oleh sebab kami tak de niat untuk masuk ke Madame Tussaud, jadinya kami pilih untuk tengok HK view 360 degree dari atas ni. Sebelum masuk kena bayar dulu ya kawan2. Macam tadi kami guna Octpus card aje. Tapi kan kalau sesiapa yg gayat tu mungkin kena pikir 2 kali kot nak naik atas ni. Tapi kalau dah naik sini memang tak menyesallah. Pemandangannya memang superb. Toleh kiri toleh kanan depan belakang semua cantik. Nampak laut nampak gunung nampak bangunan pencakar langit. Kat sini kita berdiri dari ketinggian 428 meter dari aras laut. 





Lepas puas menikmati keindahan pemandangan dari Sky View Terrace kami pun turun ke dataran. Banyak lagi rupanya yg boleh di explore kat sini. Banyak photo spot yg menarik termasuk replika tram dan replika rumah2 kedai di HK. 




Lepas tu kami jalan-jalan sekitar tu pulak. Main redah je pun tapi kami jumpa banyak lagi photo spot lain yg juga menarik macam kat bawah ni. Wah memang syok la lepak2 kat sini.




Tak sedar masa berlalu rupa2nya hampir 3 jam kami berada kat sini. Bila dah sedar diri tu cepat2 kami cari stesen tram semula dan turun ke bawah. Niat asal nak singgah ke HK Zoological and Botanical Garden yg ada kat sebelah tram station tu tapi sebab dah 5.30 so terus cancle plan kami. Seterusnya kami pun berjalan kaki ke Star Ferry Station. Sebenarnya kalau tengok peta memang jauh nak berjalannya, tapi kami redah je lah ikut anak panah yg ada sambil2 tengok pemandangan kota metropolitan HK.

Bas kat HK kebanyakannya double decker.

Kat depan Statue Square.

Inilah dia pemandu arah kami.

Penat lalu bawah kami cuba pulak laluan berbumbung khas untuk pejalan kaki ni. Khabarnya antara yg terpanjang didunia.

Kata orang kalau dah sampai di HK tapi tak cuba naik Star Ferry, memang tak lengkaplah lawatan kita tu. Petang ni kami cuba naik star ferry dari Central Hong Kong ke Tsim Sha Tsui. Menarik juga naik Star Ferry ni. Kami bayar guna Octopus Card juga. Pemandangan sepanjang perjalanan kurang 10 minit ni memang cantik dan menarik. Rezeki kami dapat lihat sunset memang tambah menarik. 


Sampai sudah di Star Ferry Pier 7.

Keadaan dalam Star Ferry.

Senja di Hong Kong.

Sunset view.

Sampai ke Tsim Sha Tsui, hari pun dah nak gelap. Seterusnya kami pun menyusuri Canton Road dan Peking Road sehinggalah sampai ke Nathan Road balik ke Chung King Mansion sambil2 menikmati pemandangan malam di HK. Sebelum sampai kat hostel tu kami sempat singgah di Ashley Road mencari Ebeneezer's Kebab and Pizzeria. 



Berakhirlah perjalanan hari kedua percutian kami di Hong Kong. Malam tu kami tak ke mana-mana sebab dah penat kaki berjalan tanpa henti dari jam 1 hingga 8 malam. Ini saja untuk kali ni. Nantikan kisah menarik seterusnya episode 2 dalam entri yg lain pula. Terima kasih kerana sudi membaca. Wassalam. 


2 comments:

  1. Wah clear picture gitu dari The Peak ... biase tengok gambar2 org lain, mesti kelam berkabus je dari atas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 mmg mendung tapi tak jadi plak hujan dia bertukar jadi panas terik seterik2nya. Rezeki kami lah dapat gambar clean and clear gitu walaupun pakai kamera biase je.

      Delete